Anda di halaman 1dari 2

ISKANDAR MOBILE ENTERPRISE

(IP0345856-U)
No 25 Jalan Pengkalan Indah 2
Bandar Pengkalan Indah
31650 Ipoh
Perak.
Tel: 0103801144 / 0103097333

01 November 2011.

No. 65 Kampung Pinji


Pasir Putih
31650 Ipoh
Perak.

Puan Farah Jasmin,

Surat Tawaran Pekerjaan.

Merujuk pekara di atas, dengan sukacita syarikat kami ingin menawarkan jawatan
sebagai Pembantu Tadbir / Pembantu Akaun kepada anda. Kami percaya bahawa
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman anda akan menjadi antara aset kami yang
paling berharga dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan.

Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:

1. Tempoh bekerja

Tempoh bekerja adalah tetap, anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama
sebulan.

2. Gaji dan Elaun

Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM1200 sebulan untuk tempoh percubaan dan
RM1800 sebulan selepas tempoh percubaan. Anda juga akan diberikan elaun
kedatangan sebanyak RM150 sebulan. Sebarang kenaikan atau perubahan gaji, jika
perlu, akan dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan syarikat.

3. Potongan KWSP dan SOCSO

Potongan KWSP dan Socso akan dilakukan selepas tamat tempoh percubaan.

4. Cuti tahunan

Anda diberi cuti tahunan sebanyak 12 hari setahun yang diberi secara pukul rata (pro-
rated). Permohonan cuti hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.
5. Hari dan waktu bekerja

Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan
syarikat. Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan
dimaklumkan kepada anda.

6. Tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak
pengurusan. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa
ke semasa. Kami yakin anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan. Walau
bagaimanapun, jika anda menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu alukan untuk
merujuk kepada pihak pengurusan.

7. Penamatan kerja

Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan
melalui pemberian notis 3 bulan lebih awal.

Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan lagi
organisasi ini.

Yang benar,

…………………………………………..
Eddy Looi Choon Mun
Pengurus
Iskandar Mobile Enterprise

Pengakuan dan penerimaan

Saya …………………………………….................…, nombor IC ……….....………………………. dengan ini


menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.

Tandatangan : ………………………………..

Tarikh : ………………………………..

Anda mungkin juga menyukai