Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK LKTP CHALOK BARAT Kod Sekolah: TBA 6066

1. Nama Guru ROSLIZAN BINTI MOHD SOUD

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah

4. Pengarang Ainon Mohd & Abdullah Hassan


6. Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
7. Sinopsis

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang


sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan
“budak bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan
pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku
sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun
majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang
juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan
kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan
individu yang mahir berfikir.

       Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir


dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi
pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran,  guru
menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor,  toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai
rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.

     Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir


menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak
kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-
contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan
teknik tersebut sewaktu mengajar.  

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


     Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang
mana kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik
darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran
pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik,
kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui
pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas.
Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan.

     Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di


dalam kelas. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :

    “ Saya mahu..

    “Kamu perlu...

Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan
menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar
dengan soalan yang mencabar minda seperti:

     “ Bagaimana sekiranya..

     “Apa yang perlu kita.....

      “ Sekiranya.....

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan


yang sesuai untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu
tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para
guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu
mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan
ini.

     Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya.


Lukman mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor
keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat
manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa
jua situasinya..

    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini
bukannya mudah dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.  
1 Kesimpulan
0
Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana
olahannya dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk
semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang
kontemporari,   dan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas tetapi padat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ...................................................
( ROSLIZAN BT MOHD SOUD ) ( SITI ASMA BINTI ABDULLAH )

Anda mungkin juga menyukai