Anda di halaman 1dari 1

Noor Esah Binti Ismail,

Bt. 41 Kg Parit Bilal,


Rambah, 82000,
Pontian Johor.

SAJ Holdings
Jalan Teo Kang Sui,
Kampung Atap,
82000 Pontian,
Johor. 30 Oktober 2019
Tuan/Puan
PER: PERMOHONAN PENGURANGAN BAYARAN BIL AIR
Perkara di atas adalah dirujuk
Saya Noor Esah Binti Ismail seorang ibu tunggal penerima bantuan bulanan dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 300 sahaja ingin menyatakan
permohonan pengurangan bayaran bil air.
2.Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik pihak tuan agar
meluluskan permohonan saya dia atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebelum
ini jumlah bil air tidak pernah melebihi dari kebiasaan. Namun begitu setelah
didatangi pihak Ranhill bulan Oktober, saya dapati bahawa terdapat kebocoran
berlaku terhadap paip.
3. Disebabkan kebocoran paip ini berlaku diluar pengetahun dan luar dugaan
saya dan mana-mana pihak. Perkara ini tidak dapat dielakkan dan kebocoran ini
akan menyebabkan saya menanggung kos untuk memperbaikinya yang mungkin
menelan belanja sebanyak RM150.
4. Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak tuan/puan dapat
mempertimbangkan permohonan saya ini agar dapat membantu meringankan beban
bagi melunaskan bil. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan/puan amat saya
hargai.

Sekian, Terima Kasih.


Yang Benar,

……………………….
(Noor Esah Binti Ismail)
(017-759 9189)

Anda mungkin juga menyukai