Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan Wakil Penghulu

Majlis penutupan Program Tansformasi Minda

Terima kasih saudari pengacara majlis

Bismillahhirahmannirrahim

Assalamualaikum w.r.t

Selamat petang dan salam sejahtera,

SALUSITASI

Yang Berbahagia,

Yang Berusaha,

Serta Rakan-rakan yang dirahmati Allah swt,

Tinggi bukit gilang-gemilang

Air laut tenang-tenangan

Terima kasih kerana datang

Budi tuan jadi kenangan


Syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat
kita berkumpul pada pagi yang mulia ini walaupun secara maya, dalam satu majlis
yang gemilang dan penuh bermakna ini.

Hari ini kita amat bertuah kerana julung-julung kalinya dapat duduk bersama-sama
bagi meraikan satu majlis yang amat bermakna iaitu MAJLIS PENUTUPAN
PROGAM TRANSFORMASI MINDA SIRI 4/2023 bermula pada 7 MEI 2023
sehingga 11 MEI 2023 anjuran INSTITUD PENDIDIKAN GURU TEMENGGONG
IBRAHIM.

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya diberikan kesempatan
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan bagi mewakili para peserta Program
Transformasi Minda pada kali ini.

Hari ini merupakan hari terakhir kita bersama-sama dalam menghadiri PTM ini.
Pelbagai maklumat telah disebar luas dan dijanakan selaras melahirkan pegawai
perkhidmatan yang unggul, berdaya saing dan berkaliber. Hadirin sekalian, program
ini ialah kursus yang wajib diambil oleh semua guru bagi tujuan pengesahan dalam
perkhidmatan. Sepanjang kursus ini, para urus setia telah menilai disiplin,
penyesuaian diri, inisiatif dan tanggungjawab, penyertaan mahu pun aspek
kepimpinan para peserta. Dapatannya, keseluruhan objektif yang dirangka, berjaya
dicapai sepenuhnya. Untuk itu, kami, peserta kursus telah diuji melalui ujian,
tugasan individu mahupun berkumpulan yang dibuat semasa berkursus.
Manfaatnya, peserta kursus mendapat penjelasan menyeluruh berhubung system
pentadbiran, prosedur utama, arahan mahupun pekeliling kerajaan. Sementelahan
itu, melalui kursus ini juga, kami memperoleh kefahaman mengenai integriti seorang
guru yang cemerlang.

Sekaligus, membantu memantapkan elemen dan nilai etika kerja cemerlang di


kalangan semua anggota dalam perkhidmatan awam. Sudah pastilah budaya kerja
kita kini lebih sistematik dan tidak semborono berbanding dahulu. Hadirin yang
dihormati, Suatu yang bermula pasti ada noktah akhirnya. Saya mewakili peserta
kursus merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak yang telah menjalankan
kolaborasi menzahirkan kursus ini.
Saya selaku wakil rakan guru yang mengikuti program ini, ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada barisan urus setia, para penceramah diatas segala tunjuk ajar,
bimbingan dan sokongan yang telah di berikan selama 5 hari kita berporgram.

Kami juga ingin menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua andainya ada yang
terkasar bahasa, andai ada yang terguris di hati sepanjang kami berada disini.

Kalau ada jarum yang patah


Jangan simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan simpan di dalam hati.

Akhir kata…. Kami berjanji akan berusaha untuk mempraktikkan dan menerapkan
segala ilmu yang telah dipelajari selama kami berada disini untuk menjalankan
tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kami dengan bersungguh-
sungguh dan penuh kerelaan hati. InsyaAllah.

Kalau ada sumur di ladang

Boleh saya menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Boleh lah jemput kami lagi

Sekian terima kasih..

Wabillahhitaufiq wal hidayah wassalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai