Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SG RAMBAI Kod Sekolah:MEA 1078

1. Nama Guru MUHAMMAD FIRDAUS BIN OMAR

2. Judul BERFIKIR CARA CHAMPION 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Berfikir Gaya Champion ialah hasil karya Hizamnuddin Awang @ Web Sutera yang dilahirkan
pada tahun 1968 di Besut, Terengganu. Beliau memiliki Ijzah Sarjana Muda Sains Komputer
(Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia dan pernah menjadi editor bagi subjek matematik dan
komputer di sebuah syarikat penerbitan. Beliau kini mengusahakan perniagaan makanan di
samping mengisi masa dengan menulis. Buku ini mempunyai ketebalan sebanyak 190 halaman
dan ia merupakan sebuah buku yang cukup menarik dan sesuai dibaca oleh golongan remaja
mahupun dewasa. Isi kandungan di dalam buku ini ditulis secara bersahaja dan senang untuk
difahami oleh para pembaca. Penulis mengajak dan mendorong pembaca untuk bangkit
memperbaiki diri, kerjaya dan seterusnya menggandakan rezeki.Setiap bab dalam buku ini
menceritakan pengalaman dan kisah hidup beliau sendiri seperti di zaman persekolahan, zaman
di kampung halaman dan di alam perniagaan. Buku ini lebih menggariskan kepada cara dan
strategi bagaimana untuk menjadi seorang juara di samping turut memasukkan elemen contoh
keperibadian beberapa tokoh terkenal seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Haji Hadi Awang dan
banyak lagi.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini mendorong pembaca untuk mengubah cara pemikiran untuk menjadi seorang yang
berjaya dan langkah untuk mengharungi cabaran hidup. Buku ini juga dapat membuka minda
seseorang untuk memperbaiki kehidupan sekaligus mencari keredhaan Allah SWT ketika mencari
rezeki.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Intipati dalam buku ini boleh dijadikan pembakar semangat kepada murid-murid untuk
memperbaiki kehidupan mereka. Selain itu, buku ini mampu mengubah corak pemikiran murid-
murid terhadap dugaan yang mereka lalui untuk menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MUHAMMAD FIRDAUS BIN OMAR) ( )

Anda mungkin juga menyukai