Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA ORIENTASI T1 DAN PERALIHAN 2019

  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Salam sejahtera

 Yang berbahagia En Sudin Bin Abdul Hadi


YDP PIBG SMK Aminuddin Baki Chemor

ü  Yang berusaha Tuan Ahamad Tarmizi bin Dawami,


Pengetua SMK Aminuddin Baki Chemor

ü  Yang berusaha Pn Zakiah bt Ariffin ,


Pengetua SMK Aminuddin Baki Chemor

ü  Yang berusaha Pn Noorain bt Yusuff


Penolong Kanan HEM

ü  Yang berusaha Pn Aisyah bt Mohammad


Penolong Kanan Kokurikulum

ü  Yang berusaha Pn Latifah bt Omar


Penolong Kanan Petang

 Yang berusaha Pn ________________


Penolong Kanan PKI

ü  Yang dihormati,
Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris yang dikasihi
sekalian

ü  Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita


berkumpul di dalam dewan terbuka pada pagi yang penuh
barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda dalam
acara takwim sekolah iaitu Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1
dan Peralihan bagi sesi petang 2019.
ü  Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama
merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin
warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-
sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

ü  Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini


menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan
pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian
anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah.

ü  Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz


Abdul Hanif utk memimpin bacaan doa, dipersilakan.
(DOA)
Amin amin yarabbal alamin.  Majlis merakamkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Abdul Hanif atas
pimpinan doa sebentar tadi.

ü  Warga dewan yang dimuliakan,

ü  Kini, tibalah masa untuk kita mendengar taklimat yang bakal


disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Ahamad Tarmizi bin
Dawami selaku Pengetua SMK Aminuddin Baki Chemor.

ü  Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan  Pengetua.


(UCAPAN)

ü  Begitulah berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi


buat renungan dan panduan semua warga dewan. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian 
menyampaikan taklimat.

ü  Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi lawatan pelajar ke


kelas-kelas bersama guru-guru kelas. Manakala ibu bapa dan
penjaga diminta berada di dewan ini bagi taklimat disiplin yang
akan disampaikan oleh Ketua guru disiplin bagi sesi petang.
Untuk itu, bagi melancarkan pergerakan pelajar, majlis
menjemput _______________________ .
Terima kasih diucapkan kepada __________________________.

Seterusnya, dijemput En Mohd Syarizal b Mohd Noor selaku ketua


guru disiplin bagi sesi petang bagi menyampaikan taklimat
berkaitan disiplin di sekolah ini, dengan segala hormatnya
dipersilakan.Dalam sesi taklimat ini, tuan-tuan dan puan-puan boleh
bertanya tentang isu disiplin dan peraturan sekolah. Sebarang
cadangan dan pandangan para waris penjaga amat dialu-alukan
untuk kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan
bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang
Peperiksaan yang akan datang. InsyaAllah....

Jutaan terima kasih diucapkan kepada en Mohd Syarizal di atas


taklimat disiplin sebentar tadi. Dengan berakhirnya taklimat
disiplin itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini.
ü   Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat
sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan
pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya
daripada kelemahan diri saya sendiri.

       Buah selasih buah kelubi


       Di dalam dulang hidangan pagi
       Terima kasih daun keladi
       Bila diundang datanglah lagi.

Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai