Anda di halaman 1dari 4

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERTANG


SIMPANG PERTANG

KERTAS KERJA

KURSUS HAJI & UMRAH


2016
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

01. PENDAHULUAN

Ibadat haji merupakan kemuncak rukun Islam seseorang. Perlaksanaannya merangkumi falsafah empat
rukun Islam sebelumnya iaitu syahadah, solat, menahan kesabaran dan kesediaan berkorban harta.
Justeru, perlaksanaannya perlu dihayati dengan sepenuh jiwa agar mencapai kemabruran yang
dihajatkan.

02. RASIONAL

Kurikulum Kebangsaan menggariskan pelajar mesti didedahkan dengan teori haji bermula dari tingkatan
empat lagi. Namun, pembelajaran teori tanpa disokong oleh praktikal menjadikannya kurang berkesan.
Maka, Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif merancang dan cuba melaksanakan Praktikal haji ini
agar pelajar memahami bukan sekadar teori, malah menjalani pengalaman separa sebenar tentang
ibadat mulia ini.

03. OBJEKTIF

 Mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap tajuk Pendidikan Islam Tingkatan 4 , iaitu Kaifiat
Mengerjakan Haji dan Umrah.
 Pelajar dapat menjalani amali pemakaian pakaian ihram.
 Pelajar melakukan sendiri amali tawaf, saie dan melontar di bawah bimbingan fasilitator dan
penceramah yang berpengalaman.
 Pelajar dapat membuat gambaran mental suasana umat islam mengerjakan ibadah haji di
Mekah.
 Pelajar dapat membaca dan menyebut lafaz-lafaz niat serta doa dalam setiap amalan haji di
bawah bimbingan penceramah.
 Pelajar dapat menjalin kerjasama antara mereka dalam melaksanakan aktiviti.

04. TARIKH

21 September 2016 ( Rabu)


9.00 pagi hingga 2.00 petang

05. TEMPAT

Dewan SMK Pertang

06. KUMPULAN SASARAN

Pelajar Tingkatan 4 & 5


PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

JAWATANKUASA
PROGRAM PRAKTIKAL HAJI DAN UMRAH

08. ATURCARA PROGRAM

8.50 pagi : Pelajar bergerak ke dewan sekolah

9.00 pagi : Program praktikal bermula :


- Penceramah / Pembimbing :
Pegawai Tabung Haji Negeri Sembilan (Cawangan Jelebu)

Fasilitator :
Pegawai Tabung Haji Negeri Sembilan (Cawangan Jelebu)
Guru-Guru Pendidikan Islam

 Edaran nota dan taklimat program


 Pelajar lelaki memulakan praktikal diikuti oleh pelajar perempuan

10.30 pagi : pelajar rehat


PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

2.00 tengahari : Jamuan ringan dan bersurai

Keperluan praktikal haji :

1. 2 helai cadar sebagai kain ihram / kain ihram untuk pelajar lelaki
2. Sepasang telekong bagi pelajar perempuan
3. Nota edaran
4. Pembesar suara bergerak
5. Model kaabah
6. Kon warna
7. Tempat melontar 3 jamrah
8. Papan tanda
9. Batu kecil

09. ANGGARAN BELANJAWAN

Perkara Pendapatan Perbelanjaan


Wang PCG Pendidikan Islam RM220

Bayaran penceramah RM 200.00


Jamuan Penceramah / Fasilitator RM 20.00
(4 x RM 5.00)

Jumlah keseluruhan RM 220.00

10. PENUTUP

Mudah-mudahan usaha sulung ke arah memperkasakan kefahaman teori serta amali pelajar terhadap
amalan haji ini dipermudahkan Allah dan mendapat sokongan padu dari semua pihak, insya Allah.
Biarlah nanti pelajar yang mengikuti kursus ini dapat memanfaatkan apa yang dipelajari di dewan
peperiksaan dan ketika mereka menjalani ibadah ini suatu masa kelak. Pihak penganjur merakamkan
terima kasih atas sokongan, komitmen dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini.

Sekian , terima kasih.

Disediakan oleh:

( SAMSUL FUAD BIN SITU )


Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK Pertang

Anda mungkin juga menyukai