Anda di halaman 1dari 6

Kertas Cadangan Mendaki Gunung Kinabalu

MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
KUALA LUMPUR
KERTAS CADANGAN
EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU
Disediakan Oleh:
Jabatan Sains Sukan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur
KERTAS CADANGAN
EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS
________________________________________________________________
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas terhadap cadangan untuk mengadakan
ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Ekspedisi Gunung KInabalu merupakan acara tahunan bagi Jabatan Sains
Sukan yang mana menjadi keinginan setiap guru pelatih untuk turut
sama menyertai ekspedisi tersebut.
2.2 Ekspedisi ini diadakan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk
menguji tahap kecergasan serta daya tahan diri. Hal ini seiring dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang daripada aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.
3.0 ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Ekspedisi ini dicadangkan oleh Jabatan Sains Sukan sebagai salah satu
pendekatan dan usaha untuk memastikan guru pelatih IPG Kampus Ilmu
Khas menjadi individu yang seimbang dari semua aspek.
3.2 Selaras dengan kurikulum pendidikan guru iaitu ingin melahirkan bakal guru
yang serba boleh dan berjiwa kental serta mampu membina personaliti
melalui pengalaman berekspedisi.
3.3 Memberi pengalaman dan pendedahan awal kepada para guru pelatih
mengenai pengendalian dan pelaksanaan ekspedisi berkumpulan sebelum
menjadi guru permulaan di sekolah.
3.4 Memperkenalkan nama IPG Kampus Ilmu Khas ke mata masyarakat umum
sebagai sebuah institusi pendidikan terulung setaraf dengan institusi
pengajian tinggi awam di Malaysia.
4.0 CADANGAN
4.1 Program ini akan melibatkan 30 guru pelatih major pendidikan jasmani IPG
Kampus Ilmu Khas di samping 5 orang pensyarah pembimbing.
Tarikh : 11 Jun hingga 16 Jun 2012
Bilangan Peserta : 35 orang
(30 orang guru pelatih dan 5 orang pensyarah)
4.2 Mengadakan ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu
4.3 Aktiviti Snorkelling di Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Manukan.
4.4 Lawatan Muhibbah ke IPG Kampus Kent
5.0 JAWATANKUASA
5.1 Jawatankuasa induk
Penaung : En. Shaari Bin Osman
: Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas
Penasihat : En. Mokhtar Bin Ahmad
Ketua Jabatan Sains Sukan
Penyelaras : En. Mohd Khamdani Bin Sairi
Pensyarah pengiring : En. Mokhtar Bin Ahmad
: Pn. Hafidzah Binti Khafidz
: Pn. Rozila Binti Mohd Isa
: En. Chia Chiow Ming
: En. Mohd Khamdani Bin Sairi
5.2 Jawatankuasa Perlaksana
Pengerusi : Siti Nadrah Binti Mohd Marzuki
Naib Pengerusi : Nur Farhanah Binti Mohd Fauzi
Setiausaha : Che Faiz Fathurrahman bin Che Kamaruzzaman
Bendahari : Aida Norfarahimah Binti Ishak
Ahli Jawatankuasa
AJK Pengangkutan : Mohd Hairi Bin Md Amzan
AJK Kebajikan : Wan Mohd Sani Bin Wan Ahmad
AJK Dokumentasi : Muhammad Hafizul Bin Mohamad Bazli
AJK Penginapan : Fakhrul Azizi Bin Roslan
AJK Cenderamata : Mohamad Hariz Bin Kodri
AJK Penajaan : Ash Firdausi Bin Abdul Nassair
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN
BIL PERKARA JUMLAH(RM)
1.0 1.1 Sewa Bas (Perjalanan Pergi Balik)
IPGIK LCCT
1.2 Baju-T Ekspedisi
RM 30.00 x 35 x 2 helai
1.3 Makan dan Minum
RM 15.00 x 35 x 6 hari
1.4 Banner aktiviti
JUMLAH
800.00
2100.00
3150.00
100.00

6150.00
* Mohon IPGKIK menyumbang perkhidmatan perjalanan bas pergi dan balik darI IPGKIK
ke LCCT.
7.0 SYOR
Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur dipohon untuk memberi
pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan untuk mengadakan ekspedisi ke
Gunung Kinabalu.
Disediakan Oleh :
Jabatan Sains Sukan
IPG Kampus Ilmu Khas
LAMPIRAN

PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH(RM)
.0
2.0
ANGGARAN PENDAPATAN
1.1 Sumbangan Peserta
RM1200.00 x 35
ANGGARAN PERBELANJAAN
2.1 Tambang penerbangan ( pergi dan balik )
RM 350.00 x 35
2.2 Pakej mendaki Gunung Kinabalu
penginapan dan aktiviti snorkeling
RM 850.00 x 35
JUMLAH PERBELANJAAN
42000.00
42000.00
12250.00
29750.00

42000.00

Anda mungkin juga menyukai