Anda di halaman 1dari 23

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Tajuk 2
KANAK-KANAK

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep pertumbuhan dan perkembangan


kanak-kanak, prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, faktor-
faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, peringkat
perkembangan manusia berdasarkan perspektif teori dan implikasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Mengetahui dengan jelas tentang konsep pertumbuhan dan perkembangan


kanak-kanak dari aspek prinsip dan faktor pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak.
2. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan peringkat-peringkat perkembangan
manusia berdasarkan perspektif teori.
3. Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman pertumbuhan dan
perkambangan kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran

9
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Konsep
Pertumbuhan dan
Perkembangan

Implikasi Prinsip
Pertumbuhan pertumbuhan dan
Perkembangan Perkembangan
dalam P & P
PERTUMBUHAN
DAN
PERKEMBANGAN

Peringkat Faktor yang


Perkembangan Mempengaruhi
Manusia dari Pertumbuhan
Perspektif Teori Perkembangan

2.1 Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak

Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau penyuburan manusia adalah fokus


kajian bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji
aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya
dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Mereka
sering cuba menentukan secara empirikal sama ada baka atau persekitaran yang
lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia. Perdebatan ini
masih berterusan hingga ke hari ini.

10
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang penting kepada
individu. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma biasanya
sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu keturunan.

2.1.1 Pertumbuhan

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai atau diukur diukur


secara kuantitatif dari satu peringkat kepada satu peringkat yang lain. .
Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan
kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan
pertambahan saiz badan. Contohnya, pertambahan berat badan kanak-kanak
dari 10 kilogram semasa berumur 3 tahun menjadi 12 kilogram semasa
berumur 4 tahun. Pertumbuhan juga merupakan proses perubahan struktur
dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang individu contohnya tulang-
tulang rangka badan bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan
juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat ke satu
peringkat perkembangan yang lain. Pertambahan panjang ini akan berhenti
bila pertumbuhan seseorang mencapai kematangan fizikal iaitu ketika dia
remaja. Aspek-aspek pertumbuhan seseorang akan mencapai had tertinggi
atau maksima bila seseorang mencapai kematangan. Misalnya had
ketinggian seseorang lelaki akan terhenti bila dia berada di sekitar umur 20
tahun. Perubahan progresif dari segi berat, besar dan tinggi badan
seseorang dianggap sebagai suatu proses pertumbuhan struktur dan fisiologi
seseorang individu dalam proses menuju kematangan. Dalam kehidupan
seseorang, terdapat perubahan progresif pada struktur tulang, otot, saraf dan
kelenjar.

2.1.2 Perkembangan
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat
perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal, contohnya, perubahan pada rambut manusia
daripada berwarna hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir
dewasa. Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami oleh individu
yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tapi jelas kelihatan berubah melalui
peredaran masa. Contohnya, semasa berumur 4 tahun. Fatin belum boleh
melukis seekor kucing tetapi pada usia 7 tahun, dia dapat membuat perkara
tersebut. Pembelajaran boleh berlaku sebab Fatin telah mengalami

11
perkembangan dari segi kognitif (mencapai peringkat kesediaan yang sesuai)
dan terdapat kesediaan otot tangan (perkembangan psikomotor).

Perbincangan
Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, antara
baka dengan persekitaran, yang manakah paling
mempengaruhi kehidupan manusia. bincangkan
bersama teman anda.

2.2 Ciri-ciri Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak

2.2.1 Ciri-ciri Pertumbuhan


Pertumbuhan manusia dapat dilihat serta diukur melalui edaran masa dan
bersifat kuantitatif. Contohnya berat seorang bayi ketika lahir ialah 2.7 kg.
setahun kemudian, beratnya bertambah menjadi 4 kg. dan dia semakin tinggi
serta tubuhnya menjadi lebih berat.

Kadar kecepatan pertumbuhan berbeza antara seorang individu dengan


seorang individu yang lain. Contohnya kita lihat pertumbuhan gigi dua orang
budak iaitu Ali dan Fatin, Ali lebih cepat tumbuh gigi iaitu ketika berumur 7
bulan dan Fatin pula tumbuh gigi ketika berumur 9 bulan.

Kadar pertumbuhan berbeza di antara lelaki dan perempuan. Biasanya


kanak-kanak perempuan akan mengalami pertumbuhan yang lebih cepat dua
tahun daripada kanak-kanak lelaki yang sama umur dengannya sebelum akil
baligh ( Conger, J.J & Galambos N.L., 1997 ms 57 ). Selepas akil baligh pula
kanak-kanak lelaki akan mengalami perubahan fisiologi yang pesat dan akan
mencapai aras pertumbuhan yang hampir sama dengan rakan perempuan
yang sama umur. Selepas mencapai kematangan fizikal, pertumbuhan
keduanya dari segi fizikal akan terhenti.

Anggota yang berlainan mengalami kadar pertumbuhan yang berbeza.


Misalnya pada peringkat tian (fetus), tangan yang merupakan puntung yang
bulat terbentuk lebih dahulu. Kemudian ia akan bertumbuh menjadi lebih
panjang dan akhirnya jari-jari pula terbentuk. Selepas lahir, organ di bahagian

12
kepala akan lebih dahulu bertumbuh, diikuti oleh bahagian tengah badan dan
seterusnya kaki.

Corak pertumbuhan adalah unik antara seorang individu dengan individu


yang lain tetapi pada asasnya adalah sama. Setiap individu pada asasnya
akan mengalami tumbuh gigi atau mula bercakap. Tetapi masa yang dicapai
untuk tumbuh gigi atau mula bercakap bila berumur 15 bulan dan Ah Kow
pula mula bercakap bila berumur 18 bulan.

Pertumbuhan merupakan satu proses perubahan yang berlaku dalam


berbagai-bagai sifat seperti saiz, tinggi dan struktur. Contohnya individu akan
mengalami pertambahan tinggi yang mendadak bila saja memasuki alam
remaja. Perkembangan yang cepat ini dikenali sebagai ‘lonjakan’
pertumbuhan (growth spurt).

Dalam kalangan lelaki dan wanita, lonjakan pertumbuhan ini mengambil masa
dalam 4 ½ tahun. Biasanya di kalangan remaja perempuan lonjakan tinggi
bermula sejak umur 11 tahun dan lelaki sejak 13 tahun. Lonjakan
pertumbuhan ini akan berakhir bila individu berumur di antara 15 hingga 17
tahun. Dari segi saiz pula, lilitan dada remaja lelaki akan menjadi lebih besar
daripada lilitan pinggulnya. Sementara di kalangan remaja wanita pula ukuran
lilitan pinggul akan menjadi lebih besar daripada lilitan dadanya .

Pertumbuhan individu akan berlaku dengan pesat bila dia mencapai peringkat
akil baligh di mana perempuan akan mengalami kedatangan haid dan lelaki
pula mengalami pemancaran air mani pertama melalui mimpi atau akibat
keghairahan. Selepas ‘peristiwa’ tersebut di atas pertumbuhan tinggi dan
berat badan remaja akan melonjak dengan cepat.

Pertumbuhan adalah terbatas bergantung pada kematangan. Aspek


pertumbuhan seseorang akan berhenti bila mencapai kematangan. Ini
terutamanya yang melibatkan pertumbuhan fizikal seperti tinggi, berat,
tumbesaran otak, sistem saraf dan system endokrina.

Proses pertumbuhan sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam


gen-gen yang diwarisi. Walaupun potensi pertumbuhan ditetapkan oleh baka
tetapi boleh juga dipengaruhi oleh persekitaraan.

13
2.2.2 Ciri-ciri Perkembangan
Proses perkembangan berlaku secara berterusan daripada peringkat
percambahan sel sehingga akhir hayat organisma. Seseorang boleh
menambah ilmunya atau mengalami proses belajar mengenai benda dan
perkara baru sepanjang hayatnya. Contohnya seorang datuk yang berumur
70 tahun belajar menggunakan tongkat untuk berjalan disebabkan kakinya
telah lemah. Perkembangan akan berterusan walaupun telah mencapai
peringkat kematangan

Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan


menerusi peringkat-peringkat perkembangan tertentu. Individu akan belajar
tingkah laku yang sesuai dengan peringkat umurnya daripada orang-orang
yang signifikan dalam hidupnya. Contohnya bila seseorang telah menjadi ibu,
dia akan mempelajari cara untuk menjaga bayi daripada emaknya. Tingkah
laku yang dipelajari termasuklah cara memandikan bayi, cara memberi susu
badan atau menyuap makanan pejal, menukar lampin dan sebagainya.

Perkembangan adalah perubahan dari segi kemahiran atau kebolehan.


Misalnya kemahiran menggunakan anggota badan, kanak-kanak 2 tahun
belum boleh menggunakan kakinya untuk mengayuh basikal sendiri. Oleh itu
dia perlukan basikal yang disokong oleh dua roda kecil di kiri dan kanan tetapi
kemahiran mengayuh dan mengimbang badan ini akan diperolehinya bila
berumur 3 tahun. Contoh lain, kemahiran menggunakan bahasa atau sistem,
kebolehan mengawal emosi dan kebolehan menyesuaikan diri dengan kawan
akan berkembang apabila umur seseorang meningkat.

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan


had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu
mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Contohnya sekiranya
seseorang kanak-kanak itu bapanya jurutera dan ibunya doktor, tentulah dia
mewarisi kecerdasan ibu bapanya. Tetapi entah bagaimana dia telah hilang
sejak kecil dan dijumpai serta dipelihara oleh orang asli dan telah tidak
bersekolah. Oleh itu apabila dia remaja dan bertemu semula dengan ibu
bapanya yang sebenar, dia mungkin terus buta huruf oleh sebab bakanya
tidak dapat berkembang dalam persekitaran yang sesuai.

14
Perkembangan adalah bersifat kumulatif terutama perkembangan ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Kehidupan kita sekarang dipengaruhi oleh apa
yang kita lalui. Contohnya kanak-kanak yang tidak kenal nombor atau
memahami konsep nombor, tidak boleh diajar operasi tambah dan tolak.

Rajah 2.2: Semua bayi yang baru lahir mempunyai ciri fizikal yang hampir sama

2.3 Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan

2.3.1 Pertumbuhan dan perkembangan manusia sama ada pralahir atau selepas
lahir mengikut arah tertentu
 Cephalocaudal - daripada kepala ke kaki
 Proximodistal - daripada tengah ke tepi
Pertumbuhan manusia sama ada pralahir atau selepas lahir bermula daripada
kepala ke kaki (cephalocaudal), contohnya apabila sel anak terbentuk,
bahagian kepala akan mula terbentuk diikuti badan dan kaki. Selepas lahir
pula, bila kanak-kanak mula meniarap dia akan cuba mengangkat kepalanya
terlebih dahulu, selepas itu dia akan menggerakkan tangan ke hadapan
mengheret badan dan kakinya.

Pertumbuhan bermula daripada tengah ke tepi (proximodistal) bermaksud


bahagian dada lebih dahulu bertumbuh daripada kedua tangan atau bahagian
abdomen akan dahulu bertumbuh daripada kedua kaki. Pertumbuhan
bermula daripada umum kepada khusus bermaksud anggota dan otot badan
kanak-kanak pada mulanya menggunakan otot kasar, kemudian otot
halusnya. Kesannya kepada kebolehan psikomotor kanak-kanak yang boleh
menggenggam sesuatu sebelum boleh menggunakan jari-jarinya untuk
memicit dan mencungkil patung itik mainannya.

15
2.3.2 Corak dan susunan perkembangan yang hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza mengikut individu. Sebagai contoh,
sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada
yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Begitu juga kadar menguasai
kemahiran seperti membaca atau bermain bola berbeza dari individu ke
individu lain walaupun diajar oleh guru dalam kelas yang sama.

2.3.4 Perkembangan anggota-anggota badan berkaitan saling mempengaruhi


antara satu sama lain. Di dalam permainan badminton, untuk melakukan
servis dengan betul, seseorang pemain, otot-otot kasar dan halus sudah
cukup matang, koodinasi mata dan tangan yang baik, disamping mencapai
tahap perkembangan kemahiran tersebut.

2.4 Faktor-Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan


Kanak-
Kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia terdiri daripada dua, iaitu
baka (nature) dan persekitaran (nuture). Baka atau persekitaran, manakah faktor
yang paling mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan
ini telah menjadi perdebatan yang tiada kesudahannya. Pada masa sekarang tidak
ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini. Alasannya ialah bergantung
kepada beberapa aspek.

2.4.1 Pengaruh baka


Baka merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan yang diwarisi
daripada sifat-sifat genetik keluarga ibu dan ayah. Maka, individu akan
mempunyai sifat-sifat ibu dan ayahnya. Contohnya warna mata anda
dipengaruhi oleh keturunan (gen dominan dan gen resesif). Tahap kesihatan
kanak-kanak juga dipengaruhi oleh status kesihatan ibu bapa, seperti
penyakit bawaan keturunan seperti diabetis, darah tinggi atau kekerdilan.
Temperamen atau emosi seseorang juga boleh diperkaitkan dengan
pengaruh baka. Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya
dipengaruhi oleh keturunan berbanding dengan faktor persekitaran.

Walaupun baka mengehadkan pertumbuhan dan perkembangan,


persekitaraan boleh memaksimakan potensi pertumbuhan dan

16
perkembangan seseorang. Contohnya, ketinggian juga boleh dipengaruhi
oleh pemakanan dan intervensi persekitaran seperti latihan fizikal yang
intensif.
2.4.2 Pengaruh persekitaran
Faktor persekitaran merupakan faktor yang datang dari luar diri individu
seperti pranatal dan posnatal, pemakanan, keluarga, persekitaran sekolah
dan pengaruh rakan sebaya.

Persekitaran di mana seseorang individu membesar dan berkembang adalah


memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku
seseorang individu itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun,
persekitaran sangat penting. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan
peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk
pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang
dengan keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran.
Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan
kepada perkembangan. (Morrison , 2001) menyatakan faktor semula jadi dan
pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan perkembangan
yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan
manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison, m.s 193 – 195).

BAKA PERSEKITARAN
 gen  Prenatal dan postnatal
- kecerdasan  Pemakanan
- temperamen  Keluarga
 ciri-ciri fizikal yang diwarisi  Sekolah
 pembawaan  Rakan sebaya
- penyakit
 waktu kritikal

17
Rajah 2.4: Pengaruh-pengaruh Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-
Kanak

TUGASAN TERARAH

Berpandukan faktor-faktor baka dan persekitaran yang telah


bincangkan, faktor manakah pada pendapat anda, mempunyai
pengaruh yang lebih kuat ke atas perkembangan anda?
Sediakan satu laporan berdasaran arahan tugasan di atas.

Pemakanan

sekolah Tempat tinggal

Sebaran Am
Keluarga

Pusat Ibadat
Rakan sebaya

Media Eletronik
Persekitaran dunia

Rajah 2.4.2: Faktor persekitaran terhadap pertumbuhan dan perkembangan


kanak-kanak.

18
2.5 Peringkat Perkembangan Manusia Berdasarkan Perspektif Teori

Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada empat dimensi utama iaitu,


perkembangan kognitif, perkembangan emosi, perkembangan moral dan
perkembangan sosial. Perubahan perkembangan berlaku secara peringkat demi
peringkat. Tokoh-tokoh terkemuka yang mengkaji psikologi perkembangan kanak-
kanak terdiri daripada

Jean Piaget (kognitif), Arnold Gesell (psikomotor), Erik Erikson (psikososial),


Lawrence Kohlberg (moral) dan Sigmund Freud (psikodinamik).

Peringkat-Peringkat Perkembangan Manusia


Jangka masa hidup Umur/masa
1. Pralahir Mengandung hingga lahir
2. Bayi (Infancy) 2 tahun pertama
3. Awal kanak-kanak (toddlehood) 2 – 3 tahun
4. Pra sekolah (awal persekolahan) 4 – 6 tahun
5. Kanak-kanak pertengahan 6 – 11 tahun
6. Remaja awal 12 – 14 tahun
7. Remaja pertengahan dan akhir 15 – 22 tahun
8. Dewasa awal 22 – 34 tahun
9. Dewasa pertengahan 34 – 59 tahun
10. Dewasa akhir 60 – 75 tahun
11. Tua 75 tahun ke atas

2.5.1 Teori Perkembangan Kognitif Piaget

19
Jean Piaget (1896-1980)

Teori perkembangan kognitif Piaget mencadangkan empat peringkat perkembangan


kognitif bagi kanak-kanak. Piaget berpendapat setiap peringkat berbeza dari segi
kuantiti informasi, kualiti pengetahuan dan kefahaman. Piaget juga berpendapat
perubahan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak
akan mencapai peringkat kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak
telah terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan.

Empat peringkat perkembangan kognitif tersebut ialah :


1. Peringkat sensorimotor ( dari lahir hingga 2 tahun)
2. Peringkat praoperasi (2-7 tahun)
3. Peringkat operasi konkrit ( 7-12 tahun)
4. Peringkat operasi formal ( 12 tahun hingga dewasa)

Jadual 2.5.1: Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

Peringkat Umur Ciri-ciri


Sensori 0-2 - Boleh meniru dan mengingati benda-benda
Motor Tahun - Mengetahui yang sesuatu objek itu masih wujud
walaupun ianya disembunyikan
- Bersifat egosentrik
Pra 2–7 - Mula mengguna bahasa secara sedikit demi sedikit
Operasi Tahun - Boleh mula berfikir menggunakan bentuk-bentu
simbol

Operasi 7 – 11 - Boleh menyelesaikan masalah yang konkrit


Konkrit Tahun - Boleh memahami konsep pemuliharaan
- Boleh membuat pengkelasan
Operasi 11 atau - Boleh enyelesaikan masalah yang abstrak
Formal 12 - Menjadi lebih bersaintifik dalam cara pemikiran
Tahun - Merasa bimbang tentang isu sosial
Ke atas dipersekitarannya

20
2.5.2 Teori Perkembangan Psikomotor Arnold Gesell
Arnold Gesell (1880-1961) merupakan seorang ahli psikologi yang mementingkan
baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Beliau
mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama menentukan
proses pembelajaran. Kebolehan kanak-kanak akan muncul apabila kanak-kanak
sampai ke titik dan peringkat kematangan tertentu. Beliau berpendapat semua
perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu perkembangan
tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Misalnya semasa berumur 4 bulan, Ali
telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya ialah duduk dan mula belajar berdiri.

Gesell telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku


(perkembangan motor). Dua buah buku Gesell yang penting ialah “An Atlas of Infant
Behavior” dan Infant and Child in Culture of Today”. Buku-buku lain, ‘The First Five
Years’, ’Children from 5-10 Years Old’ dan ‘ Adolescents’.

Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza di antara seorang individu dengan


individu lain. Ini kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap individu.
Menurut beliau, kanak-kanak sebelum berumur 2 tahun, tidak berkebolehan melukis
bulatan dan garisan melintang. Tetapi semasa berumur 2 hingga 4 tahun mereka
boleh melakukannya dengan mudah. Semasa berumur tahun, kanak-kanak belum
berkebolehan menyalin rajah berlian. Setiap kali sesorang kanak-kanak memasuki
satu peringkat perkembangan baru (awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak
dan sebagainya), dia akan menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil kerana dia
perlu mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, temperamen, intelektual dan sikap.
Beliau juga menegaskan lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan
tingkah laku dan aspek lain yang membawa kepada perkembangan seterusnya.

Jadual 2.5.2: Peringkat-Peringkat Perkembangan Motor Gesell

Peringkat Ciri-ciri Perkembangan Tingkah laku

Peringkat pertama - 1 bulan – menghasilkan tangisan berbeza untuk menyatakan


(0 – 1tahun) kehendak berlainan seperti tangisan lapar adalah berlainan
daripada tangisan ketika lampinnya basah.
- 4 bulan – mata bayi boleh mengikuti objek yang bergerak.
- 6 bulan – bayi boleh menggenggam objek.
- 7 bulan – boleh duduk dan merangkak 12 bulan – berdiri
dengan

21
berpaut pada kerusi.
Peringkat kedua - Mula jalan bertatih atau dibantu oleh pengasuhnya
(1 – 2 tahun) - mula memahami makna ‘ jamham’
- 2 tahun – boleh berjalan
Peringkat ketiga - boleh makan sendiri
(2 – 3 tahun) - bercakap menggunakan ayat mudah , boleh berlari.
Peringkat - boleh menunggang basikal beroda tiga
keempat - boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa.
(3 – 4 tahun)
Peringkat kelima - mula bersosialisasi
(4 – 5 tahun) - mengemukakan soalan berperingkat-peringkat
- bersedia untuk ke kelas pra sekolah

2.5.3 Teori Tugas Perkembangan Havighurst

Robert J. Havighurst telah di lahrkan pada 5 Jun, 1900. beliau menerima ijazah
Ph.D. dalam bidang Kimia pada tahun 1924 daripada Universiti Ohio. Dia telah
mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses
pendidikan setelah menjadi guru Sains di Sekolah Tinggi dan Maktab. Pada tahun
1974, dia telah diberi gelaran ‘Professor Emiritus in Development and Education’,
iaitu paad tahun dia bersara di sebabkan oleh sumbangannya yang banyak dalam
pendidikan. Beliau telah menghuraikan konsep tugas perkembangan dalam bukunya
‘Human Development and Education’ yang diterbitkan pada tahun 1953.

Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang


tingkahlaku yang sepatutnya di kuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur
tertentu (Atan Long, 1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat tugas
perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh
individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.

Havighurst telah menyenaraikan 42 tugas perkembangan dalam kehidupan


seseorang individu seperti dalam rajah 2.2 (di ubahsuai dari Newman & Newman,

22
1997). Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan sesorang kanak-
kanak amat di pengaruhi alam sekitarnya.

Dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, harus


memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh
masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal. Jika seseorang individu
dapat mencapai tugas-tugas perkembangan, dia akan berasa berjaya dan gembira.
Sebaliknya jika dia gagal mencapai tugas perkembangan, dia akan berasa kecewa
dan menerima pandangan rendah daripada ibu bapa dan orang yang signifikan
dalam hidupnya.

Walau bagaimanapun tugas asas pada zaman ini berlainan daripada yang telah
dikenal pasti oleh Havighurst. Tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang
dikuasai dari aspek fizikal, kognitif social dan emosional. Contohnya pada tahap
sekolah rendah lagi kanak-kanak perlu menguasai kemahiran memanipulasi
computer untuk termasuk di kalangan murid cerdas. Konsep murid cerdas dewasa ini
termasuk murid yang cerdas komputer.

2.5.4 Teori Perkembangan Psikososial Erikson


Erik Erikson pengikut psikoanalisis telah mengemukakan lima prinsip perkembangan
psikososial manusia:
(1) Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
(2) Perkembangan bergantung tindak balas kepada keperluan asas.
(3) Perkembangan mengikut tahap tertentu
(4) Setiap tahap ada konflik, mesti diatasi untuk ke tahap berikutnya.
(5) Jika gagal atasi konflik akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

Menurut Erikson, terdapat lapan peringkat perkembangan sosioemosi manusia


daripada zaman bayi kepada peringkat tua. Setiap peringkat timbul tingkah laku
positif dan negatif yang membawa masalah penyesuaian psikologikal kerana konflik
emosi.

Jadual 2.5.4: Lapan Peringkat Perkembangan Sosioemosi Erikson


Peringkat Umur Ciri-ciri
kepercayaan iawan 0 – 1.5 tahun  Rasa kepercayaan dibina dalam tahun
ketidak- percayaan (bayi) pertama
 Bina rasa kepercayaan secara peringkat

23
 Bina rasa ketidakpercayaan jika
keperluannya tidak dapat dipenuhi
 Ketidakpercayaan akan terbentuk tingkah
laku negatif

Autonomi lwn 1.5 – 3 tahun  Ingin milik kuasa


malu/ragu (awal kanak-
kanak)  Ingin buat sesuatu dengan daya usaha
sendiri
 Rasa malu jika tidak diberi kuasa
 Rasa malu di depan orang
 Rasa takut melakukan kesalahan

Inisiatif lawan serba 3 – 6 tahun  Belajar cepat


salah (Awal kanak-
kanak tadika  Bergerak cepat
 Peka kepada yang betul dan salah
 Rasa serba salah jika diketawa
 Bina sikap negatif jika rasa serba salah

Kerajinan lawan 6 – 11 tahun  Ingin kuasai sesuatu


kompleks rendah (kanak-kanak)
 Ingin berjaya
 Kuasai kemahiran asas fizikal dan sosial
 Perlukan peneguhan positif/ penghargaan
terhadap tugas yang disempurnakan
 Rasa kompleks rendah diri jika dikritik

Identiti lawan 12 – 20 tahun


 Cuba fahami diri
kekeliruan identiti (Remaja)
 Hadapi krisis identiti
 Sensitif kepada perubahan badan dan imej
kendiri
 Bentuk konsep kendiri positif dan negatif
 Perkembangan emosi berlandaskan emosi
dari peringkat-peringkat dahulu

Keahlakan lawan 20 - 40 tahun  Kebolehan untuk membina rasa sayang,


pengasingan diri (Dewasa) harapan dan penerimaan kepada orang lain.
 Berkebolehan untuk bina hubungan dgn
individu lain bila ada rasa keyakinan dan
fahami diri sendiri.
 Rasa murung, menyendiri bila tidak dapat
bina hubungan dengan individu lain
Generativiti lawan 40 - 60 tahun  Kebolehan untuk beri sumbangan kpd
pemusatan kendiri (Akhir dewasa) masyarakat dan diri sendiri. Sumbangan
dalam bentuk produktiviti dan dapat

24
pengiktirafan drp masyarakat.
 Gagal beri sumbangan individu rasa bosan,
self-indugen
Kesepaduan lawan 60 tahun ke  Individu yang ada intergriti rasa aman, puas
putus asa atas hati dengan apa yang telah dicapai dalam
(Tua) hidupnya. Kebolehan untuk berinteraksi
dengan pelbagai golongan masyarakat.
 Individu yang tidak capai matlamat hidup,
gagal buat keputusan yang terbaik, hidup
kucar-kacir akan rasa putus asa.

2.5.5 Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg


Kohlberg(1927 – 1987) membesar di Bronxville, New York dan mendapat
pendidikan di Akademi Andover di Massachusetts, iaitu sebuah sekolah tinggi
persendirian yang mementingkan akademik, Dia tidak terus pergi ke kolej, sebaliknya
dia pergi menolong orang-orang Israel dengan berkhidmat sebagai jurutera kedua
dalam sebuah kapal yang mengangkut pelarian Eropah melalui kepungan British ke
Israel. Selepas itu, dalam tahun 1948, Kohlberg mendaftar di University Chicago
tempat dia mendapat markah yang sangat tinggi dalam ujian kelayakan. Ini
membolehkan beliau mengambil jumlah kursus yang sedikit untuk mendapatkan
ijazah sarjananya yang dilakukannya dalam masa setahun. Beliau terus menetap di
Chicago untuk melakukan kerja selepas ijazah dalam bidang psikologi kerana beliau
bercadang untuk menjadi ahli psikologi klinikal pada masa itu, Namun demikian,
tidak lama kemudian timbul minat beliau terhadap Piaget dan beliau mula menemu
ramah kanak-kanak dan remaja menganai isu-isu moral. Ini seterusnya menjadi
disertasi kedoktoran beliau, iaitu persembahan pertama peringkat teori barunya.
Kohlberg mengajar di University Chicago dan tahun 1962 hingga 1968, dan
seterusnya di University Harvard dari 1968 sehingga beliau meninggal dunia pada
tahun 1987.

Kohlberg memfokuskan kajiannya kepada perkembangan moral dan menyediakan


suatu teori peringkat penaakulan moral yang terdiri daripada tiga aras dan enam
peringkat. Pada setiap tahap penaakulan moral terdapat pertimbangan-
pertimbangan moral yang berbeza:
 Tahap 1: Penaakulan Moral Pra-konvensional
Pertimbangan berdasarkan keperluan individu dan peraturan orang lain
 Tahap 2: Penaakulan Moral Konvensional

25
Pertimbangan adalah berdasarkan persetujuan orang lain, harapan
keluarga, nilai tradisional, undang-undang masyarakat, dan kesetiaan kepada
Negara.
 Tahap 3 : Penaakulan Moral Pos-Konvensional
Pertimbangan adalah berdasarkan Perjanjian Sosial dan Prinsip Etika
Universal

26
Jadual 2.5.5: Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

Aras Peringkat Keterangan

1. Moraliti 1. Pelbagai moraliti. Buat apa yang patut untuk


Prakonventional mengelakkan hukuman.

2. Tujuan individu menjadi Buat apa yang betul sebab


alat dan pertukaran ianya adil.

2. Moraliti 3. Saling berhubungan Buat apa yang betul kerana


Konvensional kehendak interpersonal ianya dikehendaki oleh ibu
dan pengesahan bapa, guru dan masyarakat.

4. Kesedaran dalaman dan Buat apa yang betul kerana


sistem sosial tugas atau mematuhi undang-
undang.

5. Kemudahan atau kontrak Buat apa yang betul sebab


3. Moraliti sosial dan hak individu kebajikan dan perlindungan
Poskonventional awam

6. Prinsip sejagat dan etika Buat apa yang ebtul sebab


prinsip etika pilihan sendiri.

TUGASAN TERARAH
Mengikut teori Piaget pada peringkat praoperasi, kanak-kanak
sudah mula menguasai kemahiran berbahasa dan berupaya berfikir
dalam bentuk simbol.
Cadangkan 5 langkah yang boleh diambil oleh guru untuk
membantu perkembangan kognitif di peringkat ini.

2.6 Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru


Terdapat beberapa implikasi berkaitan dengan perbezaan perkembangan individu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di antara cara-cara guru membantu
murid-murid mencapai perkembangan yang optimum adalah seperti berikut:

2.6.1 Strategi dan Pendekatan


Guru-guru mesti menggunakan strategi-strategi dan pendekatan-pendekatan
yang sesuai dalam proses pertumbuhan dan perkembangan murid-muridnya.
Mereka pasti mengambil kira aspek perbezaan individu dan gaya

27
pembelajaran mereka. Guru-guru juga mesti memberikan murid-murid
tugasan-tugasan yang sesuai dengan peringkat-peringkat perkembangan dari
segi mental, sosial, emosi dan psikomotor.

2.6.2 Aktiviti-aktiviti Berkumpulan


Guru-guru boleh merancang aktiviti-aktiviti berkumpulan untuk membantu
perkembangan sosioemosi murid-murid yang berbeza. Guru-guru juga mesti
sensitif kepada perbezaan individu yang wujud di antara murid-murid di dalam
sesuatu bilik darjah. Aktiviti-aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif
dapat membantu murid-murid yang mempunyai kadar pertumbuhan dan
perkembangan yang berlainan.

2.6.3 Fleksibiliti
Guru-guru hendaklah fleksibel dalam membimbing dan mengawal murid-
murid mereka dengan mengambil kira faktor-faktor umur, jantina, latar
belakang keluarga dan budaya yang mempengaruhi gaya pembelajaran
murid-murid. Contohnya, merancang pemberian peneguhan yang sesuai
dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar.

2.6.4 Persekitaran Pintar


Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang dapat merangsang sifat ingin
tahu dan sifat semulajadi untuk meneroka dunia nyata ini. Alat-alat bantuan
mengajar mesti digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dan lain-
lain alat teknologi pengajaran pembelajaran hendaklah disediakan untuk
kegunaan murid-murid.

2.5.5 Kemahiran Penyoalan


Guru-guru mesti mempunyai kemahiran menyoal yang bermutu untuk
menggalakkan perkembangan murid-murid yang optima. Guru-guru mesti
memastikan soalan-soalan mereka adalah berbentuk terbuka, menjana
pemikiran aras tinggi seperti sintesis, analisis dan yang sentiasa meminta
pendapat murid-murid. Satu persekitaran yang penyayang dan mendidik
hendaklah diadakan supaya murid-murid berasa selamat dan terjamin untuk
berinteraksi dengan guru semasa sesi soal jawab di sekolah.

28
2.5.6 Kemahiran sosial
Guru-guru perlu membantu murid-muridnya membina kemahiran-kemahiran
sosial yang penting seperti berkongsi, menerima tanggungjawab semasa
melibatkan diri di dalam dan luar bilik darjah. Murid-murid hendaklah diberi
peluang untuk menanggung tanggungjawab dan menjalankan pelbagai tugas
dalam acara-acara sukan seperti mengendalikan peralatan dan memupuk
sifat kepimpinan dengan mengawas murid-murid lain.

2.5.7 Memahami personaliti pelajar

Pengetahuan tentang teori perkembangan membolehkan guru memahami


mengapa pelajar bertingkah laku dalam cara tertentu. Perkembangan
personaliti murid-murid secara keseluruhan akan terjamin jika guru-guru
prihatin dan sabar dalam membimbing mereka. Guru-guru yang
menggalakkan setiap murid ke arah perkembangan optima juga dapat
memperkembangkan personaliti masing-masing. Mereka akan lebih peka
dalam mengenal pasti masalah-masalah perkembangan potensi dan akan
mengendalikannya dari peringkat awal persekolahan lagi.

Justeru, peranan guru-guru adalah amat penting sekali dalam tumbesaran dan
perkembangan kanak-kanak terutama sekali diperingkat awal di sekolah rendah.
Adalah tanggungjawab setiap guru untuk mengoptimumkan potensi insan dan
membina murid-murid untuk menjadi individu-individu yang akan menyumbang
kepada modal insan masyarakat dan negara.

29
Hayatilah pertumbuhan anak dalam kandungan, serta fikirkan kebesaran
Penciptanya.
Bulan Pertama Bulan Kedua Bulan Ketiga

Bulan keempat Bulan kelima Bulan keenam

Bulan Ketujuh Bulan kelapan Bulan kesembilan

Umur sebulan

30
RUJUKAN

Coole, P. & Steven, R. (1990). Whole Language : A New Zealand Approach.


Christchurch : Chrischurch College of Education.

Haliza, H., Joy. N. S., & Rafidah, K. (2008): Perkembangan kanak-kanak


Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Morrison, G. S. (1995). Early Childhood Education Today. Prentice Hall Inc.

Bergstrom, J. M., Margosian, R.K. & Olson, F. A. (1976). Enhancement Of


Growth and For Young Children. Colombus, O.H : Merill Publishing.

Secfeldt, C & Barbour, N. (1990). Early Childhood Education : An Intriduction.


Columbus : Merill
TamatPublishing.
Tajuk 2: semoga berjaya

Beaty, J.J. (1988). Skills for Preschool Teachers. Columbus, OH : Merill


Publishing.

31

Anda mungkin juga menyukai