Anda di halaman 1dari 1

Noor Faezah Binti Julaihee

Lot 6772, Jalan Jati 2B,

Fasa 5, Desa senadin,

98000 Miri

Sarawak

Kepada,

Penguasa

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak,

Bahagian Miri,

Wisma Pelita Tunku, 98000 Miri

Sarawak 19 SEPTEMBER 2019

Tuan,

MEMOHON LOT TAPAK KEDIAMAN UNTUK MEMBINA RUMAH DI LOT KAWASAN TUDAN MIRI

Merujuk perkara di atas, saya Noor Faezah Binti Julaihee memohon lot tapak kediaman di kawasan
Tudan Miri untuk tujuan membina rumah sendiri secara tetap.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya dan pasangan serta anak telah bermastautin di miri
selama 12 tahun. Kami merancang untuk terus menetap di Miri dan menjadi penduduk tetap dengan
harapan memiliki sebidang tanah untuk kami mendirikan sebuah rumah.

3. Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Saya amat
berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini. Perhatian pihak tuan amat
saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………..

(NOOR FAEZAH BINTI JULAIHEE)

Anda mungkin juga menyukai