Anda di halaman 1dari 2

MILIK SIAPAKAH TANAH INI

KARYA : MOHD GHAZALI TAIB

Sekepal tanah ini ku genggam

Yratnya temali tersirat nyali merah darah muda

Mengalir ke kali menuju ke muara

Tercatat warisan temurun anak bangsa tercinta

Tertatang penuh jiwa di setiap lena jaga

Bagai minyak, setitik tumpahnya tiada

Di tanah ini duhai negaraku

Kubisikkan berbaris zikir di ubun belahan cinta

Merantai azimat mengikat kasih anta permana

Menjadi tunjang jati diri pertiwi

Anak merdekan tidak akan berputih mata

Tidak akan seinci tanah terbiar, tetap dibela

Haram disentuh petualang durjana

Di tanah keramat ini duhai bangsaku

Meresap kecintaan ke setiap rongga anggota

Mengunci kata-kata sekelumit tak akan lupa

Siapa bangsa, siapa nenek moyangnya


Inilah tanah bertuah kita

Jangan sesekali diselerak merata

Jangan dijanji walau pada sesiapa

Jangan dikongsi walau pada kelana

Jangan diagihkan tukar penama

Kerana ia adalah waarisan kita sejak mula

Inilah tanah pusaka terbenam di jiwa

Akan kusimpulkan menjadi kota janji

Terpatri ikrar suci abadi

Anda mungkin juga menyukai