Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirohmanirahim..

Assalamualaikum wtb
Yang Berbahagia Tuan Haji Zulkifli bin Hj Mahfudz selaku penceramah undangan pada hari ini.
Yang Dihormati _______________________________________
Yang di hormati _______________________________________
Barisan guru-guru,
Seterusnya anak-anak murid Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota yang di kasihi
sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
dengan keizinannya dapat kita sama-sama berada di dalam bilik seminar ini, dalam Program
Teknik Menjawab Soalan Matematik.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada murid-murid yang dapat hadir pada hari
ini.Semoga sepanjang program ini berlangsung kita akan mendapat tips-tips menjawab soalan
matematik yang berguna bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis menjemput saudara ______________________
bagi memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

[bacaan doa]

Amin...amin ya robbal alamin


Terima kasih di ucapkan kepada saudara _____________________________________
atas bacaan doa itu tadi. Semoga kita majlis pada hari ini akan mendapat rahmat dan
keberkatan.Inshallah........

Sebelum kita ke agenda utama program pada hari ini, terlebih dahulu, ingin saya ceritakan
serba sedikit tentang penceramah kita pada hari ini.

Penceramah kita pada hari ini ialah Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mahfudz, guru Sekolah
Kebangsaan Kampung Idaman, Pelabuhan Klang Selangor. Beliau merupakan seorang guru
cemerlang matapelajaran Matematik dan mempunyai pengalaman mengajar Matematik Tahun
6 selama 30 tahun.

Dengan itu, tanpa membuang masa lagi, majlis menjemput Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mahfudz,
Guru cemerlang Matematik untuk menyampaikan ceramah beliau.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

[ceramah]
Penutup

Demikianlah tadi ceramah yang sangat berguna, yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifli
bin Haji Mahfudz. Semoga segala maklumat dan panduan yang telah diberikan semasa
ceramah tadi akan dapat membantu kita untuk menjawab soalan Matematik dengan baik.
Sama-sama kita berdoa agar anak-anak murid kita dapat mencapai kecemerlangan dalam mata
pelajaran Matematik seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang
cemerlang.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian
cenderamata. Sehubungan itu majlis dengan sukacitanya menjemput
______________________________________ untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berbahagia Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mahfudz selaku penceramah pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis pada hari ini.Pihak majlis
sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mahfudz atas
kesudian beliau berkongsi ilmu dengan kita pada hari ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan
kepada pihak pimpinan sekolah terutamanya kepada _________________________________
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan guru-guru yang telah memberikan komitmen agar
majlis ilmu ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Selaku pengacara majlis pada hari ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf,
sekiranya sepanjang mengacarakan majlis ini terdapat salah dan silap.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz

Wabillahi taufik walhidayah


Wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai