Anda di halaman 1dari 11

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER MEI / TAHUN 2019

HDPS 3103

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 930731126178001

NO. KAD PENGENALAN : 930731-12-6178

NO. TELEFON : 013-5452878

E-MEL : matlin.norliza@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITI

KOTA MARUDU,SABAH.
Bahagian 1.

Pendahuluan

1.0 Penulisan awal kanak-kanak tidak asing lagi dalam dunia pendidikan awal
kanak-kanak. Mahzan Arshad (2008), menerangkan bahawa kemahiran
menulis ,mendengar, bertutur, dan membaca merupakan kemahiran literasi. Menulis
merupakan satu kemahiran dalam aspek kemahiran literasi yang merupakan antara
prinsip utama dalam pengajaran bahasa yang termaktub dalam komponen bahasa dan
komunikasi. (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan,2001). Menulis merupakan suatu
proses yang mana kanak-kanak menyampaikan sesuatu idea melalui cetakan
(Schickedanz & Casburgue, 2004). Kemahiran menulis, selalunya telah dikenali oleh
kanak-kanak sejak dari kecil lagi secara tidak formal seperti contengan. Hal ini dapat
dilihat melalui aktiviti kanak-kanak yang suka menconteng tidak mengira tempat
seperti di dinding dan kertas kerja milik ibubapa. Kanak-kanak melakukan penulisan
awal secara tidak formal ini bertujuan untuk melatih kemahiran motor halus mereka
dan menguatkan otot-otot mereka. Kanak-kanak yang mula menconteng ini boleh di
lihat melalui kanak-kanak yang berumur 2 tahun. Di sekolah kanak-kanak melakukan
aktiviti menulis untuk menghasilkan bahan-bahan bertulis. Selain itu, mereka juga
menulis menggunakan simbol atau huruf bagi menggambarkan sesuatu makna. Kajian
ini akan menerangkan kepada kita mengenai perbezaan tahap penulisan seseorang
kanak-kanak dan amalan terbaik yang dapat dilakukan di dalam kelas untuk
membantu meningkatkan kemahiran penulisan awal kanak-kanak.

2.0 Terdapat beberapa peringkat dalam perkembangan penulisan kanak-kanak.

2.1 peringkat pertama dikenali sebagai peringkat pra tulisan. Pada


peringkat pra tulisan ini kanak-kanak perlu mempersiapkan diri mereka kearah
mewujudkan lambang-lambang bunyi yang khusus yang dapat diterima oleh
masyarakat. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan membuat contengan di atas
tempat-tempat permukaan yang ada dipersekitaran mereka dengan
menggunakan peralatan yang boleh meninggalkan kesan seperti krayon.
Peringkat pra tulisan ini adalah untuk melatih otot, tangan, jari dan koordinasi
mata tangan kanak-kanak. Kanak-kanak akan bermula dengan contengan
bebas sehingga keperingkat seterusnya iaitu peringkat contengan yang lebih
terkawal. Pada peringkat ini kanak-kanak perlu rajin melakukan latihan
pergerakan tangan dan jari seperti mengoyak tisu atau kertas, mengguli
tepung, menampal dan menggunting walaupun guntingan tersebut masih tidak
terkawal. Kanak-kanak juga perlu melakukan latihan gerakan mata agar dapat
meningkatkan koordinasi mata dan tangan dengan cara melihat dari kanan ke
kiri dan atas ke bawah secara konsisten. Cara duduk, dan cara memegang alat
tulis yang betul juga sangat dititikberatkan pada peringkat ini. Kanak-kanak
juga perlu menguasai gerak tangan bebas agar dapat menulis dengan selesa
dan sempurna.

2.2 Peringkat yang kedua dikenali sebagai tulisan mekanis. Tulisan


mekanis ini akan dilalui oleh kanak-kanak selepas melalui fasa pra tulisan.
Ketika ini, kanak-kanak sepatutnya sudah boleh memahami cara memegang
pensil yang betul dan cara duduk yang selesa. Pada peringkat ini selalunya
berlaku di alam persekolahan. Kanak-kanak akan diminta untuk menulis atau
membuat huruf-huruf pada kertas kosong tanpa garisan seperti kertas A4.
Setelah Itu, kanak-kanak akan dinilai, jika kanak-kanak sudah memperoleh
kemajuan yang memuaskan, guru akan memberi latihan yang lebih tinggi
arasnya dengan cara memberi latihan membentuk huruf. Kanak-kanak akan
menjalani latihan menulis dari ruang garisan yang luas kepada yang sempit.
Adanya latihan-latihan seperti ini untuk tujuan mengasah kemahiran
mengawal dan memegang pensil kanak-kanak. Dalam sesi latihan ini juga
kanak-kanak akan mengenal dan meneliti seterusnyya menyalin bentuk-bentuk
huruf mengikut urutan sebenar. Kanak-kanak juga akan dapat menyedari
mengenai perkaitan antara tulisan dan bunyi. Antara aktiviti tulisan pada pra
tulisan ini juga termasuklah membuat bulatan dan garisan, tulisan beralun atau
zig zag,dan peniruan huruf.

2.3 Terakhir ialah peringkat tulisan kreatif. Kanak-kanak akan melalui fasa
tulisan kreatif setelah melalui proses tulisan mekanis. Peringkat ini merupakan
peringkat tertinggi dalam proses penulisan. Pada peringkat ini seharusnya
kanak-kanak sudah menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di peringkat
mekanis. Pada peringkat tulisan kreatif ini kanak-kanak sudah memahami
konsep penulisan dan mereka juga sudah dapat mengawal psikomotor dengan
baik. Kanak-kanak sudah dapat menulis huruf dengan baik. Kanak-kanak
sudah dapat menulis huruf mengikut garisan. Pada peringkat ini juga kanak-
kanak sudah boleh membina ayat, mengarang cerita dan menulis nama mereka
sendiri.

3.0 Garis panduan untuk menjadikan amalan penulisan berkesan

3.1 Antara garis panduan yang boleh digunakan ialah dengan


menggalakkan kanak-kanak untuk mengeja. Para guru atau ibubapa boleh
memupuk sifat kanak-kanak agar mengeja bahan cetakan yang dilihat oleh
mereka. Kanak-kanak perlu mengenal nama huruf pada awalnya untuk
meneruskan aktiviti ini. Ibubapa atau guru boleh mengarahkan kanak-kanak
untuk menggunakan huruf sebagai wakil bunyi dalam sesuatu perkataan agar
dapat menghasilkan satu ejaan menggunakan fonemik yang betul. Kanak-
kanak perlu di ajar mengenai bunyi awalan dan akhiran agar dapat
menghasilkan ejaan yang betul. Contoh aktiviti ini ialah, kanak-kanak melihat
flash card kemudian mengeja seterusnya menulis semula huruf yang ada pada
flash card.

3.2 Garis panduan yang boleh digunakan juga ialah dengan menjadikan
aktiviti penulisan adalah sebahagian daripada jadual harian kanak-kanak.
Ibubapa perlu menyelitkan aktiviti penulisan dalam jadual harian Kanak-kanak
.jadikan aktiviti menulis ini sebagai rutin kanak-kanak. Peruntukkan masa
sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit untuk anak-anak melakukan aktiviti
menulis di rumah. Contohnya, dengan menggalakkan kanak-kanak menulis
semula tulisan yang ada dalam buku. Selain itu, disekolah juga aktiviti ini
boleh dijalankan dengan cara menulis nama kanak-kanak itu sendiri di dalam
buku kehadiran. Ataupun kanak-kanak digalakkan membuat tanda atau simbol
seperti x dan 0 pada papan tanda setelah selesai menyiapkan tugasan harian di
dalam kelas seperti menyapu dan mengemas bilik darjah.
3.3 Seterusnya ialah, menerima semua bentuk tulisan. Ibubapa atau guru
hendaklah menerima apa sahaja jenis penulisan yang dihasilkan oleh kanak-
kanak. Hal ini kerana, setiap kanak-kanak memiliki tahap keupayaan menulis
yang berbeza-beza walaupun hanya sekadar menulis nama mereka sendiri.
Para guru dan ibubapa hendaklah menerima apa sahaja hasil tulisan kanak-
kanak pada peringkat awal seperti contengan atau tulisan cakar ayam. Apa
yang penting dalam hal ini ialah kanak-kanak yakin untuk melakukan
penulisan dan dalam masa yang sama kemahiran penulisan mereka semakin
berkembang kerana kanak-kanak rajin menulis daripada memikirkan bentuk
huruf yang betul pada masa latihan di buat.

3.4 Garis panduan yang seterusnya ialah scaffolding. Strategi Scaffolding


merupakan teknik yang menggalakkan kanak-kanak untuk selalu mengingati
bahawa kanak-kanak perlu melakukan aktiviti penulisan setiap hari ketika
melakukan aktiviti di dalam bilik darjah. Kemahiran menulis bukan sahaja
hanya perlu bergantung dengan bahan-bahan bertulis seperti buku cerita yang
terdapat di dalam bilik darjah tetapi juga kemahiran ini perlu digilap
menggunakan strategi, iaitu strategi scaffold. Dengan menggunakan Strategi
scaffold ini juga kanak-kanak dapat mengaplikasikan kemahiran penulisan
sambil bermain. Antara permainan yang boleh melatih kanak-kanak ialah
permainan XOX. Sesiapa yang dapat menyiapkan perkataan XOX tanpa
halangan didalam petak merupakan pemenang dalam permainan ini. Antara
contoh aktiviti yang dapat dijalankan lagi menggunakan strategi Scoffolding
ialah dengan menerangkan fungsi bahan bantu mengajar seperti papan putih
dan makerpen dalam sesebuah aktiviti berkumpulan. Strategi ini boleh dibuat
mengikut kesesuaian dan keupayaan kanak-kanak. Strategi scoffolding yang
dilakukan dalam aktiviti bermain kanak-kanak adalah untuk menggalakkan
kanak-kanak memanfaatkan aktiviti bermain dengan menulis. Contoh lainnya
ialah kanak-kanak bermain masak-masak. Kanak-kanak yang membeli
makanan akan menulis nama makanan yang diingini diatas kertas, manakala
tukang masak pula akan menulis nama bahan yang akan dimasak seperti ikan.
Aktiviti sebegini akan, memberi kesan yang baik dalam penulisan awal kanak-
kanak.

3.5 Penulisan secara model juga merupakan garis panduan yang boleh
digunapakai untuk menjadikan amalan penulisan berkesan untuk kanak-kanak. kanak-
kanak dan guru perlu menulis sesuatu mesej diatas sehelai kertas. Aktiviti ini boleh
dilakukan ketika aktiviti pagi dalam bulatan dilaksanakan. Guru boleh melakukan
teknik bercakap dengan diri sendiri untuk menjelaskan apa yang ada dalam pemikiran
guru ketika menulis mesej. Kanak-kanak digalakkan untuk menyebut mesej yang
ditulis diatas kertas.

3.6 Garis panduan yang terakhir ialah penulisan cara berhubungan dengan
keluarga. Aktiviti penulisan juga merupakan cara untuk menghubungkan sekolah
dengan keluarga. Hal ini kerana, melalui penulisan keluarga dapat mengetahui apa
yang berlaku di sekolah yang telah dikongsi oleh pihak seolah melalui anak mereka.
Meskipun begitu, sokongan yang diberikan oleh keluarga terhadap kanak-kanak untuk
menulis di rumah masih terlalu sedikit. Terdapat dua jenis sokongan yang diberi oleh
ibubapa. Sokongan yang pertama dikenali sebagai graphophonemic iaitu tidak
mengasingkan setiap perkataan kepada unit-unit bunyi. Manakala sokongan yang
kedua ialah sokongan cetak, iaitu kanak-kanak tidak digalakkan untuk menulis secara
bebas malahan ibubapa yang menulis perkataan untuk anak mereka.

4.0 Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan terhadap seorang kanak-kanak lelaki
bernama sharif hafizudin wafi,yang berusia 5 tahun di tabika kemas kg.sebayan. Ketika itu
berada di dalam bilik darjahnya, saya dapati kanak-kanak ini telah memiliki perkembangan
penulisan yang baik. Sekitar waktu pemerhatian saya, kanak-kanak ini telah mencapai dan
menguasai peringkat penulisan yang kedua iaitu tulisan mekanis. Kanak-kanak ini sudah
boleh memegang pensil dengan betul dan cara duduk ketika menulis juga selesa. Kanak-
kanak kajian saya ini juga sudah boleh menulis dengan hanya meniru perkataan yang ada di
atas kertas mengikut garis dalam kertas. Selain itu, Kanak-kanak ini juga sudah boleh
membentuk huruf-huruf yang ada dari A hingga Z. kanak-kanak ini juga pada pemerhatian
saya sudah mula memasuki peringkat penulisan yang terakhir iaitu tulisan kreatif seperti
menulis nama sendiri tanpa bantuan orang lain meskipun masih tidak mempunyai
keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf,dan perkataan dengan perkataan.
( gambar 1 : adik sharif hafizudin wafi sudah boleh meniru perkataan yang ada
mengikut garis kertas)

( gambar 2 : sharif hafizudin wafi sudah boleh menulis nama sendiri meskipun
masih tidak kemas).

5.0 Amalan penulisan dalam kelas

5.1 Antara amalan penulisan yang dipraktikkan dalam kelas ialah dengan cara
sering memberi latihan penulisan dengan menulis semula huruf yang telah diberikan
di atas kertas. Pada awalnya, guru akan menggalakkan kanak-kanak untuk mengeja
huruf-huruf yang ada pada kertas. Contohnya ialah, perkataan “bola” .Setelah dieja,
barulah kanak-kanak digalakkan menulis semula perkataan “bola” yang diberi.
Amalan penulisan ini Selari dengan garis panduan yang ada iaitu dengan cara
menggalakkan kanak-kanak untuk mengeja. Ternyata amalan penulisan yang
digunakan oleh pendidik di dalam kelas merupakan satu amalan penulisan yang betul
dan memberi kesan yang baik terhadap pembelajaran kanak-kanak di dalam kelas.
Cara ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran penulisan kanak-kanak tetapi dalam
masa yang sama kanak-kanak dapat membunyikan fonemik dengan betul.
5.2 Selain itu, amalan yang turut digunakan oleh pendidik ialah dengan
menyediakan latihan tambahan yang perlu dibuat dirumah. Kanak-kanak akan
dibekalkan dengan latihan tambahan apabila waktu pembelajaran telah selesai.
Pendidik akan menyediakan latihan tambahan ini untuk disiapkan oleh kanak-kanak
dirumah. Latihan tambahan ini akan diberi mengikut keadaan. Contohnya ialah, jika
kanak-kanak tersebut tidak dapat menguasai pembelajaran penulisan yang dibuat di
sekolah, kanak-kanak tersebut akan dibekalkan dengan latihan tambahan untuk dibuat
di rumah. Setelah itu, pada keesokan harinya guru akan menyemak semula latihan
tambahan yang telah diberi kepada kanak-kanak tersebut. Amalan penulisan seperti
ini juga sangat sesuai digunakan kerana amalan penulisan ini turut terkandung dalam
garis panduan amalan penulisan. Amalan penulisan ini dikenali sebagai Penulisan
cara berhubung dengan keluarga. Hal ini kerana, dengan adanya latihan tambahan
yang perlu dibuat di rumah ibubapa akan dapat mengetahui pelajaran apa yang telah
dipelajari oleh anak mereka pada hari tersebut. Melalui latihan seperti ini juga akan
memberikan kesan yang baik dalam meningkatkan kemahiran penulisan kanak-kanak.
kanak-kanak akan lebih cepat pandai menulis jika banyak latihan yang dibuat.

5.3 Pada pemerhatian saya juga, pendidik ini turut menggunakan teknik amalan
penulisan secara scaffolding. Perkara ini dapat dilihat melalui aktiviti main peranan
kanak-kanak di bilik darjah. Kanak-kanak bermain pondok-pondok, guru yang
berperanan menjadi ibu, kanak-kanak akan menjadi anak dan diarahkan untuk pergi
membeli disebuah kedai. Penjual akan menulis barang yang dibeli oleh pelanggan di
dalam buku. Guru yang berperanan menjadi seorang ibu akan menyebut nama barang
yang perlu dibeli oleh setiap anaknya kemudian kanak-kanak tersebut akan menulis
nama barang yang perlu di beli di dalam kertas. Bagi kanak-kanak yang masih belum
mahir menulis guru akan menulis perkataan tersebut pada papan tulis kemudian
kanak-kanak tersebut akan meniru tulisan tersebut sambil menyebutnya. Melalui
aktiviti amalan penulisan seperti ini bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran
penulisan kanak-kanak malahan membuatkan kanak-kanak merasa seronok.

6.0 Terdapat beberapa cadangan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis di rumah.


Antaranya ialah dengan memberi sokongan dan ransangan terhadap kanak-kanak. ibubapa
dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis kanak-kanak dengan cara
menyediakan alat tulis yang secukupnya dan selengkapnya untuk kegunaan kanak-kanak
apabila perlu. Kanak-kanak akan merasa bersemangat untuk melakukan aktiviti penulisan
jika alat tulis mereka lengkap. Hal ini kerana, kanak-kanak tidak lagi bimbang jika mereka
melakukan kesalahan dalam penulisan kerana mempunyai pemadam untuk memperbetulkan
semula. Selain itu, alat tulis yang cantik dan selesa juga akan memberikan semangat kepada
kanak-kanak untuk rajin melaksanakan aktiviti penulisan.

6.1 Selain itu, mengadakan perbincangan bersama ibubapa. Guru perlulah


melakukan perbincangan bersama ibubapa dan memberikan penerangan kepada
ibubapa mengenai pembelajaran anak mereka disekolah. Ibubapa merupakan orang
yang paling dekat dengan kanak-kanak apabila mereka berada di rumah. Ibubapa
perlu diberikan pendedahan mengenai cara untuk membuat aktiviti bagi
meningkatkan kemahiran menulis anak mereka. Ibubapa perlu diberi penerangan
mengenai cara sokongan mereka yang tidak betul seperti graphophonemic dan
sokongan cetak yang sering dibuat oleh kebanyakan ibubapa Terhadap anak mereka
apabila anak-anak berada di rumah. Ibubapa tidak perlu membantu anak dengan cara
membuat latihan penulisan yang telah diberi oleh guru kepada anak mereka. Hal ini
kerana, ianya akan melambatkan peningkatan kemahiran kanak-kanak tersebut untuk
berkembang. Sebaliknya ibubapa hanya perlu memberi galakan dan bantuan
bimbingan ketika diperlukan sahaja. Selain itu, ibubapa juga perlu berusaha untuk
mengambil tahu aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran
kanak-kanak. Dengan memberikan penerangan yang betul mengenai cara mengajar
kanak-kanak ketika melaksanakan aktiviti kemahiran penulisan pastinya dapat
mempertingkatkan kemahiran menulis kanak-kanak.

6.2 Ibubapa juga perlulah menyediakan menyediakan peluang menulis yang lebih
banyak dengan menyediakan bahan cetakan yang banyak untuk memudahkan kanak-
kanak membuat latihan penulisan seperti buku latih tubi. Hal ini kerana, kemahiran
menulis seseorang kanak-kanak bukan berdasarkan umur mahupun sifat semula jadi
kanak-kanak tetapi berdasarkan pengalaman yang di lalui olehnya.Masukkan latihan
menulis ini ke dalam jadual waktu harian kanak-kanak dirumah. Peruntukkan masa
sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit untuk kanak-kanak melaksanakan aktiviti
menulis apabila kanak-kanak berada di rumah. Oleh itu, semakin kerap kanak-kanak
membuat latihan menulis semakin meningkat perkembangan kemahiran penulisan
kanak-kanak akan capai. Kanak-kanak memerlukan buku latih tubi yang pelbagai
serta mencukupi agar kanak-kanak tidak mudah bosan untuk membuat aktiviti
penulisan. Ibubapa perlulah selalu memantau kanak-kanak ketika mereka melakukan
aktiviti penulisan ini.

6.3 Ibubapa perlu memberi pujian kepada kanak-kanak. hal ini kerana, kanak-
kanak sangat sinonim dengan pujian. Oleh itu, ibubapa perlulah rajin memberikan
pujian terhadap anak mereka apabila kanak-kanak tersebut berjaya menyiapkan
latihan penulisan yang diberikan kepadanya. Pujian yang diberikan oleh ibubapa
kepada anak-anak akan meransang otak mereka untuk merasa gembira, seterusnya
akan menjadikan kanak-kanak rajin untuk membuat latihan menulis. Keberadaan
ibubapa di sisi anak-anak ketika mereka sedang membuat latihan juga akan
membuatkan kanak-kanak merasa dihargai dan disayangi. Perkara ini akan menjadi
pendorong kepada kanak-kanak dalam proses meningkatkan kemahiran penulisan
mereka dengan cara rajin melakukan aktiviti penulisan,seterusnya akan dapat
meningkatkan kemahiran penulisan kanak-kanak.

7.0 Sesungguhnya penulisan awal kanak-kanak merupakan antara aspek yang sangat
penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. dengan mengetahui mengenai
perkembangan kemahiran menulis dan jenis-jenis penulisan awal kanak-kanak akan dapat
memudahkan guru untuk membimbing dan memberi galakan yang sewajarnya kepada kanak-
kanak. pengajaran mengikut garis panduan yang ada juga merupakan cara yang dapat
digunakan agar dapat meningkatkan kemahiran penulisan kanak-kanak. Pada peringkat awal,
kanak-kanak perlulah rajin meneroka dan belajar dari kesilapan untuk memahami konsep
penulisan. Sesudah itu, barulah kanak-kanak akan mempelajari cara menulis yang betul.
Peranan daripada ibubapa dan guru adalah menjadi tunjang utama dalam memastikan kanak-
kanak dapat menguasai kemahiran penulisan yang baik. Selain itu, teknik dan aktiviti-aktiviti
yang sesuai juga merupakan faktor peningkatan kemahiran penulisan kanak-kanak. bagi
ibubapa dan para guru, pengalaman mendidik kanak-kanak dalam perkembangan penulisan
awal ini merupakan suatu detik indah yang perlu di hayati. Oleh itu, para guru dan ibubapa
perlulah menghayati dan memanfaatkan detik-detik ini agar ianya boleh di manfaatkan
dengan berkongsi pengalaman ini untuk kanak-kanak,ibubapa dan para guru di masa hadapan
bagi meningkatkan kemahiran penulisan kanak-kanak.
2521 patah perkataan.

RUJUKAN

1. Mahzan Arshad (2012). Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak: Teori Dan Amali.
Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. Noor Azliana Nortarja, Nik Noraini Nik Abdul Bakar, Mahani Abdul Malik.
(disember, 2013). HDPS3103 (Edisi Pertama). Malaysia. Open Universiti Malaysia.

3. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala


Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Schickedanz, J. A (2004). Writing In Preschool: Learning To Orchestrate Meaning


And Marks. Newark: Reading Association.

Anda mungkin juga menyukai