Anda di halaman 1dari 3

Sinopsis Buku

1.

Nama Guru

Siti Fatihah Bt Mahmud

2.

Judul

Berfikir Dalam Bilik Darjah

3. Bidang:Pedagogi

4.

Pengarang

Ainon Mohd & Abdullah Hassan

5. Muka Surat:163

6.

Terbitan

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

7.

Sinopsis :
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu
mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan budak bodoh,
budak lembam dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang
dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai taukeh,
tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku
sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan
kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang
mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik
darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan
divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong
kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik,
mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir
menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap
teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru
dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana
kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya
kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar
yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan
kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di
dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas.
Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
Saya mahu..
Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan
kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar
minda seperti:
Bagaimana sekiranya..
Apa yang perlu kita.....

9.

Sekiranya.....
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai
untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan
karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat
membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu
mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara

mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari
kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah
dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.
1
0

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya
dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur,
ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan
dalam bentuk yang ringkas tetapi padat.

Disediakan oleh

Disahkan Oleh:

...............................

.............................

Siti Fatihah Bt Mahmud

Anda mungkin juga menyukai