Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI MAKMUR Kod Sekolah: BBA6001

1. Nama Guru NOOREHA BINTI JOHARI

2. Judul INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT 3. Bidang: AGAMA

4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan TIADA


7. Sinopsis
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu
ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika
kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual
beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu
bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Abu Rafi’ berkata: “Saya melihat Rasulullah SAW membacakan azan pada telinga kanan
Hasan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah.” Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Rafi’.

“Aku telah mendapat anak, kemudian aku membawanya kepada nabi SAW. Baginda
menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.”
Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.

Abu Daud meriwayatkana daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah
bersabda : (Maksudnya): “Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil
menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing
(sepertimana nama di dunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian.”

Itulah sedikit petikan daripada syariat kelahiran yang banyak mengupas tentang amalan
awal kelahiran seperti azan, bertahnik, menamakan bayi dengan nama yang baik, akikah dan
berkhitan. Pendidikan awal kanak-kanak juga disentuh dengan mengenal sifat Allah, rasul, solat
dan abad-adab terpuji yang baik untuk diamalkan. Syariat berkaitan remaja juga diulas dengan
lebih mendalam menyentuh kepentingan syahadah, erti iman dan islam serta sifat-sifat
mahmudah dan sifat mazmumah.
Isu yang dikupas di dalam buku ini juga melibatkan fardu ain asas seperti bersuci, bersolat
seperti solat berjemaah, syarat-syarat solat, jenis solat dan doa yang baik. Ilmu berkenaan
dengan puasa, zakat dan haji serta umrah. Amalan penyembelihan dan ibadah korban juga
dibincangkan dengan lebih mendalam dan mudah difahami oleh semua pembaca. Ilmu
berkenaan dengan munakahat seperti panduan memilih calon isteri dan suami, pertunangan,
poligami, talak dan doa serta amalan berkaitan syariat juga diajar bagi membentuk sebuah
keluarga yang bahagia.
Buku ini juga mengupas isu berkaitan dengan syariat melibatkan budaya bermasyarakat
seperti adab berjiran, amalan ziarah, mengimarahkan masjid, pengurusan jenazah, jenayah dan
lain-lain. Bab yang membincangkan syariat sunat harian sepanjang masa menjadi penutup
kepada perbincangan buku ini. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah amalan
membaca Al-Quran, istighfar, berselawat, bedoa, zikir dan doa-doa yang boleh membantu
mengubati penyakit (penawar).
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Secara keseluruhannya, buku ini banyak mengupas perkara berkaitan hidup berlandaskan
syariat yang memperkatakan tentang indahnya kehidupan ini sekiranya ia saling melengkapi.
Tiada penyelesaian melainkan dengan merujuk Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Perkara utama
perbahasan merungkai segala persoalan yang adakalanya mewujudkan kekhilafiah yang boleh
membawa kepada perpecahan dalam kehidupan. Buku ini amat sesuai menjadi bacaan dan
rujukan harian kerana banyak perkara dibincangkan secara terperinci hingga menjadikan buku ini
menarik sekali buat yang inginkan ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga semua pembaca dapat
meluangkan masa menatap, memahami dan menteladani apa yang menjadi pegangan dan
syariat supaya tidak tersesat di jalan yang terang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir mengenai keindahan hidup
dengan bersyariat supaya dapat berkongsi maklumat dengan murid/pelajar serta berbincang dan
berkongsi doa dan amalan zikir harian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

( NOOREHA BINTI JOHARI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai