Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

GUNTING RAMBUT PERCUMA


KEMBALI KE SEKOLAH

TARIKH
9 MAC 2024 (SABTU)

TEMPAT
DATARAN ILMU,
KRT TEBONG (KUALA SUNGGA)

ANJURAN
TUNAS JIRAN & JIRAN MUDA
KRT TEBONG

TEMA: “LOOK SMART FOR BETTER


LEARNING”
I. PENDAHULUAN

Program "Gunting Rambut Percuma KRT Tebong dengan kerjasama dari Belia 4B Kawasan
Alor Gajah diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif sosial kami untuk membantu
masyarakat yang memerlukan dalam memgurangkan perbelanjaan ibu bapa untuk anak-anak
yang akan masuk ke sekolah. Tujuan program ini adalah untuk memberikan perkhidmatan
gunting rambut secara percuma kepada masyarakat, terutamanya kepada mereka yang
mungkin tidak mampu membayar untuk perkhidmatan gunting rambut di salun.

Program Gunting Rambut Percuma untuk pelajar sekolah sempena pelajar kembali ke
sekolah selepas berakhir cuti semester. Program ini hanya terhad kepada 50 orang terawal
pelajar sekolah yang berumur antara 7 hingga 17 tahun. Pendaftaran dibuka lebih awal bagi
memudahkan urusetia mencari sukarelawan yang akan membantu semasa proses pemotongan
rambut pelajar sekolah.

program seperti itu dapat memupuk semangat para belia untuk memberi khidmat kepada
komuniti setempat. Kami mengambil inisiatif untuk membantu pelajar sekolah yang
keluarganya daripada latar belakang kurang berkemampuan untuk memberikan perkhidmatan
gunting rambut secara percuma.

Kertas kerja ini juga bertujuan untuk mencari dana bagi menjayakan program ini.

II. OBJEKTIF

1.1 Objektif Operasi Gunting Rambut ini bertujuan bagi memastikan sifar pelajar
melanggar peraturan mempunyai rambut yang tidak mematuhi peraturan sekolah.

1.2 Memahami kesusahan pelajar sekolah kurang berkemampuan yang terkesan akibat
pandemik COVID-19 untuk memulakan persekolahan, dua pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) terpanggil untuk membantu mereka dengan menyediakan
perkhidmatan gunting rambut percuma.

1.3 Objektif program ini ialah untuk membuka peluang anak-anak mendapat potongan
rambut yang mematuhi peraturan sekolah.

III. TEMA

“LOOK SMART FOR BETTER LEARNING”


IV. PERSEDIAAN

1. Pengambilan Tenaga Pakar


 Program ini memberi ruang kepada Belia Muda yang bersedia membantu
memotong rambut pelajar sekolah secara sukarela.

 Memastikan sukarelawan memiliki kemahiran dan pengalaman yang


mencukupi dalam gunting rambut.

2. Pemasaran dan Promosi


 Menyebar maklumat mengenai acara ini melalui media sosial, dan
sepanduk di lokasi-lokasi strategik.

 Memastikan masyarakat yang memerlukan dimaklumkan mengenai


peluang untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara
percuma.

3. Persediaan Peralatan
 Memastikan semua peralatan gunting rambut seperti gunting, sikat, dan
penutup baju tersedia dan dalam keadaan baik.

 Menyediakan kerusi dan cermin yang mencukupi untuk para pelanggan.

V. PELAKSANAAN

1. Pendaftaran Pelanggan
 Membuka kaunter pendaftaran untuk menerima pendaftaran dari anak-
anak sekolah yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan gunting
rambut.

 Peserta akan diberikan kupon Gunting Rambut bagi memastikan


kelancaran proses.

2. Perkhidmatan Gunting Rambut


 Memastikan setiap pelanggan mendapat masa dan perhatian yang
mencukupi dari sukarelawan.

 Memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan dengan mengambil kira


permintaan mereka berkenaan gaya dan panjang rambut.

 Pastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan sepanjang acara.

 Berikan perkhidmatan dengan senyuman dan sikap mesra untuk


VI. TARIKH DAN MASA

Program ini dijangkakan akan diadakan pada:

Tarikh : 9 Mac 2024 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Dataran Ilmu, KRT Tebong

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi – 8.30 pagi: Pendaftaran dan Pembukaan

 Kehadiran Anak-anak yang telah mendaftar untuk mendapatkan layanan gunting rambut
secara percuma.

8:30 pagi - 10:00 pagi: Pelaksanaan Gunting Rambut

 Para sukarelawan memulai layanan gunting rambut kepada pelanggan.

10:00 pagi - 10:30 pagi: Rehat & Sarapan Pagi

 Sukarelawan dan peserta diberi sarapan pagi

11:00 petang - 12:00 tengahari: Lanjutan Pelaksanaan Gunting Rambut

 Layanan gunting rambut disambung semula untuk pelanggan yang telah mendaftar
 Konsultasi rambut untuk pelanggan.

VII. PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

● Jumlah peserta = 50 orang


● Jumlah urusetia = 20 orang

VIII. Bajet Aktiviti:

Promosi dan Pemasaran:

 Sepanduk dan Bahan Promosi: RM150.00


 Iklan di Media Sosial:
 Cetak Brosur dan Poster: RM50.00
Sumbangan Sukarelawan:

 Sumbangan 4 org Sukarelawan : RM6 x 50 orang: RM300.00

Makanan Peserta & Urusetia Sukarelawan:

 Makanan Peserta (50 orang) & Urusetia (20) orang : RM5x70 : RM350.00

Bajet Keseluruhan: RM850.00

IX. Penutup
a. Mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dan peserta yang telah
menyertai acara ini. Diharap program ini akan memberikan manafaat kepada peserta,
Urusetia dan Sukarelawan

Disediakan oleh,

LAILY SABRINA BINTI ABU TALIB


Setiausaha,
Kawasan Rukun Tetangga Tebong

Disahkan oleh,

NOR ASHIKIN BINTI SADAR MOHAMAD


Pengerusi,
Kawasan Rukun Tetangga Tebong
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM

Tarikh
4 November 2023 (Sabtu)

Cadangan Aktiviti

8.30 am Sesi pendaftaran peserta


8.45 am Sesi taklimat kepada para peserta
9.00 am Slot 1: Pertandingan Hafazan bermula
Selesai Pertandingan Hafazan
9.00 am Slot 2: Laungan Azan bermula
11.50 am Majlis Penutup
LAMPIRAN C
BELANJAWAN PROGRAM:
PENCARIAN IMAM, HAFIZ DAN HAFIZAH MUDA 2023
ANJURAN:
BIRO AGAMA & TUNAS JIRAN
KRT TEBONG (KUALA SUNGGA)

A. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
1. CENDERAMATA PROGRAM RM60.00 x 2 RM120.00
2. HADIAH PEMENANG
HAFAZAN TAHAP 2 (L)
TEMPAT PERTAMA RM30.00
TEMPAT KEDUA RM25.00 RM75.00 RM75.00
TEMPAT KETIGA RM20.00
HAFAZAN TAHAP 2 (P)
TEMPAT PERTAMA RM30.00
TEMPAT KEDUA RM25.00 RM75.00 RM75.00
TEMPAT KETIGA RM20.00
HAFAZAN SEK MEN BAWAH (L)
TEMPAT PERTAMA RM30.00
TEMPAT KEDUA RM25.00 RM75.00 RM75.00
TEMPAT KETIGA RM20.00
HAFAZAN SEK MEN BAWAH (P)
TEMPAT PERTAMA RM30.00
TEMPAT KEDUA RM25.00 RM75.00 RM75.00
TEMPAT KETIGA RM20.00
HAFAZAN SEK MEN ATAS (L)
TEMPAT PERTAMA RM30.00
TEMPAT KEDUA RM25.00 RM75.00 RM75.00
TEMPAT KETIGA RM20.00
HAFAZAN SEK MEN ATAS (P)
TEMPAT PERTAMA RM30.00
TEMPAT KEDUA RM25.00 RM75.00 RM75.00
TEMPAT KETIGA RM20.00
AZAN TAHAP 2
TEMPAT PERTAMA RM30.00
TEMPAT KEDUA RM25.00 RM75.00 RM75.00
TEMPAT KETIGA RM20.00
IQAMAT TAHAP 1
TEMPAT PERTAMA RM30.00
TEMPAT KEDUA RM25.00 RM75.00 RM75.00
TEMPAT KETIGA RM20.00
3 SAGUHATI JURI RM100.00x2 RM200.00
4 JAMUAN SARAPAN RM5.00x100 org RM500.00
5 JAMUAN MAKAN TENGAHARI RM8.00X100 org RM800.00
6 SEWA PENTAS PELAMIN RM200.00 RM200.00
7 LAIN-LAIN BELANJA RUNCIT RM100.00 RM100.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM2,520.00

Anda mungkin juga menyukai