Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM TAKLIMAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2024 SKDT


27/1/2024 (SABTU)

PERKARA BUTIRAN PENYAMPAIAN


ALUAN BismilLahirRahmanirRahim.
PENGACARA Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh dan salam sejahtera.

Yang berusaha,
En. Mohd Mohehafiz bin Nordin
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Dusun Tua

Yang berusaha,
Puan Zulinda bt Haron
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Dusun Tua

Guru-guru, Ibu bapa seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Pertamanya majlis mengucapkan selamat datang ke


Program Taklimat Pendaftaran Murid Tahun 1 SK Dusun Tua bagi tahun 2024.

BACAAN DOA Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memulakan dan menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan, bermunajat, memohon berkat
agar segala urusan mendapat rahmat. Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz __________________________ bagi memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

TAKLIMAT Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.


KURIKULUM
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil
Ustaz ________________________atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Para hadirin sekalian,

Program taklimat pada hari ini adalah bertujuan menyebarkan maklumat-maklumat


dan input penting kepada semua ibu bapa kepada murid-murid tahun 1 2024 yang
mana boleh dijadikan sebagai panduan kepada semua ibu bapa sebelum memulakan
sesi persekolahan 2024 tidak lama lagi. Selain itu, program pada hari ini diharapkan
akan dapat mendekatkan lagi ibu bapa dan masyarakat dalam usaha memahami
peranan pihak sekolah secara umumnya.

Baiklah hadirin sekalian,

Marilah kita terus beralih ke acara kemuncak program kita pada pagi ini iaitu
taklimat persekolahan bagi tahun 2024. Taklimat ini akan dibahagikan kepada 3 slot
iaitu Taklimat Kurikulum yang akan disampaikan oleh En. Mohd Mohehafiz bin
Nordin selaku GPK Pentadbiran, seterusnya disusuli pula dengan Taklimat Hal
Ehwal Murid oleh Pn. Zulinda bt Haron selaku GPK HEM dan diakhiri dengan
Taklimat Disiplin oleh En. Mohamad bin Sha’ari selaku Ketua Guru Disiplin.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan En. Mohd
Mohehafiz bin Nordin GPK Pentadbiran untuk mengendalikan taklimat bagi slot
yang pertama. Dipersilakan.

TAKLIMAT Terima kasih diucapkan kepada En. Mohehafiz bin Nordin selaku Guru Penolong
HEM Kanan Pentadbiran atas sesi taklimat kurikulum sebentar tadi. Seterusnya, majlis
menjemput dan mempersilakan pula Pn. Zulinda binti Haron selaku Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan slot taklimat Hal Ehwal Murid.
Dipersilakan.

TAKLIMAT Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zulinda bt Haron Guru Penolong Kanan Hal
KETUA GURU Ehwal Murid atas sesi taklimat Hal Ehwal Murid sebentar tadi. Seterusnya, majlis
DISIPLIN menjemput dan mempersilakan pula En. Mohamad bin Sha’ari selaku Ketua Guru
Disiplin untuk menyampaikan taklimat peraturan dan disiplin. Dipersilakan.

SOAL JAWAB Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad bin Sha’ari atas sesi taklimat
peraturan dan disiplin yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya membuka sesi soal jawab kepada semua ibu bapa jika ada sebarang
kemusykilan yang ingin diajukan. Dipersilakan.

[Sesi soal jawab]

PENUTUP Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang mengajukan persoalan sebentar
tadi dan majlis turut mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga penyampai bagi
setiap slot yang telah disampaikan. Mudah-mudahan semua ibu bapa telah mendapat
sedikit sebanyak input dan gambaran kepada apa yang akan dilalui oleh anak-anak
tahun 1 pada sesi pembelajaran mereka pada tahun 2024 nanti.

Hadirin sekalian,

Kita telah pun sampai ke penghujung acara.

Majlis dengan ini mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih
buat semua warga SK Dusun Tua, rakan guru, orang perseorangan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program taklimat pada pagi ini.
Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat
ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.

Pada kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum


wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai