Anda di halaman 1dari 1

Apa itu tadika/tabika

Tadika adalah singkatan daripada Taman Didikan Kanak-kanak. Tadika boleh didefinasikan
sebagai “mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur
5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.” Penubuhan Tadika swasta
perlu didaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta.
Oleh yang demikiansemua hal berkaitan dengan tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan
Pelajaran Negeri (dahulu dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Negeri).
Pendekatan pembelajaran adalah berasaskan konsep dan prinsip pendidikan pra-
sekolah. Belajar melalui bermain adalah Proses pengajaran dan pembelajaran yang
mengembirakan, meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi
memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran berfikir secara
inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan
tertekan. Pengalaman pembelajaran akan memberi kesan yang bermakna dan penguasaan
kemahiran akan terbina dan membantu perkembangan ke tahap yang maksima.

Seterusnya, mengajar mengikut tema. Pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema
atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang kanak-
kanak dijadikan sebagai alat untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti bertutur, membaca,
menulis, asas matematik dan berfikir di samping memberi peluang kanak-kanak meluaskan
pengetahuan melalui tema yang dipilih.

Selain itu, menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Membantu proses


pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk
belajar sendiri dan dengan rakan serta memperkaya pengalaman pembelajaran. Pengelolaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dikelolakan secara kelas, kumpulan dan individu
yang dijalankan secara terancang.

Anda mungkin juga menyukai