Anda di halaman 1dari 2

Ruj. Kami : KKCP.

PK/9008220/5564(S-503)
Tarikh : 25 Oktober 2017

Salida Binti Ahmad Tajuddin,


645 Persiaran 11
Taman Chandan Putri
33000 Kuala Kangsar
Perak.

Tuan/Puan,

Surat Tawaran Pekerjaan.

Merujuk pekara di atas, dengan sukacita, kami ingin menawarkan jawatan sebagai
Pembantu Koperasi kepada anda.

Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:

1. Tempoh bekerja

Tempoh bekerja adalah tetap, anda akan melalui tempoh percubaan (probation)
selama sebulan.

2. Gaji dan Elaun

Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM 900 sebulan untuk tempoh percubaan dan
RM 1000 sebulan selepas tempoh percubaan. Anda juga akan diberikan elaun
kedatangan sebanyak RM 30 sebulan. Sebarang kenaikan atau perubahan gaji, jika
perlu, akan dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan.

3. Potongan KWSP dan SOCSO

Potongan KWSP dan Socso akan dilakukan selepas tamat tempoh percubaan.

4. Cuti tahunan

Anda diberi cuti tahunan sebanyak 12 hari setahun yang diberi secara pukul rata (pro-
rated). Permohonan cuti hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.

5. Hari dan waktu bekerja

Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui. Sebarang
perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan dimaklumkan kepada anda.
6. Tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak
pengurusan. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari
semasa ke semasa. Kami yakin anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan.
Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu alukan
untuk merujuk kepada pihak pengurusan.

7. Penamatan kerja

Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua dua pihak boleh menamatkan


perkhidmatan melalui pemberian notis 3 bulan lebih awal.

Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan lagi
organisasi ini.

Yang benar,

..
Pn Haslinda Binti Zakaria
Pengurus
Koperasi Kolej Komuniti Chenderoh

Anda mungkin juga menyukai