Anda di halaman 1dari 2

Nama:

IC:

Tarikh:

Encik,

Sukacita kami tawarkan jawatan sebagai Ketua Projek Artis kepada anda dan kehadiran anda
ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan. Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang
termaktub di bawah:

1. Tempoh kontrak

Tempoh kontrak adalah selama setahun, bermula dari 1 Oktober 2011 sehingga 31 September
2011. Penyambungan kontrak, jika perlu, akan dibincangkan sebelum tamatnya kontrak. Anda
akan melalui tempoh percubaan (probation) selama sebulan.

2. Gaji

Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM800 sebulan untuk tempoh percubaan dan RM1000
sebulan selepas tempoh percubaan. Sebarang kenaikan atau perubahan gaji, jika perlu, akan
dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan syarikat.

4. Cuti tahunan

Anda diberi cuti tahunan sebanyak 12 hari setahun yang diberi secara pukul rata (pro-rated).
Permohonan cuti hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.

5. Hari dan waktu bekerja

Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan syarikat.
Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan dimaklumkan kepada anda.

6. Tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak pengurusan.
Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Kami yakin
anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi
sebarang kesulitan, anda dialu alukan untuk merujuk kepada pihak pengurusan.

7. Penamatan kontrak
Sepanjang tempoh kontrak ini, kedua dua pihak boleh menamatkan kontrak melalui pemberian
notis 1 bulan lebih awal.

Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan lagi organisasi
ini.

Yang benar,

…………………………………………..

Pengurus

Pengakuan dan penerimaan

Saya …………………………………………, nombor IC ………………………………. dengan


ini menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.

Tandatangan : ………………………………..

Tarikh : ………………………………..

Anda mungkin juga menyukai