Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA PROGRAM BERTEMU WARIS DAN PENYERAHAN SLIP

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014


SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

Perhatian kepada semua ibu bapa, diharapkan dapat memenuhi masuk ke dewan
dan memenuhi kerusi di bahagian hadapan kerana majlis akan dimulakan
sebentar lagi. Terima kasih

Acara
Kata Aluanaluan

Skrip

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan


salam 1Malaysia.
*****Yang Berbahagia
Prof Madya Dr. Mohammad Zahit bin Ali
Yang Dipertua PIBG
SMK Putrajaya Presint 11 (1) masuk ke
dewan
Yang berbahagia
Pn Sri Halimah binti Abdul Majid
Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 11 (1)
Yang Berusaha
Pn Sharifah Zukhaireen binti Syed Zuflida,
Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Hasni binti Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Norain binti Senin
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Berbahagia Datin Azizah Idris,
Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Catatan

Para ibu bapa dan guru-guru yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan


setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat
bersama-sama berkumpul bagi melangsungkan Program
Bersama Waris dan Penyerahan Slip Peperiksaan
Percubaan Tahun 2014. Bagi seluruh warga SMK
Putrajaya Presint 11(1) pihak majlis mengalu-alukan
kehadiran para ibu bapa bertamu ke majlis kita pada hari
ini. Semoga dengan kehadiran semua, majlis ini akan
menjadi lebih bermakna.
Doa

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz
Mohd Tarmizi bin Che Hassan bagi memimpin bacaan
doa.
Majlis mempersilakan.

(BACAAN DOA)
Orang Jawa berdagang ke kota,
Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan doa itu


tadi.
Hadirin sekalian,
Taklimat
bersama
Pengetua

Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib


dalam takwim sekolah. Ia diadakan untuk membolehkan
waris penjaga mengetahui perkembangan pembelajaran
anak-anak mereka dan secara tidak langsung dapat
memupuk semangat kerjasama antara pihak sekolah
dengan waris penjaga, malahan turut juga dapat

mengetengahkan segala pandangan waima idea bernas


daripada warga sekolah mahu pun para ibu bapa sekalian.
Jesteru itu, adalah menjadi harapan kami, warga pendidik
agar ia menjadi tonggak bagi memulakan anjakan
paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi
mutu pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi
mahupun ukhrawi. Insyallah.
Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Pn Sri Halimah
binti Abdul Majid, Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya
Presint 11(1) untuk memberikan taklimat Program
Bersama Waris.
Dipersilakan.
(TAKLIMAT BERSAMA PENGETUA)
Terima kasih diucapkan kepada Puan pengetua

Penutup

Hadirin sekalian,
Dengan ini, berakhirlah Program Bersama Waris 2014. Ibu
bapa bolehlah berjumpa dengan guru-guru kelas anak
masing-masing di meja bahagian belakang dewan untuk
sesi penyerahan slip peperiksaan Percubaan tahun 2014.
Akhir kata, saya sudahi dengan wabillahi taufik wal
hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai