Anda di halaman 1dari 22

PERANAN GURU DALAM

PEMBANGUNAN
TADBIRURUS INSAN
DAN
KEWARGANEGARAAN
MELCOM ANAK ANGKUN
NURUL ASHIKIN BT HABENI HAJAR
MOHAMAD RAFIUDDIN BIN MOHD NOOR
AHMAD FIKRIL HANIFF BIN SHAHRUDDIN
NORHAFEZZA BT ABDUL RAHMAN
DEFINISI

1. Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang


besar dalam meningkatkan aspek profesionalismanya
dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu
pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak
teras PPPM.
2. Proses perjalanan untuk menjadi insan yang mengetahui
matlamat hidup dan mampu memimpin sama ada diri
sendiri mahupun orang sekeliling.
3. Mekanisme dalaman untuk membimbing manusia dalam
mengeluarkan tingkah laku dalaman.
Guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan
agar berupaya untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama ,
seperti yang berikut , iaitu :

1. Pengetahuan (murid yang berpengetahuan).


2. Kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir).
3. Kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin).
4. Kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai
sekurang-kurangnya 2 bahasa).
5. Etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan
memiliki sifat rohani yang tinggi.
6. Identiti nasional (murid yang mempunyai identiti kebangsaan)
ASPEK PENGETAHUAN

● Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah


penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
● ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .

● Jenis Aspek Pengetahuan:


- Pengetahuan Prosedural
- Pengetahuan Faktual
- Pengetahuan Konseptual
- Pengetahuan Metakognitif
Pengetahuan Prosedural

● Pengetahuan prosedural merupakan pengetahuan


berkaitan dengan bagaimana melakukan sesuatu secara
teratur.
● Pengetahuan prosedural adalah suatu rangkaian
langkah-langkah yang akan diikuti.
● Pengetahuan Kriteria Menentukan Prosedur -
Menentukan kriteria prosedur statistik dengan data hasil
eksperimen.
● Pengetahuan Keahlian dan Algoritma Spesifik - kemahiran
menganalisis struktur
● Pengetahuan Teknik - kemahiran pemecahan masalah
Pengetahuan Faktual

● Pengetahuan faktual merupakan pengetahuan yang harus


dimiliki oleh murid jika mereka akan dikenalkan dengan
suatu disiplin ilmu.
● Pengetahuan Terminologi - nama, simbol verbal dan
nonverbal tertentu.
● Pengetahuan Khusus dan Elemen-elemennya - peristiwa,
tempat, orang, sumber informasi, fakta kebudayaan.
Pengetahuan Konseptual

● Merupakan pengetahuan mengenai skema, model, atau


teori eksplisit (Tersurat) dan implisit (Tersirat) dalam
model psikologi kognitif yang berbeza.
● Pengetahuan Klasifikasi dan Kategori - kategori, kelas,
pembahagian, penyusunan spesifik.
● Pengetahuan Dasar dan Umum - hukum fizik, asas kimia,
prinsip utama pembelajaran.
● Pengetahuan Teori, Model dan Struktur - fakta evolusi,
model genetik.
Pengetahuan Metakognitif

● Pengetahuan metakognitif merupakan pengetahuan tentang


kognitif secara umum dan kesadaran pengetahuan tentang
kognitif sendiri.
● Tentang refleksi diri sendiri, tanggungjawab dan inisiatif diri
serta menetapkan objektif malah pengawalan masa.
● Pengetahuan Strategi - pengetahuan jenis-jenis strategi.
● Pengetahuan Tentang Tugas-Tugas Kognitif - mengingati
nombor telefon atau fakta sejarah.
● Pengetahuan itu Sendiri - kekuatan atau kelemahan dalam
pembelajaran
ASPEK KEMAHIRAN
BERFIKIR
MURID melibatkan diri dalam proses
pemikiran yang lebih kreatif dan
merangsangkan

GURU menggalakkan murid bertanya


soalan aras yang lebih tinggi.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam kurikulum


secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan dalam PdP
bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam
kalangan murid. Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat
tahap pemikiran.
ASPEK KEMAHIRAN
BERFIKIR
PERANAN GURU

-Guru menguasai pengetahuan dan


kemahiran berfikir untuk membimbing
murid menguasai kemahiran berfikrir

Mewujudkan suasana yang dapat


menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif

Mengetahui cara menilai kemahiran


berfikir murid-murid

Mempunyai kemahiran mengajar yang Jika guru tidak mempunyai kemahiran berfikir, maka
efektif bagi memudahkan aktiviti dan pengajaran yang berkesan tidak dapat dilaksanakan dengan
dapat melaksanakan Pdp yang berkesan baik (Muhammad Talhah & Mohd Aderi, 2016).
ASPEK KEMAHIRAN
BERFIKIR

CIRI-CIRI GURU YANG MENGGALAKKAN KBAT

Berperanan Melibatkan murid Menggalakkan murid


sebagai pemudah secara aktif memberi pandangan
cara semasa PdP dan membuat
keputusan
ASPEK KEMAHIRAN
BERFIKIR
STRATEGI MENGGALAKKAN
KEMAHIRAN KBAT MURID
Menggunakan
Tingkatkan soalan aktiviti pemikiran Pembelajaran
aras tinggi aras tinggi dalam berasaskan projek
buku teks

Menggunakan Menggunakan alat


aktiviti pemikiran berfikir (peta
aras tinggi dalam Teknik menyoal minda, i-Think)
buku teks
ASPEK KEMAHIRAN MEMIMPIN
1. Membina sikap amanah dan adil dalam peribadi murid.
2. Mengasah potensi murid berasaskan etika dan nilai
3. 4 dimensi pendidikan kepimpinan

a) kecerdasan emosi.

b) keusahawanan.

c) berdaya tahan.

d) kemahiran komunikasi dengan berkesan.

● Kepimpinan yang cemerlang di sekolah dapat mengubah dan menambahbaik tahap kecemerlangan sesuatu
sekolah.
● Menurut Norashikin et. Al. (2013), kepimpinan guru merupakan suatu proses keupayaan kepimpinan dalam
kalangan guru yang diterjemah melalui amalan tingkah laku samaada di luar dan di dalam bilik darjah atau
sekolah yang turut memberi manfaat kepada organisasi, murid, guru dan rakan sekerja demi mencapai
matlamat sekolah.
● Seorang guru perlu memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi dan berkesan seperti kematangan, keikhlasan,
kejujuran, keyakinan diri dan lain-lain.
● Peranan guru untuk mendidik generasi muda dan melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan supaya
perkembangan murid dalam aspek fizikal, mental, sosial, estetika dan moral berkembang dengan baik.
sambung..
1) KEPIMPINAN GURU
a) Terlibat dalam proses perkembangan profesional iaitu menjadi mentor kepada guru baru
b) Peningkatan perkongsian ilmu profesionalisme iaitu memberi tunjuk ajar berkenaan dengan kemahiran dan teknik
pengajaran.
c) Guru mempunyai pendirian tentang isu pendidikan iaitu guru berani mengenegahkan apa yang diyakini betul untuk
kepentingan pendidikan dan murid.
d) Guru bertindak sebagai fasilitator
e) Guru yang mempunyai kemahiran memimpin yang baik dapat menjalankan amanahnya dengan baik.

2) KEMAHIRAN MEMIMPIN GURU TERHADAP MURID.

a) Matlamat dalam PPPM 2013-2025 menyatakan bahawa akan melahirkan murid yang berkemampuan untuk memimpin.
b) Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang baik dan mempunyai sikap kepimpinan akan dilantik menjadi
pemimpin di sekolah seperti menjadi pengwas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas dan
sebagainya.
c) Guru yang menunjukkan sikap kepimpinan yang baik akan berupaya memimpin proses pengajarannya dengan baik di dalam
bilik darjah.
d) Guru juga berupaya menjadi mentor kepada murid-murid dalam usaha melatih, menyokong, memberi bimbingan dan
maklum balas dalam membentuk keperibadian murid melalui aktiviti di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
ASPEK ETIKA DAN KEROHANIAN
● Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan
Guru pada tahun 1982 untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi
perguruan di Malaysia.
● FPG bertujuan untuk melahirkan guru yg berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik dan
memelihara sesuatu masyarakat yang progresif dan berdisiplin.
● Ciri guru yang berkualiti seperti tawadhu, berakhlak, insan berilmu, memiliki taraf akademik yang baik
dan mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat
5 PRINSIP ETIKA KERJA KPM

● Niat yang betul : Guru mestilah melaksanakan tugas dengan niat yang betul seperti yang
dituntut agama
● Perlakuan yg baik: Guru perlu menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan
yang baik sepanjang masa.
● Penggerak ke arah kebaikan: Perlu menampilkan diri agar menjadi seorang yang dinamik,
maju berdaya saing, cemerlang dalam hasil kerja dan kualiti kerja
● Memperkotakan apa yang dikatakan: Guru perlu berusaha melaksanakan apa yang
dikatakan, menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan apa yang
dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan
● Berdisplin dan Beradab: Guru perlu menjaga adab sopan seperti yang dituntut oleh
agama, sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan serta sentiasa
berpandukan prosedur dan kaedah yang betul.
KEROHANIAN DAN KEPUASAN KERJA

● Kerohanian dikaitkan dengan konsep keredhaan, rasa bertanggungjawab kepada pencipta dan
menghayati nilai -nilai agama dalam menghadapi masalah kehidupan seharian.
● Kerohanian juga merupakan salah satu aspek yang membentuk kecerdasan emosi manusia
sebagaimana yang diketengahkan dlm Model Kecerdasan Emosi Goleman – Noriah (2005).
● Frank dalam Danah dan Marshall (2001) mendefinisikan kerohanian sebagai pengembangan
fikiran tentang pemaknaan hidup yang di dalamnya terkandung nilai-nilai seperti nilai kreatif,
nilai pengalaman, dan nilai sikap.
● Covey (2005) menyatakan bahawa kerohanian dapat membantu mencerna dan memahami
prinsip-prinsip sejati yang merupakan bahagian nurani kita, mendorong seseorang agar bekerja
dengan ikhlas, bertindak dan berfikir dengan jiwa bersih.
● Kecekapan kerohanian sebenarnya boleh dipupuk dan dilatih dan hasilnya akan menyebabkan
manusia dapat merasa bahagia dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan
tanpa rasa tertekan.
● Menurut Elm dan Nicolas (1993) kepuasan kerja merupakan hasil daripada pengalaman yang
berhubung dengan penilaian dan pengharapan mereka terhadap pekerjaan.
KEROHANIAN MEMBENTUK KEPUASAN KERJA

● Dalam konteks kerjaya guru, seandainya hubungannya Allah baik, maka didapati
hubungannya dengan manusia juga baik.
● Kekuatan kerohanian menjadikan seseorang mampu melihat serta mengawal tingkahlaku
seterusnya merasai kehidupan yang bermakna.
● Guru yang mempunyai kerohanian yang tinggi akan sentiasa menyempurnakan amal
ibadatnya dengan sempurna, menjaga dan memperbaiki kesilapannya, sentiasa menilai
kekurangan dan kelemahan dan menerima apa jua pandangan dan juga kritikan demi
meningkatkan lagi tahap profesionalisme diri.
● Perasaan positif atau gembira dengan kerja turut dinyatakan oleh Locke (1976) iaitu sikap
positif terhadap kerja disamakan dengan kepuasan kerja sementara sikap negtif
disamakan dengan ketidakpuasan kerja.
● Menurut Hidayat (2001), individu yang memiliki kerohanian yang tinggi akan
mengamalkan etika dalam bekerja dan dengan cara tersebut akan menikmati kepuasan
dalam bekerja
ASPEK PEMBENTUKAN IDENTITI NASIONAL
● Bina bangsa : proses membina bangsa memerlukan usaha gigih seorang guru dalam menerapkan beberapa mesej
pembinaan negara bangsa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
● Guru perlu berusaha mewujudkan kesatuan antara kaum agar pelajar dapat hidup bersama sebagai satu bangsa
demi mempertahankan diri dan kedaulatan negara.
● Guru perlu berusaha mengelakkan jurang perbezaan atau sentimen perkauman atau diskriminasi, meningkatkan
nilai-nilai persamaan dan kerjasama antara kaum agar terhasilnya perpaduan dan integrasi nasional.
● Guru berperanan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran secara adil dan saksama agar
pelajar dapat menterjemahkan atau mengaplikasikan di dalam kehidupan bermasyarakat majmuk untuk
mewujudkan negara bangsa Malaysia.

ASPEK PATRIOTISME
ASPEK PATRIOTISME
KESIMPULAN

Kesimpulannya, diketahui bahawa setiap murid yang menamatkan alam persekolahan


bersedia menjadi pemimpin untuk diri, keluarga, organisasi serta negara dan seterusnya
bersaing di persada antarabangsa. Oleh itu, bagi menghasilkan acuan ini, guru perlulah
melihat betapa besarnya amanah yang harus dipikul oleh mereka kerana generasi di
hadapan kita hari ini, bakal melakarkan keberhasilan negara dalam aspek lanskap
kepimpinan negara dan sumbangan di arena antarabangsa.
Bebanan tugas yang banyak memberi satu cabaran pada guru bagi meningkatkan segala
kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus
dipandang baik oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu
pendidikan negara setaraf antarabangsa.
- Guru perlu mencabar diri sendiri
- Guru perlu memastikan penguasaan pedagogi secara holistik
- Semangat dan bersikap positif
Maka, jelas bahawa peranan guru menjadi keutamaan untuk melonjakkan sistem
pendidikan negara supaya mampu bersaing di arena antarabangsa terutama dalam enam
aspek tadbirurus insan dan kewarganegaraan.

Anda mungkin juga menyukai