Anda di halaman 1dari 1

A Malek Bin A Rahman

N0 1461 Kampung Teluk Kandis,


Salor,
15100 Kota Bharu,
Kelantan

18 Oktober 2016

Yang di hormati
Tuan Pengurus
Tenaga Nasioanal Berhad
Wisma TNB
Jalan Tok Hakim
1500 Kota Bharu, Kelantan.

Tuan,

Pohon Sambungan Bekalan Elektrik Di Tanah Perkuburan Teluk Kandis.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Saya seperti nama dan alamat di atas merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah
Perkuburan Teluk Kandis, Salor dan juga merupakann Imam bagi Masjid Mukim Kamil Hassan Teluk Kandis.

3. Sukacita di maklumkan saya selaku wakil kepada Jawatankuasa Pembangunan Tanah Perkuburan
Teluk Kandis, Salor dengan hormatnya memohon jasa baik pihak tuan bagi meluluskan permohonan
sebagaimana yang dinyatakan di atas. Kemudahan bekalan elektrik ini akan memudahkan urusan pengurusan
aktiviti berkaitan dengan kubur seperti gotongroyong, pengembumian dan lain-lain, terutama sekali pada
waktu malam.

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………………….
A Malik Bin A Rahman
(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah Perkuburan Teluk Kandis, Salor )

Anda mungkin juga menyukai