Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN RIA Kod Sekolah: KBA3044

1. Nama Guru MOGANAPRIA A/P KALAICHELVAM

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang:Pedagogi

4. Pengarang Ainon Mohd & Abdullah Hassan 5. Muka Surat:163

6. Terbitan
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan mengenai dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap
kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar dengan cemerlang. Pengarang
juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai
individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
       Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen,
memuji murid, memberi ganjaran,  guru menjadi pembimbing dan mendorong
kreativiti. Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir
menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini sangat sesuai untuk para guru sebagai bacaan tambahan yang mana
kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita
akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang
pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ.
Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu,
potensi diri mereka akan dapat diketengahkan. Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang
perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini membantu para guru untuk mempelajari kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
digunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
menarik. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat
membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu
mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.

10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, buku ini amat berguna kepada guru kerana kandungannya
dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur,
ideanya tersusun dan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas dan padat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOGANAPRIA A/P KALAICHELVAM)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN RIA Kod Sekolah:


KBA3044

1. Nama Guru MOGANAPRIA A/P KALAICHELVAM

PETUA MENDIDIK ANAK


2. Judul MENJADI INSAN POSITIF 3. Bidang: MOTIVASI
MUKA SURAT: 104

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 2 HARI


Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka
Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa
kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Buku ini menyarankan
dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula
dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang
dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi
yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”. Menerusi “latih anak kemahiran diri”
ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan.Anak-anak perlu ditunjangi dengan
aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan
dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak,
kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan
alam sekitar. Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan
dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar,
membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan
komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama
keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif.
Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada
tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Selain itu, buku ini berupaya menjadi
petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan
berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan
memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya
haruslah cemerlang dahulu .

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada
pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai