Anda di halaman 1dari 2

Nasi Lemak Mambau Enterprise,

No 117, Jalan S2 F2, Garden Homes,

Seremban 2, 70300, Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus

Yang di-Pertua Majlis Bandaraya Seremban,

Majlis Bandaraya Seremban,

Wisma MBS, Persiaran Forest Height 1,

Jalan Seremban – Tampin,

70450, Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus 15 SEPTEMBER 2023

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK PENGURANGAN KOMPAUN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Abdullah Sukri bin Zaharul Taufik @ Zahari (911128 – 05 – 5113), pemilik
kedai Nasi Lemak Mambau Enterprise beralamat di No 117, Jalan S2 F2, Garden Homes,
Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan telah di kompaun pada 12 September 2023 di atas
kesalahan seperti berikut :

No Notis Butir Kesalahan Harga Kompaun


Kesalahan
HD70002822 Menjalankan Perniagaan Makanan dan Minuman RM 250.00
Tanpa Kebenaran MBS
HE80002309 Mempamer Iklan Tanpa Kebenaran MBS RM 250.00
HD70002823 Membuat Halangan Awan dengan Meletakkan RM 500.00
Barangan Tred
HD70002824 Tidak Menyelenggara Perangkap Minyak RM 250.00
4. Saya sedar bahawa kesalahan di atas disebabkan oleh kecuaian saya sendiri.
Walaubagaimanapun, pihak kami sedang cuba sebaik mungkin untuk perbaiki kesemua
kesalahan yang diterterakan

5. Saya memohon agar pihak Tuan / Puan dapat mempertimbangkan pengurangan


kompaun kerana tanggungan di bawah saya agak berat. Saya menanggung bayaran gaji harian
seramai tujuh (7) orang pekerja, kadar sewa kedai yang tinggi, juga premis saya tidak dapat
menjalankan perniagaan seperti biasa selama dua (2) minggu untuk menampung semua utiliti
dan kos niaga.

Sehubungan dengan itu, saya merayu agar pihak Tuan / Puan dapat pertimbangkan rayuan saya
untuk mengurangkan kompaun yang tertera di atas.

Sekian, ribuan terima kasih.

Yang Benar,

________________________

Abdullah Sukri bin Zahrul Taufik @ Zahari

911128 – 05 -5113

Pemilik Premis Nasi Lemak Mambau Enterprise

Anda mungkin juga menyukai