Anda di halaman 1dari 1

Hobi

Setiap individu mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada yang suka memancing,
ada yang suka bersukan, ada yang minat berlumba, ada yang gemar mendaki
gunung dan berbagai-bagai hobi. Semua orang mempunyai alasan tersendiri yang
menyebabkan mereka melakukan semua hobi itu. Jadi, apakah fungsi-fungsi hobi
dalam kehidupan kita dan usaha-usaha untuk menggalakkannya terutama dalam
kalangan remaja? Elok kita semua renungkan.

Sesungguhnya hobi memastikan masa senggang seseorang itu dipenuhi dengan
baik. Masa memang emas dan harus digunakan sebaik mungkin. Hobi
memudahkan kita menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Aktiviti riadah ini memang nampak mudah dan tidak menarik tetapi mempunyai
kesan yang mendalam kerana memastikan masa seseorang itu digunakan
sebagaik mungkin. Ada masa untuk bekerja, ada masa untuk keluarga, ada masa
untuk berhibur dan masa untuk riadah.

Selain itu, aktiviti hobi mampu menajamkan pemikiran seseorang itu. Sesuatu
hobi itu hanya mampu dilakukan melalui perancangan dan kebolehan yang
tertentu. Masa, teman yang akan dijemput dan kekerapan melakukan hobi harus
ditentukan dahulu. Jadi, kekerapan melakukan sesuatu aktiviti itu menjadikan
seseorang itu kritikal fikirannya terutama untuk memastikan hobinya lebih baik
dan berkesan untuk jangka panjang. Minda sihat dan fizikal turut menjadi lebih
kuat untuk mengharungi kehidupan moden yang penuh cabaran ini.

Pemilikan hobi juga mampu mengeratkan hubungan baik keluarga atau rakan
rapat seseorang itu. Aktiviti hobi boleh dilaksanakan bersama-sama dengan anak
atau kawan lalu menyebabkan interaksi semakin kerap berlaku. Tindakan ini
memberikan satu pemahaman yang baik tentang sikap seseorang. Jelaslah, hobi
berupaya menjadikan hubungan sosial manusia semakin positif.

Jadi, hobi memang harus dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat
dan asal-usul. Aktiviti positif ini akan memberi banyak kesan baik kepada individu
dalam aspek kesihatan mental dan fizikal seseorang itu. Kehidupan kita juga
menjadi lebih bermakna dan menarik untuk diteruskan dari hari ke hari. Sudahkah
anda semua melakukan hobi anda hari ini?

Hobi

Setiap orang mempunyai hobi yang tersendiri.Terdapat pelbagai jenis hobi yang
berfaedah dan banyak manfaat. Contohnya, menonton, menjahit, bertukang,
bermain, berkebun,berkelah, memancing, melukis,membaca dan lain-lain lagi.

Hobi saya ialah menanam. Menanam mempunyai banyak faedah. Antaranya,
menanam boleh menyihatkan badan. Ini kerana ia boleh mengeluarkan
peluh.Apabila kita berpeluh, itu maknanya kita sihat dan tentulah kita tidak
mempunyai penyakit.Kita juga dapat mengetahui cara-cara untuk menanam dan
sebagainya.

Dengan hobi kita boleh mengisi masa yang terluang.Ia boleh menghilangkan rasa
bosan. Selain itu, kita juga dapat mengisi masa dengan baik daripada mengisi
masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak
dan sebagainya.

Menanam juga dapat menambahkan pendapatan.Caranya ialah seperi menjual
hasil tanaman.Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah antara hasil tanaman yang
sesuai dijual.

Hobi sangat diperlukan untuk melegakan tekanan perasaan. Apabila kita
melakukan perkara yang membuatkan kita gembira, maka tiada lagi tekanan
perasaan. Ia adalah perkara yang sangat mudah dilakukan.

Hobi sangat penting untuk setiap orang. Tanpa hobi, kita tidak mungkin mendapat
faedah sebegini. Jadi milikilah hobi yang berfaedah supaya masa kita tidak
terbuang dengan perkara yang sia-sia.

Anda mungkin juga menyukai