Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGERUSI MAJLIS HARI GURU SEKOLAH

PERKARA/
PEMBACA
Ucapan
Alu-aluan

BUTIRAN
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara,
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam
sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang Berusaha Tn Hj. Daud bin Jerawi
Guru Besar SK Kg Paloh
Yang Berusaha Puan Fatimah Morsidi
Penolong Kanan Pentadbiran SK Kg Paloh
Yang Berusaha Puan Intan Sebli
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha En. Mohd Fadzli Isa
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati En. Abg Julkapli b. Abg Jerawi
Yang Dipertua PIBG, SK Kg. Paloh
Yang Dihormati En. Abg Mosidi b. Abg Busrah
Ketua Kampung, Kg Paloh
Seterusnya
Barisan pendidik yang disayangi, warga kerja SK Kg. Paloh,
serta murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana pada pagi ini kita
dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikankan insan
yang amat kita sanjungi dalam majlis sambutan perayaan
hari guru peringkat Sk Kg Paloh bagi tahun 2015. Untuk
pengetahuan hadirin hadirat sekalian, tema hari guru bagi
tahun 2015 ialah Guru : membina ilmu menyempurnakan
akhlak.

Nyanyian lagu
Negaraku

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, dijemput


semua hadirin berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu
negaraku, lagu ibu pertiwiku dan juga lagu Sekolah.
Hadirin dipersilakan duduk .
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu
tadi..

CATATAN

Bacaan Doa

Hadirin yang dimuliakan,

Panggilan cikgu adalah keramat,


Bersabar menabur jasa dan bakti,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati ,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Encik
Mohd Hazwan bin Muhammad. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Encik Mohd Hazwan bin Muhammad atas
bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan
GB

Para hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
tak lengkaplah majlis jika suaranya tanpa berbicara.
Oleh itu, majlis diteruskan dengan segala hormatnya
mempersilakan Tuan Haji Daud bin Jerawi, guru besar
SK Kpg Paloh untuk memberikan sepatah dua kata.
Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Daud bin
Jerawi di atas ucapannya sebentar tadi.
Perutusan hari
guru

Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput


pula____________ untuk membacakan perutusan
ucapan daripada ketua pengarah pendidikan malaysia.
Majlis mempersilakan.
Demikianlah tadi teks perutusan daripada ketua
pengarah pendidikan malaysia.
terima kasih diucapkan kepada
_________________.
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah
menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf
yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata,

perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita


mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh
menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik
tanpa mengenal penat dan lelah.
Ikrar guru dan
persembahan
guru

Persembahan
murid

Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput


semua guru ke pentas untuk bacaan ikrar yang akan
diketuai oleh _______________. Mohon para guru
naik ke atas pentas dan selepas itu, kita akan
diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para
guru dengan nyanyian lagu kami guru malaysia, dan Fly
kenyalang Fly, Fly High.
Demikianlah tadi nyanyian dua buah lagu daripada
guru-guru yang kita sayangi.
Para hadirin sekalian.
Bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi ini, majlis
menjemput kesemua murid SK Kpg Paloh bagi
menyampaikan satu persembahan sebagai kenangan di
halwa telinga khususnya untuk guru-guru yang diraikan
pada hari ini. Sama-samalah kita menyaksikan
persembahan dari murid murid SK Kpg Paloh.

Sukaneka

Terima Kasih diucapkan kepada kesemua anak-anak


murid SK Kpg Paloh di atas nyayian itu tadi,
Usai sudah persembahan itu tadi bermakna usai sudah
majlis kita di dewan ini. Untuk acara sukaneka dan
sukan yang akan berlangsung di padang sebentar lagi,
majlis menjemput __________________ untuk
memberikan sedikit taklimat.
Terima kasih ________________. . Dijemput juga
kepada tetamu jemputan untuk menyaksikan acara
sukaneka yang bakal berlangsung di padang sebentar
lagi. Murid-murid boleh bergerak ke padang dalam
keadaan yang teratur. Para guru juga boleh bersedia
untuk ke padang. Terima kasih.

Pertukaran
hadiah

Assalamualaikum wbt..
Terima kasih kepada semua hadirin yang masih lagi
setia dengan majlis sambutan hari guru ini.

Majlis mempersilakan
________________________ bagi mengendalikan
acara pertukaran hadiah.

Jamuan

Selesai sudah majlis kita pada hari ini. Diri ini


memohon maaf andai terdapat sebarang khilaf yang
terjadi semasa majlis ini berlangsung.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT


dan yang buruk itu juga dari Allah SWT namun
disandarkan ke atas diri saya yang lemah ini.

Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera
Penutup

Anda mungkin juga menyukai