Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK (C) KUANG Kod Sekolah: BBC 7403

1. Nama Guru Chia Chong Lin

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang:Pedagogi

4. Pengarang Ainon Mohd & Abdullah 5. Muka Surat:163


Hassan
6. Terbitan
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
7. Sinopsis :
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam”
dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik
sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun
majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga
menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai
individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen,
memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan
menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan
dan mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan
kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang
dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan
menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya
akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham
tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ,
pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui
pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi
diri mereka akan dapat diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas.
Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
“ Saya mahu..
“Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan
kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda
seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah.
Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para
guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu
pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara
mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan
orang lain walau dalam apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan
perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.

1 Kesimpulan
0

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya
dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur,
ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam
bentuk yang ringkas tetapi padat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai