Anda di halaman 1dari 17

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR

08110 BEDONG, KEDAH.

KERTAS CADANGAN

VIRTUAL CAMP
PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA/ YAN TAHUN 2021

2 DAN 3 DISEMBER

2021

ANJURAN:
SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR

DENGAN KERJASAMA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA


YAN

1.
PENDAHULUAN
Program
kokurikulum
adalah program terancang yang menjadi sebahagian daripada agenda pendidikan negara
yang menyokong proses pembelajaran murid-murid disekolah. Dasar kokurikulum ini
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Justeru
penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum secara aktif adalah sangat digalakkan
dan disokong sepenuhnya oleh pihak sekolah.

‘Virtual Camp’ ini adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat
berkesan dalam usaha melahirkan seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, para peserta akan
didedahkan dengan suatu persekitaran baru iaitu aktiviti secara maya sejajar dengan
usaha kerajaan dalam usaha mencegah penyebaran wabak covid19. Ini akan dapat
menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal dalam
kalangan peserta.

Dengan semangat dan kepercayaan ini, adalah diharapkan program ini mencapai
objektifnya. Selain itu, adalah diharapkan juga agar ‘Virtual Camp’ ini dapat memberi
peluang kepada para peserta menonjolkan bakat dan kemampuan diri masing-masing.

2. MATLAMAT
2.1 Kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan persetujuan bagi mengadakan ‘Virtual
Camp’ peringkat daerah Kuala Muda Yan melibatkan aktiviti unit beruniform untuk
murid tahun 4, 5 dan 6.
2.2 Memohon sedikit peruntukan untuk mengadakan pertandingan tersebut.
2.3 Melestarikan dan memperkasakan pencapaian kokurikulum melalui aktiviti
pembangunan modal insan secara maya dengan menggunakan dana peruntukan
khas.
2.4 Mengisi pencapaian dan penglibatan murid dalam PAJSK bagi peringkat Daerah
Kuala Muda Yan.

3. OBJEKTIF
3.1 Mengenalpasti bakat murid dalam aktiviti pertandingan tersebut disamping mencari
pelapis wakil sekolah untuk masa hadapan.
3.2 Menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara guru dengan murid.
3.3 Memberi motivasi dan galakan kepada murid dalam memupuk semangat persaingan
sihat dalam setiap pasukan yang bertanding.
3.4 Menyemarakkan lagi budaya semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, daya
saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid tahun
4,5 dan 6.
3.5 Mewujudkan suasana yang seimbang antara perkembangan mental dengan
perkembangan sosial, rohani dan jasmani murid-murid.
3.6 Melahirkan generasi muda masyarakat Malaysia yang berketrampilan, mempunyai
jatidiri, berupaya memimpin, bertanggungjawab, berdaya saing dan berkemampuan
melestarikan kecemerlangan diri dan pendidikan negara.

4. MAKLUMAT PERTANDINGAN DAN MODUL AKTIVITI


Maklumat pertandingan seperti di lampiran yang dinyatakan telah dirangka oleh setiausaha
dan penyelaras. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak berkenaan :-

4.1 Perkhemahan Perdana Peringkat Daerah Kuala Muda Yan (Virtual Camp)
Tarikh : 2 & 3 Disember 2021
Hari : Khamis dan Jumaat
Tempat : Kediaman masing-masing
Platform : 1. Aktiviti dan Pertandingan : Group Whatapps/Telegram
2. Perasmian Pembukaan dan Penutup Youtube live ( link akan diberikan
kemudian )

5 SASARAN
Murid tahap 2 sekolah-sekolah berikut

Sekolah Bilangan
Peserta
SK Ibrahim 291

SK Singkir 172

SK Tok Mat Salleh 47

SK Kampong Pasir 186

SK Kem Lapangan Terbang 178

SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri 292

Jumlah 1161
6 STRUKTUR JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : EN MUKHTAR BIN MANSOR


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan

Pengerusi : EN. YUSOF BIN ISMAIL


Timbalan PPD Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Naib Pengerusi : Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Singkir

Setiausaha : Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Sekolah Kebangsaan Ibrahim

Ahli Jawatan Kuasa : Guru Besar SK Ibrahim


Guru Besar SK Tok Mat Salleh
Guru Besar SK Kampong Pasir
Guru Besar SK Kem Lapangan Terbang
Guru Besar SK Tuan Syed Jan Al Jaffri

6.1 AHLI JAWATAN KUASA PENGELOLA 


Pengerusi : Pn. Rosida bt. Rashid (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : En.Khairulnizam b. Abd. Aziz (PKKK)
N.Pengerusi 1 : Pn. Ruhaiza bt Ismail (PK Pentadbiran)
N.Pengerusi 2 : Pn. NurHafizah bt Ajlan (PK HEM)
Setiausaha Program : En. Muhammad Yusof Farhan b. Ahmad Hilmee
(SU Kokurikulum)
Bendahari : Pn. Nor Azlina bt Md. Radzi

JAWATANKUASA PELAKSANA

POSTER/STREAMER/BROSUR
En. Sofian b. Shuib-SK Singkir
Aniza bt Ishak-SK Singkir

KEM KOMANDEN VIRTUAL CAMP


En. Muhammad Yusof Farhan b. Ahmad Hilmee-SK Singkir
Setiausaha Ko-kurikulum sekolah masing-masing
PENGACARA PERASMIAN PEMBUKAAN
SK IBRAHIM

PENGACARA PERASMIAN PENUTUP


Pn Nor Hajjah bt Hassan-SK Singkir

BACAAN DOA PERASMIAN PENUTUP


Ustaz Mahadi b. Mohamad

JURUGAMBAR/VIDEO
Pn. Mazira bt. Hj. Ismail- SK Singkir
Pn. Munirah bt Mahmud-SK Singkir
Guru ICT/ juruteknik dan jawatankuasa sekolah
masing-masing.

HADIAH/CENDERAHATI
Pn Nor Hajjah bt Hassan-SK Singkir
dan jawatankuasa sekolah masing-masing.

SIJIL
Nurul Akmal bt. Mohd Yusof- SK Singkir
Parimala Devi A/P Govindasamy- SK Singkir

DOKUMENTASI
Pn Siti Noriza bt. Abu Bakar-SK Singkir
En. Muhammad Yusof Farhan b. Ahmad Hilmee-SK Singkir
Setiausaha Kokurikulum
Penyelaras Badan Beruniform sekolah masing-masing

SIARAN/PAUTAN YOUTUBE LIVE/TEKNIKAL


En. Badrulhisyam b. Ahmad – SK Singkir
Nurkhairi bin Mohd Shukri – SK Singkir

HAKIM PERTANDINGAN
Ketua Pemimpin dan pemimpin Badan Beruniform sekolah masing-masing. (Berdasarkan
Jawatankuasa pelaksana bagi setiap sekolah)
JURI PESERTA TERBAIK KESELURUHAN
Pen. Kanan KO-Kurikulum
Setiausaha Ko-kurikulum
Penyelaras Badan Beruniform

7 TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN ‘VIRTUAL CAMP’

KHAMIS (2 Disember 2021)

1.45 ptg : Pendaftaran Peserta (pengurusan sekolah masing-


masing)
2.00 ptg : Perasmian Program Virtual Camp oleh Timb. PPD PPP Sektor
Pembangunan Murid
Encik Yusof b. Ismail (Dikelolakan oleh SK Ibrahim)
2.30 ptg : Taklimat Kem Komanden Virtual Camp Peringkat Daerah Kuala
Muda Yan
(Secara Google meet sekolah masing-masing)
3.00-4.00 ptg : MENDIRIKAN KHEMAH (AKTIVITI 1)
4.00-4.30 ptg : Solat Asar/Rehat
4.30-5.30 ptg : SEDERAP MELANGKAH (AKTIVITI 2)
5.30-6.30 ptg : IKHTIAR HIDUP (AKTIVITI 3)
6.30-7.00 mlm : Persiapan/Rehat
7.00-8.30 mlm : Solat Maghrib
Bacaan Yassin Perdana-Google meet sekolah masing-masing
Solat Isyak
8.30-10.00 mlm : IKATAN (AKTIVITI 4)
10.00-11.30mlm: GAJET (AKTIVITI 5)
11.30 mlm : Tidur
JUMAAT (3 Disember 2021)
5.30 pagi : Mandi dan persiapan diri
6.00 pagi : Solat Subuh
6.30-7.30 pagi : Sarapan pagi
7.30-8.30 pagi : Senamrobik (Secara Youtube Live dikelolakan oleh SK Ibrahim)
8.30-10.30 pagi : AKTIVITI KHIDMAT SOSIAL (AKTIVITI 6)
10.30-11.00 pg : Meruntuhkan khemah
11.00-12.00 tgh: Majlis Penutup Secara Youtube live 5 buah sekolah
(Perasmian Penutup : Encik Mukhtar b. Mansor, B.C.K., Pegawai
Pendidikan Daerah PPD KMY)

ATURCARA MAJLIS PENUTUP (Diuruskan oleh SK Singkir)


11.00 pg : Ketibaan Guru Besar sekolah terlibat
11.10 pg : Ketibaan Perasmi Encik Mukhtar b. Mansor, B.C.K.,P.K. Pegawai
Pendidikan Daerah PPD KMY)
11.15 pg : Bacaan Doa
11.20 pg : Ucapan Aluan Guru Besar SK Singkir Penyelaras Program
(Pn. Rosida bt Rashid)
11.35 pg : Ucapan Perasmian Penutup Encik Mukhtar b. Mansor, B.C.K., P.K.
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah PPD KMY
11.50 pg : Gimik Penyerahan sijil kepada sekolah terlibat
12.00 tgh : Bersurai
8 ANGGARAN PERBELANJAAN VIRTUAL CAMP DAERAH KUALA MUDA YAN

8.1 Anggaran perbelanjaan Penyelaras Program Sk Singkir untuk seperti berikut:

Bil Pertandingan Kategori Jumlah

1 Mendirikan khemah Johan = RM 32.00


Naib Johan = RM 26.00
2 Sederap Melangkah Tempat ke-3 = RM 21.00
Tempat ke- 4 = RM16.00
3 Ikhtiar Hidup Tempat Ke-5 = RM16.00
Tempat ke-6 hingga 10 = RM 11.00

4 Ikatan Jumlah = RM 166

5 Gajet RM 166 X 6 aktiviti RM 996

6 Khidmat Sosial

7 Anugerah PesertaTerbaik -Johan Keseluruhan Unit Uniform


RM 50
-Naib Johan Keseluruhan Unit Uniform
RM 40
-Tempat Ke-3 Unit Uniform
RM 30
-Tempat Ke-4 Unit Uniform
RM 20
-Tempat Ke-5 Unit Uniform
RM 15
-Tempat Ke-6 hingga ke-10 Unit RM 205
Uniform RM 10

8 e- Sijil Penyertaan RM 344


RM 2.00 X 172

JUMLAH RM 1545
8.2 Anggaran perbelanjaan untuk sekolah-sekolah yang terlibat selain penganjur seperti
berikut:

Bil Pertandingan Kategori Jumlah

1 Mendirikan khemah Johan = RM 32.00


Naib Johan = RM 26.00
2 Sederap Melangkah Tempat ke-3 = RM 21.00
Tempat ke- 4 = RM16.00
3 Ikhtiar Hidup Tempat Ke-5 = RM16.00
Tempat ke-6 hingga 10 = RM 11.00

4 Ikatan Jumlah = RM 166

5 Gajet RM 166 X 6 aktiviti RM 996

6 Khidmat Sosial

7 Anugerah PesertaTerbaik -Johan Keseluruhan Unit Uniform


RM 50
-Naib Johan Keseluruhan Unit Uniform
RM 40
-Tempat Ke-3 Unit Uniform
RM 30
-Tempat Ke-4 Unit Uniform
RM 20
-Tempat Ke-5 Unit Uniform
RM 15
-Tempat Ke-6 hingga ke-10 Unit RM 205
Uniform RM 10

8 e- Sijil Penyertaan RM 344


RM 2.00 X 172

JUMLAH RM 1545

9 SUMBER

BANTUAN KO-KURIKULUM (BKK)


10 PENUTUP
Diharapkan kertas kerja untuk Virtual Camp ini akan mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan dan seterusnya meluluskan Virtual Camp Peringkat
Daerah Kuala Muda Yan kali pertama ini. Semoga dengan penyertaan murid dalam
program ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dan memperkembangkan potensi diri
dalam bidang kokurikulum.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

…………………….…… ……………………….
(ROSIDA BT RASHID) (YUSOF BIN ISMAIL)
Guru Besar Timbalan PPD Pembangunan Bakat Murid
SK Singkir Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Diluluskan Oleh,

……………………………….
(EN MUKHTAR BIN MANSOR)
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
KERTAS KONSEP VIRTUAL CAMP
PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA YAN 2021

SYARAT UMUM PERTANDINGAN VIRTUAL CAMP PERINGKAT DAERAH KUALA


MUDA YAN

1. Terbuka kepada peserta perkhemahan yang terdiri dari murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja.
2. Menghantar gambar/video kepada pemimpin badan beruniform masing-masing seperti
masa yang ditetapkan.
3. Hasil idea dan kreativiti sendiri dan asli.
4. Penghantaran tugasan melalui group whatapps/telegram badan beruniform sekolah
masing-masing.
5. Keputusan adalah muktamat dari pemimpin dan pentadbiran sekolah masing-masing.
Sebarang rayuan tida akan dilayan.

ALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK VIRTUAL CAMP DAERAH KUALA MUDA YAN

1. Kain/Selimut atau khemah untuk mendirikan khemah.


2. Tali kasut/tali untuk ikatan
3. Lidi , selotap, gunting dan tali untuk gajet
4. Maggi, mangkuk/pinggan dan air
AKTIVITI 1 : MENDIRIKAN KHEMAH

PROSEDUR PERTANDINGAN

1. Peserta dikehendaki mendirikan khemah daripada sebarang peralatan yang ada di


sekeliling kawasan rumah.

2. Ambil gambar peserta bersama khemah. Tuliskan nama penuh, kelas dan badan
beruniform.

3. Hantarkan gambar ke dalam kumpulan Whatapps/Telegram Badan Beruniform masing-


masing

4. Lima gambar dan khemah terbaik akan dipilih oleh guru pemimpin.

ALATAN DIPERLUKAN

1. Kain/selimut dan sebagainya.Jika mempunyai khemah sedia ada adalah digalakkan

2. Kayu atau sebarang alat yang boleh dijadikan khemah.

3. Kawasan perkhemahan adalah bebas samada di dalam atau diluar rumah (dengan
pengawasan ibubapa)

4. Sebarang benda yang boleh dijadikan hiasan untu menghasilkan khemah yang kreatif
dan menarik.

KRITERIA PENILAIAN

1. Strukur khemah yang kukuh – 50 %

2. Hiasan Khemah – 20 %

3. Kreativiti – 30%
AKTIVITI 2 : SEDERAP MELANGKAH

PROSEDUR PERTANDINGAN

1. Peserta dikehendaki menonton video asas kawad kaki di bawah.

https://youtu.be/FdJTeta-rIU

2. Berdasarkan video , anda dikehendaki membuat kolaj bergambar beserta nama


pergerakan Asas Kawad Kaki mengikut Unit Beruniform . Tuliskan nama penuh, kelas
dan unit beruniform.

3. Hantarkan kolaj ke dalam kumpulan Whatapps Badan Beruniform masing-masing

4. Gambar 5 kolaj yang terbaik akan dipilih oleh guru pemimpin.

KRITERIA PENILAIAN

1. Pergerakan yang kemas – 40 %

2. Pergerakan asas yang betul mengikut Badan Beruniform masing-masing – 40 %

3. Kreativiti pengasilan gambar – 20%


AKTIVITI 3 : IKHTIAR HIDUP

PROSEDUR PERTANDINGAN

1. Peserta dikehendaki menyediakan semangkuk mee maggi untuk makan malam beserta
dengan hiasan yang bersesuaian

2. Ambil gambar anda bersama makan tersebut. Tuliskan nama penuh, kelas dan badan
beruniform.

3. Hantarkan gambar ke dalam kumpulan Whatapps Badan Beruniform masing-masing.

4. Lima gambar dan makanan terbaik akan dipilih oleh guru pemimpin.

KRITERIA PERNILAIAN

1. Kekemasan Hidangan – 50%

2. Kreativiti hidangan – 30 %

3. Kreativiti pengasilan gambar – 20%


AKTIVITI 4 : IKATAN

PROSEDUR PERTANDINGAN

1. Peserta dikehendaki menonton video simpul manok di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=r0aTldGVVcA

2. Berdasarkan video , peserta dikehendaki membuat simpul manok.

3. Ambil gambar anda bersama simpul manok tersebut. Tuliskan nama penuh, kelas dan
badan beruniform.

4. Hantarkan gambar ke dalam kumpulan Whatapps bdan beruniform masing-masing.

5. Lima gambar terbaik akan dipilih oleh guru pemimpin

KRITERIA PENILAIAN

1. Kekemasan – 50 %

2. Ikatan yang betul dan tepat – 30%

3. Kreativiti pengasilan gambar – 20%


AKTIVITI 5 : GAJET

PROSEDUR PERTANDINGAN

1. Peserta dikehendaki menonton video membuat gajet seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=yJ8P4i-E8XA

2. Peserta juga boleh mencari contoh gajet yang lain mengikut idea sendiri..

3. Ambil gambar anda bersama gajet tersebut. Tuliskan nama penuh, kelas dan badan
beruniform.

4. Hantarkan gambar ke dalam kumpulan Whatapps bdan beruniform masing-masing.

5. Lima gambar terbaik akan dipilih oleh guru pemimpin.

KRITERIA PENILAIAN

1. Kekemasan – 50%
2. Kreativiti – 30 %
3. Kreativiti dalam Penghasilan gambar – 20%
AKTIVITI 6 : AKTIVITI KHIDMAT SOSIAL

PROSEDUR PERTANDINGAN

1. Peserta dikehendaki membantu ibu bapa atau keluarga melakukan khidmat


masyarakat.

2. Contoh khidmat masyarakat :


a. Membersihkan kereta/motorsikal
b. Membersihkan Kawasan rumah
c. Membasuh/menyidai baju
d. Mengemas rumah
dan sebagainya yang bersesuaian.

3. Pilih salah satu khidmat masyarakat yang hendak dilakukan.

4. Peserta mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas melakukan khidmat


tersebut. Tuliskan nama penuh, kelas dan badan beruniform.

5. Hantarkan gambar ke dalam kumpulan Whatapps bdan beruniform masing-masing.

6. Lima gambar terbaik akan dipilih oleh guru pemimpin.

KRITERIA PENILAIAN

1. Kesungguhan melakukan kidmat masyarakat – 40%


2. Hasil yang telah dilakukan selepas khidmat tersebut -40%
3. Kreativiti menghasilkan gambar – 20%

PENJURIAN PESERTA TERBAIK VIRTUAL CAMP PERINGKAT DAERAH KUALA


MUDA YAN

Kriteria Penilaian – Peserta dinilai berdasarkan pencapaian yang diperolehi bagi setiap
pertandingan yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai