Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS

Kemahiran Motor Kasar


Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanakkanak menjadi semakain halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanakkanak.Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun
dapat memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanakkanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih
baik.
Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal,
memanjat dan berlari, menari, berenang, berkasut roda, bermain bola sepak,
mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih
mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis dan sebagainya. Di samping
itu, mereka juga diberi lebih tanggungjawab menjalankan aktiviti seperti membantu
ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak, menjahit serta membasuh dan
melipat baju.
Jika menggunakan mesin basuh di rumah, kanak-kanak telah memahami fungsi
setiap butang yang perlu ditekan sama ada untuk mengeringkan pakaian atau
membilas pakaian. Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa
gembira dengan pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal
menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna.
Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus
mereka semakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan
duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah. Walaubagaimanapun,
kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal
sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Mereka
menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka
berlari, melompat atau berbasikal.
Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran
perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palangpalang, dan sebagainya.Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri
secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lelaki
pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap
manakala kanak-kanak perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap.

Kemahiran Motor Halus


Pada peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir, perubahan sistem saraf
meningkat merupakan kesan daripada perkembangan kemahiran otot halus.Kanakkanak yang mulai masuk ke alam persekolahan menjadikan otot mata dan tangan
mencapai koordinasi yang lebih baik dan bersedia untuk belajar menulis, membaca,
mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.
Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama
di bahagian tanagn dan kaki. Keadaan ini menjadikan segala aktiviti dan pergerakan
kanak-kanak tersebut seperti menitis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih baik
dan sempurna. Kanak-kanak lebih mahir dan cekap menggunakan tangan mereka.
Kanak-kanak enam tahun boleh memukul, menampal, mengikat tali kasut, dan
membutan baju.
Pada umur tujuh tahun, kanak-kanak lebih suka menggunakan pensel berbanding
dengan kapur untuk menulis.Saiz perkataan yang ditulis akan menjadi semakin kecil
dengan peningkatan umur kanak-kanak.Pada umur 10 hingga 12, kanak-kanak mula
menunjukkan kemahiran mengendalikan sesuatu yang serupa dengan cara orang
dewasa.

Anda mungkin juga menyukai