Anda di halaman 1dari 3

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama sekolah: Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam Kod sekolah: NBA 2001
1 Nama Guru JUNAINAH BINTI JUPRI
2 Judul buku 3. Bidang : Pedagogi
Berfikir dalam bilik darjah
4 Pengarang 5.Muka Surat:163
Ainon Mohd & Abdullah Hassan
6 Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
7
Sinopsis :

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-

kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang

seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku
sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan

kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran

itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini

merupakan individu yang mahir berfikir.

Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah

seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji

murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi

diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan

mempelbagai teknik menyoal.

Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah

infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan

disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik
tersebut sewaktu mengajar.
8

Nilai Pengetahuan/ Pengajaran :

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan
dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang
kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik,
kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh
mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat
diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru
kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
“ Saya mahu..
“Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti
pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....

9
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru
gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas
guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu
tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah
paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk
mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak
anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman
menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam
apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu

ditangani dengan bersabar dan kreatif.


10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya
dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya
tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam bentuk yang
ringkas tetapi padat.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


………………………………………… ………………………………
(Junainah binti Jupri) ( )

Anda mungkin juga menyukai