Anda di halaman 1dari 2

Kampung Penipah,

Pulau Bruit,
96200, Daro,
Sarawak.

Jurutera Pengairan dan Saliran,


Jabatan Pengairan dan Saliran,
Bahagian Mukah,
Tingkat 7, Menara Pehin Setia Raja,
96400, Mukah,
Sarawak. 18 NOVEMBER 2020

Tuan,

Memohon Bantuan untuk Membaikpulih Tali Air Sawah Padi Kampung Penipah

Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung Penipah ingin
momohon jasa baik tuan untuk memeriksa dan membaikpulih tali air di sawah padi
Kampung Penipah. Ini adalah kerana tali air yang sedia ada telah rosak dan dalam keadaan
yang tidak berfungsi.

2. Tali air ini amat diperlukan sebagai satu system saliran yang penting bagi sawah padi
penduduk-penduduk kampung ini. Tali air ini sangat membantu penduduk kampung
ketika musim menanam padi.

3. Selain itu, penduduk kampung mengunakan sawah padi sebagai salah satu sumber
penting untuk mendapatkan beras. Ini amat menyukarkan penduduk sekiranya tali air di
sawah padi tidak dibaiki segera.

5. Saya berharap agar pihak tuan dapat turun ke kampung untuk memeriksa dan
membaikpulih tali air di sawah padi Kampung Penipah dengan kadar yang segera.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

………………………………
( )
Wakil Penduduk,
Kampung Penipah

Anda mungkin juga menyukai