Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN WAKIL MURID UNTUK KEM MOTIVASI 2013

Assalamualaikum w.bt. dan salam sejahtera. Yang berusaha TUAN GURU

BESAR, yang dihormati TUAN YANG DIPERTUA PIBG, barisan fasilitator , GURU-

GURU seterusnya MURID-MUrid peserta KEM MOTIVASI 2013 yang saya hormati

sekalian.

Alhamdullilah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin

dan kurniaNya dapatlah kita bersama-sama di Majlis Perasmian Penutup Kem

MOTIVASI ini setelah berjaya mengikuti program 3 hari 2 malam ini dengan

jayanya. Saya mewakili MURID-MURID SK BELENGU yang menyertai program ini

dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan

setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah kerana memberikan kami

peluang yang penuh bermakna ini bagi mengikuti kem yang dianjurkan.

Banyak ilmu pengetahuan dan aktiviti yangberfaedah yang dapat

kami pelajari sepanjang kem ini dijalankan yang dapat digunakan

dalamkehidupan seharian kami terutamanya dalam aspek pengurusan diri dan

ibadah. Kami ingin melahirkan jutaan terima kasih kepada semua barisan guru-

guru yang banyak mengajar kami tentang erti kehidupan yang bermakna,

membantu meningkatkan motivasi kami serta banyak memberikan nasihat

serta tunjuk ajar yang berguna bagi membantu memperbaiki segala kesilapan

dan kesalahan kami. Kami merupakan insan yang beruntung kerana dapat
mengikuti kursus yang dianjurkan ini kerana ia merupakan satu program yang

banyak membentuk sikap positif dalam diri kami serta mampu mencegah kami

dari terlibat dalam segala aktiviti tidak sihat. Saya mewakili semua murid ingin

memohon maaf kepada semua barisan urusetia dan guru diatas segala

kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan sepanjang kem ini berlangsung.

Kami menghargai segala penat lelah dan pengorbanan yang dilakukan

barisan urusetia sepanjang kem ini dijalankan dalam mendidik kami menjadi

insan yang berguna.

Kami dengan ini berjanji akan menjadi insan yang berguna pada

dirisendiri, keluarga, agama, bangsa dan Negara. Akhir kata, kami

mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan sepanjang

masa bagi membentuk setiap individu yang mengikutinya berdispilin, dan

bermotivasi. InsyaAllah, segala aktiviti dan program ini akan menjadi satu

kenangan yang terindah yang tidak akan kami lupakan dalam kehidupan ini.

Sesungguhnya kami ini merupakan insan yang dahagakan ilmu pengetahuan

dan tujuk ajar yang berguna dari semua pihak sekalian. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai