Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Menulis memainkan peranan penting walaupun dalam era teknologi. Kemahiran


menulis sering digunakan oleh kanak-kanak di sekolah. Menulis adalah satu proses yang
kompleks dalam meluahkan perkataan melalui genggaman pensil, pembentukan huruf dan
postur badan. Kecekapan menulis memerlukan penguasaan pelbagai kemahiran termasuk
penglihatan, koordinasi tangan dan mata, lengan, tangan, ingatan, postur dan kawalan
badan. Kemahiran menulis merupakan salah satu keupayaan atau kebolehan yang perlu di
kuasai pada peringkat permulaan pembelajaran. Kemahiran menulis perlu dilakukan
dalam pergerakan yang lebih kecil, lebih tepat, biasanya menggunakan tangan dan jari.

Kemus dewan edisi keempat mendefinasikan kemahiran menulis ialah kaedah


mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pen seperti kalam, kapur, pensil dan lain-
lain. Selain itu juga, menulis bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain)
dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarangMenurut Ali
Mahmood ( 2007 ), kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dialami. Secara
umumnya dapat saya katakana bahawa menulis merupakan pelakuan yang menggunakan
pen, pensil atau sebarang alat tulis oleh pelakunya untuk mengeluarkan idea dan
menceritakan pernyataan.

Objektif utama penguasaan asas menulis dalam kalangan kanak-kanak adalah untuk
membolehkan kanak-kanak dapat menulis dengan baik terutama mereka yang sudah
melibatkan diri dalam alam persekolahan. Kemahiran menulis adalah penting untuk
menguji tahap kefahaman kanak-kanak sewaktu membaca balik tulisan di samping
membentuk keyakinan diri kanak-kanak sewaktu belajar. Tulisan yang sukar difahami
mempengaruhi tahap keinginan untuk belajar kanak-kanak kerana mereka kerana tidak
mampu membaca balik tulisan mereka justeru mengekang keinginan kanak-kanak untuk
mengetahu perkara yang lebih lanjut dan melambatkan penjanaan idea kanak-kanak pada
peringkat umur tersebut.

Faktor-faktor persediaan yang diperlukan untuk menulis memerlukan kesepaduan


beberapa bilangan sistem sensori-motor. Enam syarat yang harus ada pada kanak-kanak
sebelum penulisan bermula adalah, Perkembangan otot kecil, Koordinasi mata-tangan,
Kebolehan memegang perkakas dan alat tulis, Keupayaan untuk melakar strok asas
seperti garisan dan bulatan, Persepsi terhadap huruf iaitu termasuk keupayaan untuk
mengenal pasti bentuk, peka terhadap persamaan dan perbezaan, membuat kesimpulan
pergerakan yang diperlukan untuk menghasilkan bentuk dan memberi penerangan lisan
yang tepat tentang apa yang dilihat dan Orientasi kepada bahasa cetakan, yang melibatkan
analisis visual tentang huruf dan perkataan bersama-sama dengan pembezaan kanan dan
kiri.
2.0 LAPORAN HASIL PEMEHATIAN

BIOBATA MURID

NAMA Alisya Nur Iman binti Norhasmizi

UMUR 5 Tahun

TARIKH LAHIR 31 Oktober 2013

BANGSA Melayu

AGAMA Islam

ALAMAT No 53, Kampung Sri Palas, 16250 Wakaf Bharu Kelantan

SEKOLAH Tabika Perpaduan Padang Tok’ku, Tumpat Kelantan

BIL ADIK BERADIK 2

TAHUN MASUK KE 1.1.2017


PRASEKOLAH
Melalui pemerhatian yang saya jalankan, dapat saya rumuskan bahawa tahap
penguasaan penulisan alisya adalah berada diperingkat mekanis. Peringkat makanis
merupakan peringkat dimana, kanak-kanak akan diajar untuk menguasai kemahiran
membentuk huruf besar dan huruf kecil dalan abjad setelah melalui peringkat
pramenulis. Aktiviti menulis yang dijalankan oleh guru pada hari itu ialah melukis dan
menyurih huruf .

Sewaktu aktiviti melukis dijalankan, apa yang saya perhatikan Alisya sudah boleh melukis
dengan baik. Melalui tema diri saya yang dipilih oleh guru, Alisya melukis gambar seorang
kanak-kanak perempuan dan menyatakan itu adalah dirinya. Kemahiran Melukis
Alisyadiluhat semakin berkembang apabila dia sudah dapat melukis gambar orang dengan 2
hingga 4 bahagian badan seperti muka, badan, tangan dan kaki. Alisya juga dapat
mewarnakan lukisan yang dilukis dengan baik. kajian yang telah dijalankan oleh Rhonda
Kellogg, khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 – 8 tahun mendapati bakat artis kanak-
kanak bermula dengan lakaran simbol yang tertentu. Pada peringkat awal kanak-kanak akan
melukis simbol sepert bentuk bulat, empat segi dan garisan lurus. Apabila kanak-kanak ini
berumur 3 tahun mereka mula membuat bentuk muka, umur 4 tahun melukis gambar orang.
Umur 5 tahun lukisan orang ini lebih baik dengan lukisan kaki dan tangan yang lebih lengkap
beserta baju dan seluar. Pada tahap ini juga mereka telah dapat melukis objek lain seperti
rumah, haiwan dan pokok. (Faiznul Fauzi, 2009)

Sewaktu aktiviti menyurih huruf pula, apa yang saya perhatikan Alisya sudah dapat
menyurih huruf “a” menggunakan pensil dengan betul. Teknik menyurih huruf dapat
membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor halus dan juga akan membantu
mengembangkan koordinasi tangan-mata, ketangkasan dan kecerdasan ruang. Peningkatan
koordinasi mata tangan merupakan emelen yang penting dalam mempertingkatkan lagi
kemahiran menulis kanak-kanak untuk ke peringkat pelahiran. Pada peringkat pelahiran,
kanak-kanak biasanya sudahpun menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
mengeja.

Diantara faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan menulis Alisya ialah


faktor persekitaran. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan motor
halus kanak-kanak. Melaui latihan menulis yang kerap ketika berada dirumah akan
membantu dalam aspek penulisan kanak-kanak. Melalui soal selidik yang saya lakukan, ibu
Alisya begitu mengambil berat perkembangan Alisya. Ibu Alisya tidak hanya mengharapkan
guru semata-mata, tetapi dia juga sentiasa membantu Alisya untuk menulis dengan cara yang
betul sewaktu dirumah. Faktor jantina juga banyak mempengaruhi perkembangan menulis
Alisya kanak-kanak. Sebagai kanak-kanak perempuan yang normal, perkembangan motor
halus alisya juga dipengaruhi oleh jantinanya. Kanak-kanak perempuan lebih cenderung
kearah perkembangan motor halus berbanding motor kasar. Kanak-kanak lelaki biasanya
lebih gemar bermain permain yang banyak menggunakan otot-otot yang lebih besar, sepeti
bermain bola, melompat dan sebagainya berbanding kanak-kanak perempuan yang lebih
gemar bermain masak-masak, bermain doh, dan sebagainya.

Pada pendapat saya, aktiviti menulis yang dijalankan oleh guru sememangnya amat
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak awal. Tambahan pula,  pada  peringkat 
mekanis  aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf
dan sebagainya adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas
yang diperlukan supaya dapat  membantu  murid-murid  menguasai  kemahiran
menulis selanjutnya seperti kemahiran menulis suku kata, perkataan, ayat dan sebagainya.
3.0 CADANGAN AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS

Antara aktiviti yang boleh dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis
kanak-kanak di sekolah ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng
kertas, origami, kolaj, menguli doh dan aktiviti menggunting.

a) Manipulasi doh (menggentel, memintal dll)

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek


perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh,
guru hendaklah membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh sendiri
memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna
yang mereka suka. Biarkan kanak-kanak menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan
cara ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul,
meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah latihan awal bagi
persediaan untuk menulis.

b) Menguntai

Aktiviti menguntai juga merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran menulis
kanak-kanak. Pelbagai-bagai bahan yang boleh guru gunakan untuk menguntai sepeti manik,
straw, makaroni dan sebagainya. Sebagai cotoh, manik-manik merupakan benda yang
bewarna warni yang dapat digunakan untuk membuat perhiasan atau menambah kilauan dan
glamor. Guru boleh menggunakan manik sebagai baahan bantu mengajar. Menguntai manik
merupakan satu aktiviti yang amat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Aktiviti menguntai
manik memerlukan pergerakan korrdinasi mata tangan Menggunakan jarum dan benang atau
tali halus untukmemasukkan biji manik dansebagainy Melalui aktiviti menguntai manik juga,
guu boleh menerapkan kemahiran seriasi kepada kanak-kanak sepeti menguntai manik
menggunakan contoh warna yang diberikan sepertui biru, merah hijau dan kuning.

c) Menjahit atau anyaman

Aktiviti mengait atau menjahit juga merupakan satu aktiviti yang boleh dilkaukan untuk
mempertingkatkan kemahiran menulis kanak-kanak. Aktiviti ini boleh dilakukan oleh guru
dengan menggunakan pelbagai cara. Antara contoh aktiviti menjahit ialah menjahit manik
menggunakan jarum. Strategi ini merupakan cara yang bijak dan berkesan walaupun dilihat
remeh. Caranya ialah dengan memberi jarum kepada kanak-kanak. Jarum ini tidak
semestinya jarum yang betul kerana akan membahayakan kanak-kanak yang baru belajar.
Pada permulaan, guru boleh menggunakan kadboard yang ditebuk bagi memelakan proses
menjahit. Apabila mereka sudah mahir dan kawalan motor halus mereka juga sudah mereka
kuasai, guru bolehlah memberi jarum dan manik yang sebenar untuk mereka lakukan tugasan
itu. Kanak-kanak akan merasa seronok melakukan aktiviti itu apabila aktiviti itu mereka
minati. Aktiviti menjahit juga dapat dilakukan

d) Memotong menggunakan gunting

Menggunting dengan tepat menggunakan gunting ialah salah satu kemahiran motor
halus yang sering dipandang remeh. Apabila kita melihat kanak -kanak menghadapi
kesukaran menggunakan gunting, kita selalunya akan memarahi mereka atau
menggunting untuk mereka. Menggunting memerlukan koordinasi pelbagai kemahiran
termasuk koordinasi motor halus, koordinasi biteral serta koordinasi mata dan tangan.
Seperti kemahiran- kemahiran yang lain, kemahiran menggunting berkembang
secara berurutan dan memerlukan arahan yang sesuai serta latihan berterusan untuk
perkembangan sempurna. Aktiviti menggunting merupakan salah satu aktiviti
yang mampu untuk meningkatkan kawalan koordinasi tangan kanak-kanak yang
seterusnya dapat mempertingkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menulis.

e) Kolaj

Diantara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran
meulis ialah aktiviti Kolaj. Untuk aktiviti kolaj, bahan atau gambar yang disediakan oleh
guru perlulah bersesuaian dengan umur, perkembangan dan kebolehan kanak-kanak. Aktiviti
kolaj merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak.
Melalui aktiviti kolaj ini kanak-kanak dapat meningkatkan keordinasi mata dan tangan dalam
melakukan aktivti seperti aktiviti mengoyak, menggunting dan juga menampal.Aktiviti kolaj
ini amat mencabar kepada kanak-kanak ini kerana mereka perlu melakukan sendiri aktiviti
tersebut. Semakin halus koyakan yang dilakukan semakin cantik tampalan yang dihasilkan
oleh kanak-kanak
4.0 CADANGAN UNTUK MEMPERTINGAKTKAN KEMAHIRAN MENULIS DI RUMAH

Belajar membaca dan menulis dengan baik adalah elemen yang sangat penting di
prasekolah. Walau bagaimanapun, kemahiran menulis kadangkala boleh menjadi sesuatu
yang sukar. Mujurlah halangan ini dapat dikurangkan sebahagiannya dengan bantuan
ibubapa. Banyak kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa mempengaruhi
kecekapan dan motivasi kanak-kanak dalam membaca, tetapi hanya sebahagian sahaja yang
mengetahui mengenai manfaat penglibatan ibu bapa dalam menulis. Diantara langkah-
langkah yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran menulis di rumah
ialah :

a) Luangkan masa "menulis" dengan anak

Ibubapa perlu meluangkan masa menulis bersama anak-anak sewaktu dirumah. Ibu bapa
merupakan Buat bekalan ini secara berkala untuk kegunaan anak anda dan sertai dalam dia
menarik dan menulis. Tambahnya kepada rutin harian keluarga anda dan bina ke dalam
jadual. Ini akan membantu penulis anda untuk berlatih dan memperoleh keyakinan terhadap
tulisannya.

b) Menyediakan pelbagai jenis bekalan bertulis

Ibu bapa haruslah memberikan peluang kepada kanak-kanak seawal usia setahun untuk
memperoleh set penulisan yang bersesuaian dan tidak membahayakan mereka. Ibu bapa
boleh menyediakan pelbagai jenis kertas, notepad, sampul surat, pen, krayon, dan penanda
yang boleh membantu kanak-kanak menulis sewaktu berada di rumah. Pena menyeronokkan
dan kertas cantik boleh menjadi alat motivasi yang hebat.

c) Menyediakan ruang untuk anak-anak menulis

Mereka juga perlu disediakan ruang untuk menulis atau menconteng yang sesuai, atau pada
bahagian tertentu di rumah. Idealnya, ini akan menjadi meja di dalam bilik kanak-kanak, jauh
dari televisyen. Ibu bapa harus menunjukkan bahawa mereka sentiasa menyokong aktiviti
penulisan dan terus memberikan galakan supaya kanak-kanak pada usia awal ini menjadikan
penulisan sebagai satu permainan yang menyeronokkan. Kawasan penulisan kanak-kanak
hendaklah termasuk bahan berikut iaitu Buku nota atau jurnal, Pen, pensel, dan pemadam,
Rak buku untuk menjaga inspirasi berhampiran, Kamus yang sesuai dengan umur
Tuliskan apa yang anak anda katakan mengenai lukisannya. Seperti anak anda sedang
melukis atau mewarna, rekod apa yang dia katakan. Anda juga boleh menggesa anak anda
untuk "menceritakan kisah" tentang gambar yang dia cipta, potong, atau melihat di
sekelilingnya dan menulis juga ke bawah. Kanak-kanak yang lebih tua suka membuat buku
mereka sendiri yang menggabungkan gambar dan menulis (sama ada tulisan mereka sendiri
atau kata-kata mereka yang ditentukan kepada orang dewasa). Anda boleh membantu
"menerbitkan" kisah anak anda dengan menaipnya ke komputer dan mencetaknya untuk
kanak-kanak untuk menggambarkan. Galakkan anak anda untuk berkongsi cerita dengan
orang lain dengan menunjukkannya dan bacakan dengan lantang.

5.0 KESIMPULAN

6.0 RUJUKAN

https://teaching2and3yearolds.com/creating-a-writing-center-in-the-preschool-classroom/

SHERYL COOPER

https://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/57.pdf, Siti Sakinah Ab Jalil, Siti Khadijah


Lokman, Asha Hasnimy Mohd Hashim, Zainal Abidin Zainuddin, Halijah Ibrahim , 2013

https://www.slideshare.net/ZackChepa/kajian-tindakan-meningkatkan-kemahiran-menulis-mekanis-
menggunakan-kit-ansur-maju

http://www.myhealth.gov.my/bermain-meningkatkan-kemahiran-menulis/

http://pelangipetang89.blogspot.my/2009/12/perkembangan-motor-halus.html (Faiznul Fauzi,


2009)

Anda mungkin juga menyukai