Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Kod Sekolah:

1. Nama Guru Binti

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang: Pedagogi

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu
mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak
lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang
cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat
ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga
menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu
yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji
murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan
mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan
kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang
dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan
menggunakan teknik tersebut sewaktu mengaja

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana
setiap guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup di alam fana ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin yang
berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................................... ........................................................
( MASTURAH BT AZALI ) ( )

Pengarang : Ainon Mohd & Abdullah Hassan

Anda mungkin juga menyukai