Anda di halaman 1dari 1

MASJID KAMPUNG BARU AIR TAWAR

86900, Endau,
Johor Darul Takzim
Tarikh : 01 Februari 2019

USTAZ MOHD HANAFIAH BIN MOHD NAWAWI


PENGURUS PEMBANGUNAN & KESEDARAN SYARIAH
Tingkat 24, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat, KL Sentral,
50470, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tuan,

MOHON SUMBANGAN VAN JENAZAH UNTUK MASJID KAMPUNG BARU AIR TAWAR.

Adalah dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik dari pihak tuan untuk
menyalurkan sumbangan berupa sebuah van jenazah untuk kegunaan penduduk sekitar Masjid
Kg Baru Air Tawar.

3. Untuk makluman pihak tuan, van jenazah yang kami pohon akan digunakan untuk
membantu ahli kariah Masjid Kg Baru Air Tawar yang mengalami kesukaran untuk urusan
penghantaran jenazah samada dekat atau jauh. Dengan adanya perkhidmatan van jenazah di
sini, semua ahli kariah akan mendapat manfaat yang terbaik melalui sumbangan pihak tuan ini.

4. Semoga dengan kelulusan permohonan ini akan memberikan manfaat kepada ahli kariah
Masjid Kg Baru Air Tawar.

Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan keatas permohonan ini amatlah dihargai dan
diharapkan serta diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian dan terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(ZAINOL BIN YUSOF)


Pengerusi,
Masjid Kg Baru Air Tawar
Endau, Johor.

Anda mungkin juga menyukai