Anda di halaman 1dari 2

Guru pra sekolah perlu mempunyai ciri-ciri kreatif dalam pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid. Bincangkan

Sebagai seorang guru, kita seharusnya mengenal pasti jenis pelajar yang

terdapat dalam kelas kita. Kita perlu mengenali mereka agar mudah merancang

pedagogi pengajaran dalam kelas. Di samping itu, ia membantu guru untuk lebih

dekat dan memahami tingkah laku pelajar dalam kelas. Guru prasekolah perlu

mempunyai ciri-ciri kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

kepada pelajar ini keranan kreativiti sangat penting dan merupakan salah satu

kualiti penting yang harus dimiliki oleh seorang guru prasekolah.

Selain itu, guru pra sekolah harus berusaha keras mengajar secara

kreatif, misalnya membawa alat bantu mengajar sesuai ketika sesi pembelajaran

dalam kelas bagi menarik minat mereka. Ini akan memudahkan kerja anda sebagai

guru dengan memilih alat bantu mengajar yang sesuai mengikut jenis pelajar

masing-masing dan ianya secara langsung dapat menarik minat kanak-kanak dalam

menguasai pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pelajar mempunyai satu

sifat umum iaitu sukakan perkara yang baru. Setiap guru prasekolah haruslah

sentiasa cuba membawa benda-benda baru yang unik dalam sesi pembelajaran.

Dengan adanya elemen-elemen unik yang guru masukkan dalam kelas, pasti akan

lebih menarik minat pelajar untuk sentiasa ternanti-nantikan kelas akan datang

kerana mereka akan tertunggu-tunggu keunikan yang bakal anda bawa. Pada

ketika itu,  sebenarnya rasa suka pelajar terhadap guru sudah berada pada tahap

yang cukup tinggi.

Guru prasekolah juga bertanggungjawab untuk mencipta pengalaman yang

bermakna serta pembelajaran yang menarik, kreatif dan inovatif untuk anak-

anak pada masa kini. Jika kanak-kanak dapat dirangsang dengan baik, kanak-

kanak dapat menyesuaikan dan kanak-kanak boleh fokus dengan lebih baik dan
dapat menggalakkan kanak-kanak dalam melibatkan diri dengan aktiviti di dalam

kelas. Kreativiti guru diperlukan semasa merancang pengalaman pembelajaran,

seperti merancang pelajaran kreatif dan alat bantu mengajar, mengatur aktiviti

pembelajaran untuk pelajar, menghias bilik darjah dan sudut,dan banyak lagi.

Seorang guru yang kreatif akan dapat menghasilkan atau melahirkan kanak-kanak

yang kreatif dan dapat melahirkan generasi bijak pandai.

Anda mungkin juga menyukai