Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2019

SK TO’ EMAN NYABOR

1. TUJUAN

Kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan


Guru Besar dalam melaksanakan program Ihya’ Ramadhan untuk warga SK To’
Eman Nyabor

2. LATAR BELAKANG

Asas kepada cadangan pelaksanaan program ini adalah berpandukan:

2.1 Kekangan masa bagi menghayati ilmu berkaitan puasa di bulan


Ramadhan hanya terbatas di dalam kelas sahaja ketika mengikuti
subjek Pendidikan Islam.

2.2 Penghayatan para pelajar tentang bulan Ramadhan dan


keistimewaannya sangat kurang. Oleh itu, diharapkan program ini dapat
meningkatkan kefahaman dan penghayatan dalam diri pelajar mengenai
keistimewaan bulan Ramadhan

2.3 Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan
wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai.

3. OBJEKTIF

Objektif program ini ialah:

3.1 Melahirkan sikap prihatin dan cakna warga SK To’ Eman Nyabor
terhadap hari-hari kebesaran Islam.

3.2 Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan Al-


Mubarak

3.3 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan
amalan sunat yang lain.

3.4 Menggalakkan ibadah membaca Al-Quran di kalangan guru dan murid.

3.5 Memberi peluang warga sekolah menambahkan amal jariah dengan


bersedekah.

1
4. CADANGAN DAN IMPLIKASI

4.1. JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Hajah Roseni Bt Haji Trang


Pengerusi : Ustaz Mohd Anuwi Bin Jusoh
Penyelaras Program : Ustaz Mohd Yusup Bin Zainuddin
Setiausaha : Ustazah Aini Hayati Binti Mohammad
Bendahari : Ustazah Siti Nur Al-Ain Bt Che Ghazali

4.2. BUTIRAN PROGRAM DAN MODUL

Bil. Aktiviti Tarikh Tempat

1. Ceramah Di Ambang 3 Mei 2019 Surau


Ramadhan
2. Tadarus Al-Quran 6 Mei 2019 – 24 Mei Surau
2019

3. Kuiz Ramadhan 13 Mei 2019 Kelas Masing -Masing

4. Majlis Berbuka Puasa 22 Mei 2019 Dewan Makan Asrama


(Iftar Jamai’e)

5. Majlis Penyampaian 24 Mei 2019 Dewan Makan Asrama


Zakat kepada Asnaf
6. Majlis Khatam Al-Quran 24 Mei 2019 Dewan Makan Asrama

7. Majlis Penutupan Ihya’ 24 Mei 2019 Dewan Makan Asrama


Ramadhan 1439H

4.3. Program ini mensasarkan semua warga SK To’ Eman Nyabor

2
4.4 IMPLIKASI KEWANGAN

4.4.1 Pendapatan

1. Wang Kegiatan Pendidikan Islam : RM 280.00


2. PIBG : RM 1,280.00

JUMLAH : RM 1560.00

4.4.2 Perbelanjaan

Bil. Perkara Seunit Bil. Peruntukan Jumlah


(RM) Unit (RM)
1. Ceramah Di Ambang Wang
Ramadhan Kegiatan
100.00 1 Pendidikan 100.00
(Bayaran Penceramah) Islam
9. Pertandingan Kuiz
Mengikut Kelas
Wang 90
a. Tempat Pertama 15.00 6 Kegiatan
b. Tempat Kedua 10.00 6 Pendidikan 60
c. Tempat Ketiga 5.00 6 Islam 30
180.00
10. Majlis Khatam Al-Quran
Zakat : 50.00 10 PIBG 500.00

Duit Raya 2.00 140 PIBG 280.00

11. Majlis Berbuka Puasa


a. Jamuan 10 50 PIBG 500.00
JUMLAH 1,560.00

3
4.5 IMPLIKASI SOSIAL

4.5.1 Tarikh Perlaksanaan Program


6 Mei – 24 Mei 2019

5. KESIMPULAN

Adalah diharapkan program ini dapat memberi impak yang besar dalam
meningkatkan pemahaman mengenai bulan Ramadhan dan mendapat sokongan
daripada semua pihak untuk menjayakannya.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

……….….......................................... .…….…..............................................
(AINI HAYATI BT MOHAMMAD) ( HJH ROSENI BT TRANG@TERANG )
Setiausaha Guru Besar
Program Ihya’ Ramadhan 2019 SK To’ Eman Nyabor

Anda mungkin juga menyukai