Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMPARULI Kod Sekolah: XEE4401

1. Nama Guru NOORZANAH BT MD AYUB

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang: PEDAGOGI

4. Pengarang Ainon Mohd & Abdullah Hassan 5. M/S: 163


Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
6. Penerbit
7. Sinopsis

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan
yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu
di bangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan
kepada pelajar yang pintar sewaktu di bangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan
kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya
pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.

Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji
murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan
mempelbagai teknik menyoal.

Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan


kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik yang dianjurkan
disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik
tersebut sewaktu mengajar.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu
para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar.
Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.2. Guna masa
yang terluang di sekolah meningkatkan ilmu dalam bidang ICT lebih-lebih ladi dengan
pembelajarn e-learning.
2. Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan mengenderai seekor keldai. Di akhir
kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa
mencari kesalahan orang lain walau dalam apa-apa jua situasinya..

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOORZANAH BT MD AYUB ) ( )

Anda mungkin juga menyukai