Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Miharja, KL Kod Sekolah: WEA0238

Siti Rohani binti Mohd Kadri


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: Agama


Sirah Teragung MUHAMMAD
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
- Perjalanan hidup Rasullullah SAW adalah sebuah kisah teragung kerana setiap jejak
langkah baginda dibimbing langsung oleh wahyu Ilahi.
- Buku ini dapat memberikan kenikmatan kerana akan membawa kita seolah-olah
merasakan dan melihat langsung perjuangan Rasulullah SAW.
- Merasakan kesedihan saat baginda ditinggalkan selamanya oleh kedua orang tuanya
serta melihat keceriaan baginda ketika masih anak-anak remaja.
- Melalui buku ini juga kita dapat menyaksikan kebahagiaan baginda saat menikahi
Khadijah, merasakan gementar baginda saat malaikat Jibril turun membawa wahyu,
menyaksikan perjalanan hijrah baginda dari Mekah ke Madinah dan merasakan suasana
kemenangan saat mengalahkan musuh di Perang Badar.
- Akhirnya, menyaksikan tawadhunya baginda ketika membebaskan Kota Mekah dan
merasakan perjuangan baginda menahan rasa sakit menjelang wafat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Kita dapat mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah dalam menyebarkan dakwah dengan
penuh sabar walaupun banyak dugaan yang dihadapi iaitu tentangan kaum musyrikin.
- Sifat mulia kaum Ansar dan Muhajirin dapat memberi pengajaran kepada kita untuk
sentiasa bersatu hati dalam menegakkan agama Islam

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Sifat sabar sangat penting dalam mengendalikan sesebuah organisasi dan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
- Pelbagai dugaan yang dihadapi semasa bertugas sebagai seorang pendidik adalah
salah satu ujian yang perlu diharungi untuk menjadikan kita sebagai seorang yang lebih
baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Siti Rohani binti Mohd Kadri ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Miharja, KL Kod Sekolah: WEA0238

Siti Rohani binti Mohd Kadri


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: Agama


Jejak Khulada Ar-Rasyidin
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

- Membaca sejarah Islam, bukan sekadar mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah


berlaku atau untuk menikmati kisah-kisah umat terdahulu. Namun, membaca sejarah
Islam hakikatnya untuk mendapatkan gambaran utuh tentang hakikat ajaran Islam yang
diamalkan dalam kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabatnya, terutama Khulada Ar-
Rasyidin. Lalu menjadikannya sebagai suri teladan dan pedoman hidup.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Ajaran sunnah Rasulullah dan Khulafa Ar-Rasyidin sangat sesuai untuk diamalkan dalam
kehidupan kita sebagai umat Islam.
- Agama Islam merupakan sebuah agama yang mempunyai nilai dan ajaran yang sangat
luhur.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Kita boleh menerapkan nilai-nilai agama Islam semasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Siti Rohani binti Mohd Kadri ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Miharja, KL Kod Sekolah: WEA0238

Siti Rohani binti Mohd Kadri


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: Kesusasteraan


Dalam Bilik Darjah 2.0
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

- Seorang guru ibarat seorang wira yang sentiasa bersedia membantu. Mereka akan
menolong anak-anak didik mereka supaya cukup serba-serbi, bukan hanya
menyampaikan ilmu di dalam kelas. Segarang mana pun, mereka mahu yang terbaik
untuk anak-anak muridnya.
- Di rumah pula, mereka akan menyambung kerja-kerja yang tidak sempat diselesaikan di
dalam bilik guru. Cikgu juga perlu siapkan pelbagai tugasan termasuk perlu melayan
ragam pelajar dan ibu bapa mereka.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Sebagai seorang guru, pelbagai tugas perlu dilaksanakan bukan sahaja mendidik.
- Sifat sabar yang tinggi perlu ada dalam jiwa setiap guru.
- Guru perlu bijak dalam memberi hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan
disiplin di dalam kawasan sekolah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Semua kisah yang diceritakan di dalam buku ini sangat bersesuaian untuk diaplikasikan
di dalam sesebuah organisasi, iaitu organisasi sekolah khasnya serta dalam p&p.
- Contohnya seorang guru perlu sentiasa memberi kata-kata semangat kepada semua
murid terutamanya murid di kelas yang agak lemah. Guru tidak sepatutnya terus
memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid dalam ketegori tersebut.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Siti Rohani binti Mohd Kadri ) ( )

Anda mungkin juga menyukai