Anda di halaman 1dari 6

MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN
EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU

Disediakan Oleh:
Jabatan Sains Sukan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur
KERTAS CADANGAN

LAWATAN AKADEMIK KE SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS
________________________________________________________________
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas terhadap cadangan untuk
mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Ekspedisi Gunung KInabalu merupakan acara tahunan bagi


jabatan Sains Sukan yang mana menjadi keinginan setiap guru
pelatih untuk turut sama menyertai ekspedisi tersebut.

2.2 Ekspedisi ini diadakan untuk memberi peluang kepada guru pelatih
untuk menguji tahap kecergasan serta daya tahan diri. Hal ini
seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan insane yang seimbang daripada aspek fizikal, mental,
emosi, sosial dan rohani.

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Ekspedisi ini dicadangkan oleh Jabatan Sains Sukan sebagai salah
satu pendekatan dan usaha untuk memastikan para guru pelatih
IPG Kampus Ilmu Khas menjadi individu yang seimbang dari
semua aspek.

3.2 Selaras dengan kurikulum pendidikan guru yang ingin melahirkan


bakal guru yang serba boleh dan berjiwa kental serta mampu
membina karekter melalui pengalaman berekspedisi.

3.3 Memberi pengalaman dan pendedahan awal kepada para guru


pelatih mengenai pengendalian dan pelaksanaan ekspedisi
berkumpulan sebelum menjadi guru pembimbing di sekolah.
3.4 Memperkenalkan nama IPGM Kampus Ilmu Khas ke mata
masyarakat umum sebagai sebuah institusi pendidikan terulung
setaraf dengan universiti, politeknik dan institusi pendidikan yang
lain.

4.0 CADANGAN
4.1 Mengadakan ekspedisi selama 5 hari 4 malam menawan puncak
Gunung KInabalu.

4.2 Lawatan ini akan melibatkan 30 pelajar dari kelas G 5.8 dan G 5.9
pengkhususan pendidikan jasmani IPG Kampus Ilmu Khas
disamping 7 orang pensyarah pembimbing.

Tarikh : 30 Mei hingga 3 Jun 2011

Bilangan Peserta : 37 orang

( 30 orang pelajar dan 7 orang pensyarah )

5.0 JAWATANKUASA

5.1 Jawatankuasa induk

Penaung :

Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas

: En. Shaari Bin Osman

: Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas

Penasihat : En. Mokhtar Bin Ahmad

Ketua Jabatan Sains Sukan

Penyelaras : En. Ikmal Hisyan Bin Daroji


Pensyarah pengiring : En. Jalaluddin Bin Abdul Latif

: Pn. Hafidzah Binti Khafidz

: Pn. Jamaliyah Binti Ahmad

: En. Zulkarnain Bin Ali

: En. Chia Chow Ming

5.2 Jawatankuasa Perlaksana

Pengerusi : Siti Nadrah Binti Mohd Marzuki

Naib pengerusi : Mohd Shafiq Bin Jamat

Setiausaha : Che Faiz Fathurrahman bin Che Kamaruzzaman

Bendahari : Muhammad Nazri Bin Mat Irani

Ahli Jawatankuasa

Ajk Pengangkutan : Muhammad Halim Bin Salleh

Ajk Kebajikan : Wan Mohd Sani Bin Wan Ahmad

Ajk Dokumentasi : Muhammad Hafizul Bin Bazli

Ajk Penginapan : Fakhrul Azizi Bin Roslan

Ajk Cenderahati : Nur Farhanah Binti Mohd Fauzi

Ajk Penajaan : Ash Firdausi Bin Abdul Nassair


6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH(RM)

1.0 ANGGARAN PENDAPATAN


1.1 Sumbangan Peserta
RM1200.00 x 37 44400.00
1.2 Sumbangan Persendirian 6000.00
1.3 Tabung kelas 50.00
50450.00

2.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


2.1 Tambang penerbangan ( pergi dan balik )
RM 400 x 37 14800.00

2.2 Mendaki Gunung Kinabalu


RM 500 x 37 18500.00

2.3 Penginapan di Kota Kinabalu


Rm 50.00 x 37 x 4 malam 7400.00

2.4 Makan dan Minum


RM 50.00 x 37 x 5 hari 9250.00

2.5 Lain-lain 500.00

JUMLAH PERBELANJAAN 50450.00


7.0 SYOR

Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Profesional, Pengurusan dan


Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas Kuala
Lumpur dipohon untuk memberi pertimbangan dan kelulusan terhadap
cadangan untuk mengadakan ekspedisi ke Gunung Kinabalu.

Disediakan Oleh :
Jabatan Sains Sukan
IPG Kampus Ilmu Khas

Anda mungkin juga menyukai