Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami:

07 September 2012

Nama Pekerja
Alamat

Encik Rahim,

PENGGANTUNGAN KERJA

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa anda digantung kerja dengan separuh gaji bermula
dari 8hb hingga 21hb September 2012. Penggantungan ini bagi membolehkan kami
menyiasat kes kecurian barang dari stor simpanan barang milik Syarikat pada 04
September 2012, jam lebih kurang 7.30 petang.

Semasa tempoh perggantungan ini, sila pastikan bahawa anda boleh dihubungi melalui
telefon mudah alih dan alamat kediaman anda. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk
memberitahu kami, sekiranya anda telah menukar nombor telefon dan alamat kediaman.

Sehubungan itu, anda tidak dibenarkan memasuki premis Syarikat ini tanpa kebenaran
bertulis daripada Encik Rahim atau wakilnya. Sebarang tindakan lanjut yang akan diambil
oleh pihak Syarikat ke atas anda akan dimaklumkan apabila siasatan tersebut selesai
dijalankan.

Sila sahkan penerimaan surat ini dengan menandatangani salinan pendua surat ini dan
kembalikan kepada kami.

Yang benar,
NAMA SYARIKAT

NAMA PENGURUS
Jawatan

Anda mungkin juga menyukai