Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN SERAYA Kod Sekolah: BEA4610


Nama Pengarang : SHAHRULAZMI SIDEK Bilangan Muka Surat : 46
Bahasa Buku :

ROZZANA BINTI MOHD SAID


1. Nama Guru

3. Tarikh Pembacaan:10 FEBRUARI


2. Tajuk Buku BERANI BERUBAH DARIPADA
2020
SEBUTIR JAGUNG
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 8.00 PM

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini merupakan sebuah buku berbentuk motivasi. Penulis cuba memberikan semangat untuk
mereka yang ingin melakukan perubahan. Semua orang ada cita-cita untuk berhijrah atau berubah.
Hijrah atau berubah daripada satu perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik atau daripada
yang sudah bagus kepada yang lebih bagus. Di hadapan kita banyak peluang untuk kita melakukan
perubahan. Bukan mudah untuk kita berubah, jika tidak memahami erti hijrah, halangan-halangan
hijrah serta realiti sebenar perjalanan hijrah boleh menyebabkan kita tersungkur diperjalanan sebelum
sampai ke destnasi sebenar. kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Kita perlu bersedia dari
sebarang kemungkinan yang akan kita hadapi semasa kita melakukan perubahan. Oleh itu, kita jangan
mudah mengalah kerana jika semua yang tidak mudah itu dapat dicapai dengan mudah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Penghijrahan daripada sesuatu perkara yang kurang baik kepada sesuatu yang lebih baik.
2. Keberanian membuat perubahan.
3. kita wajar mengetahui liku-liku dan ancaman yang bakal dihadapi dalam perjalanan melakukan
penghijrahan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan kesedaran tentang kepentingan melakukan perubahan seiring dengan potensi


murid yang pelbagai.
2. Membimbing murid melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.
3. Memberi jalan kepada murid untuk melakukan perubahan demi mencapai cita-cita.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ...........................................
(ROZZANA MOHD SAID)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN SERAYA Kod Sekolah: BEA4610


Nama Pengarang : MOHD SYUKRI HANAPI Bilangan Muka Surat : 204
Bahasa Buku :

ROZZANA BINTI MOHD SAID


1. Nama Guru

DI SEBALIK DIRI KENALI BAIK 3. Tarikh Pembacaan: 14 FEBRUARI


2. Tajuk Buku
BURUK YANG MENCORAKKAN 2020
DIRI ANDA. ED. KEMAS KINI
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 9.00 PM

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11, Allah telah memberi lima garis panduan untuk seseorang yang mahu berjaya
di dunia dan di akhirat. Kemantapan buku ini diselangi dengan firman Allah dan hadis Nabi sebagai penguat
kepada isi kandungan bahan tersebut. Dijelaskan betapa istiqamah itu suatu perkara yang sangat penting bagi
setiap umat Islam dan sangat dituntut oleh agama dan dapat dibentuk dengan menanam matlamat ingin berjaya
dalam kehidupan di dunia dan di akhirat berasaskan al-Quran dan Hadis. Sikap sabar pula akan membantu
menjayakan matlamat kehidupan insan yang dikehendaki kerana tidak akan ada kejayaan di dunia dan tidak akan
ada kemenangan di akhirat kecuali dengan kesabaran. Sifat mahmudah seterusnya iaitu memberi maaf dan
berlapang dada kepada setiap orang apabila terdapat kesalahan. Sifat malu, berjimat cermat, berani menegakkan
kebenaran, amanah, menepati janji, tolong menolong, berbudi bahasa, berdedikasi dalam menjalankan tugas,
pemurah dan dermawan, berbakti kepada ibu bapa, berbuat baik kepada jiran tetangga, berbudi kepada orang
bukan Islam, tidak bersifat riak dan menjauhkan diri dari sifat mazmumah seperti fitnah, dengki, khianat dan lain-
lain lagi, juga dijelaskan oleh penulis di dalam bukunya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Istiqamah
2. Menetapkan matlamat
3. Kesabaran
4. Kemaafan dan berlapang dada terhadap setiap orang yang melakukan kesilapan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan sifat mahmudah dalam


kehidupan seharian.
2. Membimbing murid mengamalkan sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong dan berbudi bahasa
dalam kehidupan seharian.
3. Memberi contoh yang baik kepada murid agar menjadi ikutan kepada mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ...........................................
(ROZZANA MOHD SAID)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN SERAYA Kod Sekolah: BEA4610


Nama Pengarang : KHUZAIMAH SULAIMAN Bilangan Muka Surat : 117
Bahasa Buku :
ROZZANA BINTI MOHD SAID
1. Nama Guru
3. Tarikh Pembacaan:16 FEBRUARI
2. Tajuk Buku
GURU PEMIMPIN 360˚ 2020
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 10.00 PM

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Guru merupakan pemegang amanah penjana modal insan negara pada masa hadapan. Justeru, guru perlu
terlebih dahulu memastikan bahawa mereka sendiri berkesan dan cemerlang, sekali gus dapat mengangkat
martabat mereka. Buku ini mampu memberi kesan dan impak yang mendalam kepada individu yang bergelar
guru. Kesemua 99 kisah benar disusun oleh penulis mengikut prinsip Lead Up, Lead Across dan Lead Down boleh
dijadikan contoh dan inspirasi dalam membina budaya kerja yang lebih cemerlang dalam profesion perguruan.
Buku ini juga turut mengupas amalan kepimpinan dan pengurusan yang sebenar berlaku di sekolah dari sudut
kepimpinan yang diutamakan oleh Maxwell dan disusun dengan begitu rapi oleh penulis. Buku yang sangat
praktikal dengan perkongsian pengalaman bagaimana kecemerlangan diri dapat dibentuk serta mampu
melonjakkan pemikiran yang positif ke arah yang kita impikan. Kesemua koleksi kisah benar ini mampu memberi
sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru biasa dan di bilik darjah hingga
kepada pemimpin atasan untuk menjadi pemimpin 360˚ yang berkesan dan cemerlang. Buku ini mesti dimiliki oleh
semua lapisan pendidik supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Setiap individu akan lebih bermotivasi sekiranya mendapat ganjaran atas apa yang mereka capai. Tidak kira siapa
mereka, tua, muda, kecil, besar, lelaki, perempuan, dan mungkin kita juga tidak terkecuali dalam hal ini. Sekiranya
diberi ganjaran walaupun sekadar ucapan Tahniah! Syabas! Bagus! Hebat! Terima kasih dan seumpamanya
membuatkan hati kita bangga. Sebagai orang atasan atau guru pastikan kita tidak kedekut memberikan ganjaran
atas apa jua pencapaian orang bawahan atau pelajar kita. Apabila kita menghargai mereka, mereka pasti turut
menghargai dan menghormati kita.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Pelbagai ilmu yang boleh diaplikasikan dalam kerjaya kita sebagai guru apabila membaca buku ini. Antaranya
ialah dapat:
1. Membawa diri dengan baik dalam organisasi sekolah
2. Melakukan kerja yang orang lain enggan melakukannya
3. Memupuk hubungan yang serasi dengan rakan
4. Menjadikan diri kita lebih baik dari semalam
5. Mengutamakan pemimpin yang cekap, bukan menentang
6. Memberi ganjaran atas pencapaian
7. Menunjukkan gaya yang kita mahu murid contohi
8. Mengembangkan potensi anggota pasukan
9. Menganggap rakan dan murid kita semua 10/10

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ...........................................
(ROZZANA MOHD SAID)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN SERAYA Kod Sekolah: BEA4610


Nama Pengarang : MOHD SYUKRI HANAPI Bilangan Muka Surat : 204
Bahasa Buku :

ROZZANA BINTI MOHD SAID


1. Nama Guru
TEKNIK MENDORONG ANAK
3. Tarikh Pembacaan:21 FEBRUARI
2. Tajuk Buku DIDIK GAYA NABI MUHAMMAD
2020
S.A.W
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 8.00 PM

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi himpunan catatan eksperimen Cikgu Khairulaniza Khairuddin mendorong anak didik
mengikut gaya Nabi Muhammad SAW yang sangat menakjubkan dan memberi kesan mendalam di hati sanubari
pembaca. Justeru, pengalaman ini wajar menjadi panduan kepada para guru dan para ibu bapa dalam mendorong
anak didik anak sendiri walau di peringkat mana sekalipun. Teknik Nabi Muhammad SAW sesuai digunakan
sepanjang zaman.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Mendidik anak murid bukan sekadar mengajar untuk tahu membaca, menulis dan mengira sahaja tapi sebagai
guru kita mengharapkan agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid. Dengan menjadikan cara Nabi
Muhammad SAW sebagai ikutan dalam mendorong anak didik kita menjadi lebih baik. Segala teknik dorongan kita
akan lebih wajar dan mampu diterima oleh murid kerana setiap apa yang nabi lakukan dan katakan pastinya
mempunyai pelbagai nilai dan kebaikan yang tersurat mahupun yang tersirat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan dalam kerjaya kita sebagai guru apabila membaca buku ini. Antaranya
ialah:

1. Teknik bertanya soalan akhlak untuk mengangkat Self-esteem


2. Teknik tidak menyiasat punca keslahan untuk tidak mengaibkan
3. Teknik tidak menegur kesalahan untuk menyelamatkan maruah
4. Teknik tidak menghukum kesalahan sebaliknya menerangkan secara betul
5. Teknik tutup mata pada kesalahan, sebaliknya puji kebaikan
6. Teknik memuji gaya Nabi Muhammad SAW mendorong seseorang lebih bermotivasi
7. Teknik lantikan jawatan penolong atau pembela secara terbuka, boleh meningkatkan Self-esteem.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ...........................................
(ROZZANA MOHD SAID)

Anda mungkin juga menyukai