Anda di halaman 1dari 5

Strategi Pengajaran Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan

menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategistrategi pengajaran yang dibincangkan dalam bahagian ini adalah terdiri daripada
pemusatan guru, pemusatan murid, pemusatan bahan dan berasaskan tugasan/aktiviti.
Strategi Berpusatkan Guru ialah pendekatan yang mana guru berada di tengahtengah aktiviti bilik darjah. Strategi yang berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran
langsung. Pengajaran langsung bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar
dan penglibatan. Ia juga bergantung kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara
contoh-contoh termasuklah pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan
pelajar.
Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, apakah ciri-ciri yang anda dapat kenal pasti
sebagai pengajaran langsung. Bolehkah anda nyata beberapa ciri? Sekarang, mari kita
melihat secara dekat ciri-ciri pendekatan ini. Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai
pengajaran eksplisit. Ia terdiri daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan
sistematik. Terdapat juga hentian sejenak untuk menyemak pemahaman pelajar.
Pendekatan ini berguna untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu.
Sebagai contoh, pengajaran 40 fakta-fakta sains atau kajian sosial, kemahiran pemetaan,
aturan

tatabahasa

dan

konsep,perbendaharaan

kata,

pengiraan

matematik

dan

membezakan fakta daripada pendapat adalah beberapa contoh di mana pendekatan


pengajaran eksplisit adalah berguna.
Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam langkah-langkah kecil yang
menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru adalah mengemukakan
bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua
pelajar latihan amali berperingkat tinggi yang lebih kerap. Seorang guru yang masuk bilik
darjah menggunakan pendekatan berpusatkan guru akan memperlihatkan ciri-ciri berikut:
guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran;
pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas;
buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas;
setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru;
meja dan kerusi diatur dalam barisan , menghadap papan kapur;
pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah

Bolehkah anda hubungkaitkan strategi berpusatkan guru ke dalam pengajaran harian


anda? Adakah anda menggunakan pendekatan ini? Sekarang, berhenti sejenak dan fikir.
Apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pendekatan berpusatkan guru?

Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab


untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan
terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka (Martin et al,
1994).
Mengapa kita menggunakan pendekatan ini? Ia sebenarnya berpisah daripada tradisi di
mana bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan
pelajar bertanggung jawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana
untuk belajar. Ia boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana
pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain. Strategi ini lebih sesuai digunakan
apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru dan
apabila matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan
kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang
berstruktur.
Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur, guru tidak membiarkan
pelajar membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit
tanggungjawab kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa tidak diperlihatkan
oleh guru. Akan tetapi, guru bertindak autoritatif. Guru memilih untuk mengagihkan sedikit
kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.
Berdasarkan pengalaman anda, apakah kelebihan strategi ini? Kajian menunjukkan
bahawa ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam
mengaplikasikan

konsep

dan

memperkembangkan

sikap

yang

positif,mewujudkan

motivasi,memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial


kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan yang
lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi.
Antara contoh strategi berpusatkan pelajar ialah penerokaan, inkuiri penemuan dan
beberapa bentuk perbincangan. Contoh-contoh lain pengajaran yang kurang eksplisit
termasuklah menganalisis trenda dalam sejarah, kesusasteraan, dokumen atau masalah
praktikal, perbincangan dan spekulasi penyelesaian bagi isu-isu sosial, mengajar karangan
dan menulis tesis. Bolehkah anda fikirkan contoh-contoh lain yang sesuai ?

Apakah peranan guru apabila menggunakan strategi ini? Guru-guru mestilah mahir
dalam mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu mengetahui struktur, mengenal pasti
konsep konsep penting dan memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang
bermakna kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dan
menemui apa yang guru hendak mereka pelajari.
Mari kita beralih kepada unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah
yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar :
Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan
secara keseluruhan kelas.
Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan secara individu atau
dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Bentuk tujuhala pengajaran ditentukan oleh pelajar ketika berinteraksi dengan guru.
Cara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan pelajar bekerja secara individu
atau di dalam kumpulan
Pelajar dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan
Selain guru, pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku,
blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses
kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi
cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu
dapat belajar.
Sekarang kita akan membincangkan pelbagai bentuk bahan resos yang digunakan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan buku yang
digunakan semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan yang
utama. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penggunaan media dalam
pembelajaran berpusatkan bahan. Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran,
panduan pelajaran, panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej pembelajaran. Bahan
yang lebih canggih ialah pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer,
CD-Rom, multimedia, kumpulan perbincangan komputer, video interaktif, bahan dalam
laman web, telekonferens, konferens video dan telematiks.

Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru memenuhi
keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar mengikut
kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia
43 juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari pengajaran
diadakan.
Dalam pembelajaran berpusatkan bahan, peranan guru termasuklah :
membimbing pelajar dimana untuk mendapat maklumat;
membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan;
mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam kesusahan;
memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan
membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan.

Strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti


atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan
apa-apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi-strategi
mempermudahkan

tugasan

atau

bantuan/scaffolding

yang

membolehkan

mereka

menyempurnakan aktiviti dengan jayanya). Kriteria-kriteria yang diambil kira dalam


pemilihan atau membentuk aktiviti adalah:
Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar di mana
guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian
matlamat

tersebut

iaitu

pemahaman

kandungan

pelajar

dan

kebolehan

untuk

mengaplikasikannya dalam situasi lain.


Berdasarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti. Contohnya,
aktiviti boleh merupakan aktiviti permainan atau main peranan; aktiviti tersebut releven dan
berguna untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran. Walau bagaimanapun, semasa
memilih aktiviti yang tidak memenuhi kriteria utama, guru boleh menambil kira kriteria
sekunder.
Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi, bukannya
aktiviti yang dilaksanakan secara individu .

Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta
disusuli jika meninginkan impak yang spenuhnya. Ini bermakna pelajar perlu bersedia lebih
awal sebelum aktiviti. Guru perlu memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti
serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.
Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar
akan melibatkan diri dalam aktiviti serta mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai.
Guru boleh membimbing pelajar dengan membekalkan maklumat yang diperlukan atau
bantuan

tentng

cara menyempurnakan

kehendak

tugasan. Apabila

pelajar

mula

melaksanakan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika
perlu. Kesemua tugasan perlu disusuli refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan Guru
akan membuat semakan dengan pelajar, memberikan maklum balas umum tentang prestasi
dan mengukuhkan idea-idea utama apabila berhubung dengan matlamat keseluruhan.

Anda mungkin juga menyukai