Anda di halaman 1dari 4

Ruj.

Kami : BIL(00)/PLKS/

Tarikh AR : 28/03/2022

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja


Jabatan Imigresen Malaysia
No. 69, Jalan Sri Hartamas 1,
Off Jalan Duta, Kuala Lumpur

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN TARIKH TEMUJANJI BAGI PELAKSANAAN


THUMBPRINT UNTUK PROGRAM (REKALIBRASI) 17 PAX

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita saya memohon jasa baik pihak tuan untuk
mendapatkan tarikh temujanji bagi PATI yang didaftarkan oleh pihak Kopama selaku
majikan/wakil majikan (system Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Pihak Kopama mempunyai PATI berjumlah hampir 17 orang seperti nama di dalam LAMPIRAN
yang bersedia untuk tarikh temujanji dan tambahan bilangan akan berlaku dari masa ke
semasa. Oleh itu, sekiranya perlaksanaan temujanji bagi thumbprint ini dapat dilaksanakan di
pejabat kami adalah amat dialu-alukan dan kami memohon agar dilaksanakan dengan kadar
segera.

Segala kesulitan sila berhubung dengan pihak kami. 0193750340 – Datuk Rahim

Sekian terima kasih.

____________________
(DATUK ABD RAHIM BIN HJ HASHIM)
PENGERUSI
KOPERASI ALUMNI MKM KUALA LUMPUR BERHAD

Pengarah,
Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan,
Komplek KDN,
Jalan Duta, Kuala Lumpur.
(Bhg. Rekalibrasi)

Tuan,

Per: PERMOHONAN PERTUKARAN SEKTOR DARI PEMBINAAN KEPADA


PERKHIDMATAN

Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat
pertukaran Sektor Pendaftaran Pekerja Rekalibrasi dari Sektor Pembinaan kepada Sektor
Perkhidmatan.

Untuk makluman pihak tuan, seramai 100 orang pekerja yang mana mereka-mereka ini akan
bekerja sebagai pembantu kedai di bawah kumpulan koperasi ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

____________________
(DATUK ABD RAHIM BIN HJ HASHIM)
PENGERUSI
KOPERASI ALUMNI MKM KUALA LUMPUR BERHAD
Pengarah,
Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan,
Komplek KDN,
Jalan Duta, Kuala Lumpur.
(UP Bhg. Rekalibrasi)

Tuan,

Per: PERMOHONAN UNTUK THUMBPRINT PEKERJA DIBAWAH PROGRAM


REKALIBRASI

Merujuk kepada perkara dia atas, pihak kami memohon jasa baik tuan agar dapat memberikan
tarikh temujanji pada 30 Mac 2022 untuk pihak kami menghantar baki yang belum di thumbprint
seramai 20 orang.

Di atas kerjasama dan kelulusan pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

____________________
(DATUK ABD RAHIM BIN HJ HASHIM)
PENGERUSI
KOPERASI ALUMNI MKM KUALA LUMPUR BERHAD

Pengarah,
Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan,
Komplek KDN,
Jalan Duta, Kuala Lumpur.
(UP Bhg. Rekalibrasi)

Tuan,

Per: PERMOHONAN KELULUSAN KUOTA BAGI PROGRAM REKALIBRASI

Merujuk kepada perkara dia atas, pihak kami ingin memohon permohonan kuota untuk pekerja
kami seramai 36 orang di bawah program rekalibrasi.

Bersama ini disertakan borang-borang berkaitan untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Di atas kerjasama dan kelulusan pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

____________________
(DATUK ABD RAHIM BIN HJ HASHIM)
PENGERUSI
KOPERASI ALUMNI MKM KUALA LUMPUR BERHAD

Anda mungkin juga menyukai