Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
JBA0009
KERTAS KERJA
AKTIVITI KO-KURIKULUM (KELAB/PERSATUAN)
KEMBARA HARI MALAYSIA
2015
17 SEPTEMBER 2015
Anjuran :Unit Kokurikulum
KERTAS KERJA
KEMBARA HARI MALAYSIA
2015
1.PROGRAM
Kembara Hari Malaysia 2015
2.PENDAHULUAN
Kembara ini adalah salah satu aktiviti khas kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Sekolah. Program
ini boleh disertai oleh semua murid Tahap 2 yang aktif dalam bidang kokurikulum di SK Peserai. Ia akan diadakan di
sekolah pada 17 September 2015 selama 1 hari. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani melalui penyertaan dalam aktiviti di luar kelas sejajar dengan 6 aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia. Ia juga adalah bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan bagi menghayati Pembentukan Malaysia dalam
menyambut Kemerdekaan Malaysia Kali Ke 58 yang bertema Sehati Sejiwa. Seseorang murid itu digalakkan
menyertai aktiviti ini untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti sebegini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi
alam kedewasaan kelak.
3.OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai program seumpama ini.
3.2 Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.3 Melatih para murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai peranan
diri,guru,ibu bapa dan masyarakat setempat.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
3.5 Melahirkan para murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka
menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
3.8 Memupuk semangat kerjasama di antara guru-guru dan murid-murid dalam melaksanakan aktiviti dan
program yang dianjurkan.
3.9 Melahirkan generasi pemimpin di kalangan murid yang berperanan menjadi rakan pembimbing
kepada kelompok mereka di sekolah.
4.MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan,motivasi, dan disiplin yang perlu
ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan
aktiviti kerohanian dan jati diri untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk
modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan selain menyemai cintakan tanah
air.
5.TARIKH
17 September 2015
Khamis
6.JANGKAMASA
1 Hari Khamis (7.20 pg 12.30 tgh)
7.SASARAN
Semua murid Tahap 2
8.BILANGAN PESERTA
Lelaki dan perempuan seramai 337 orang.
9.LALUAN
SK PESERAI SUNGAI KAJANG PT HJ SALAM - TELUK BAKONG - BAGAN
11.SUMBER KOS
12.PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan
pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti kembara hari Malaysia ini akan dipraktikkan dalam kehidupan
seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sekaligus
memastikan bahawa program ini mencapai objektif dan matlamatnya.Oleh itu, Kerjasama daripada pihak tuan
amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
..
(ZAINORIDA BT NGARIP)
SETIAUSAHA KEMBARA HARI MALAYSIA
SK PESERAI
1. Buku Program
3. Marshall
MARSHALL BERBASIKAL
1. EN. SHAHIR BIN OTHMAN
2. EN. RUZI BIN JAMIL
3. EN.MD BALYA HIDIR BIN MD SALEH
MARSHALL BERMOTORSIKAL
1. EN. ZULAILI BIN SABTU@CHIK
2. ADAM HUD BIN AHAMAD
3. AMINNUL HAFIDZ BIN MOHAMAD
4.Kecemasan / Pengangkutan
1. EN. YATIM BIN JULI
2. EN. MOHD MUSTAFA BIN MOHAMAD
3. PN. HAMIDAH BT JAMARI
4. PN. ZAINORIDA BT NGARIP
5. PN. NAHIDA BT MOHAMED ON
Tentatif Program