Anda di halaman 1dari 20

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA

KUALA LUMPUR

TARIKH : 14 NOVEMBER 2015


HARI : SABTU
MASA : 8.00 HINGGA 11.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN SRI DANAU
TEMA : MOVIES

0
PERKARA MUKASURAT

PENGENALAN 3

LAPORAN AKTIVITI SEBELUM 3

LAPORAN AKTIVITI SEMASA 4

LAPORAN AKTIVITI SELEPAS 7

IMPAK 7

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 7

PENUTUP 8

GAMBAR AKTIVITI SEBELUM 9

GAMBAR AKTIVITI SEMASA 11

GAMBAR AKTIVITI SELEPAS 18

LAMPIRAN 19

1
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

TARIKH : 14 NOV 2015 (JUMAAT)

MASA : 07.30 hingga 11.00 malam

TEMPAT : Dewan Sri Danau

KEHADIRAN : Rujuk Lampiran

PERASMI : Puan Zainab binti Mohamad

Guru Besar SK Danau Kota

Kuala Lumpur

2
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

PENGENALAN

Jamuan Akhir Tahun bertujuan untuk mengukuhkan ukhuwah yang sedia terjalin di
antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Ini kerana penglibatan pihak sekolah, ibu bapa, guru-
guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) adalah intipati penting dalam menjayakan
program yang dirancang.

Disamping itu, ia merupakan satu platform yang dapat membuka ruang perkongsian
ilmu dan pengalaman di antara pihak terlibat secara inklusif. Ia adalah kemuncak bagi segala
program dan aktiviti PPKI yang telah dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, objektif program ini adalah seperti berikut :

 Untuk menjalinkan hubungan di antara ibu bapa dan pihak sekolah,


 Mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa, guru dan murid serta PPM.
 Meraikan murid yang akan tamat sekolah rendah.
 Menghargai kerjasama ibu bapa dan semua murid.
 Memperkukuhkan lagi hubungan perpaduan rakyat dengan pelbagai kaum

SEBELUM

Jamuan Akhir Tahun PPKI ini adalah di bawah perancangan Encik Mohd Nazri bin Mat
Noor selaku penyelaras program pada tahun ini. Beliau telah merancang dan menyediakan
kertas kerja dan perbelanjaan bagi keseluruhan program. Setelah senarai ahli jawatankuasa
dibentuk, beberapa mesyuarat telah diadakan demi memastikan segala perancangan dapat
dilaksanakan dengan baik.

Kesemua ahli jawatankuasa yang terlibat juga telah menjalankan tugas masing-masing
sebelum majlis dijalankan lagi seperti AJK hadiah dan cabutan bertuah telah membeli dan

3
membalut hadiah, AJK makanan telah merancang dan menempah makanan, AJK persiapan
tempat telah menempah dan melakukan susunan meja, AJK backdrop telah membeli barang-
barang hiasan, AJK persembahan telah melatih murid-murid dan sebagainya.

Pada hari program dijalankan, semua ahli jawatankuasa yang terlibat juga telah hadir
menjalankan tugas bermula dari jam 8.00 pagi. Ahli jawatankuasa tersebut telah menyusun
kerusi dan meja makan, menghias backdrop, menyusun hadiah dan cenderahati, memastikan
kebersihan kawasan dan lain-lain lagi.

SEMASA

Program bermula pada jam 7.30 malam dengan sesi pendaftaran bagi semua tetamu
dan seterusnya ketibaan VIP jemputan iaitu Puan Zainab binti Mohamad, Guru Besar SK
Danau Kota, Pn Hjh Rosnah binti Mohd Rodi selaku GPK Kurikulum, Pn Nor Zuraihan binti
Ismail selaku GPK Pendidikan Khas dan Pn Juraidah binti Mat Jan sebagai mantan GPK PPKI
SK Danau Kota.

Setelah selesai sesi pendaftaran semua tetamu yang hadir, majlis dimulakan pada jam
8.00 malam dengan persembahan pembukaan daripada murid-murid PPKI dengan tajuk
persembahan “Let It Go”. Seterusnya, program diteruskan dengan bacaan doa oleh Encik
Muhammad Faizal bin Noordin dan ucapan aluan dari GPK Pendidikan Khas, Pn Nor Zuraihan
bt Ismail serta ucapan perasmian oleh Puan Zainab binti Mohamad selaku Guru Besar SK
Danau Kota.

Acara diteruskan lagi dengan persembahan pakaian beragam oleh murid-murid PPKI,
guru-guru dan PPM yang terlibat. Terdapat pelbagai watak pakaian beragam yang ditonjolkan
berdasarkan tema majlis makan malam seperti Red Riding Hood, Spiderman, Witch, Star
Wars, Pirate, Frozen, Superman, Iron Man dan sebagainya. Majoriti murid, guru, PPM dan ibu
bapa yang hadir juga telah mengikut kriteria pemakaian majlis yang bertemakan Movies.

Seterusnya, tentatif diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah sesi pertama dan
penyampaian hadiah oleh Puan Zainab binti Mohamad kepada murid-murid yang akan ke

4
Sekolah Menengah dan murid-murid Pra PPKI yang akan ke Sekolah Rendah. Senarai
penerima hadiah adalah seperti berikut :

Murid-murid ke Sekolah Menengah

1. Muhammad Amir Nabeel bin ArfanYousaf


2. Wardina Syakira binti Baharin
3. Atiqah Ayuni binti Khalil Khusiri
4. Wong Ai Wern
5. Lok Yee Man Yvonne

Murid-murid Pra PPKI Ke Sekolah Rendah

1. Aiman Hafifi bin Shpine


2. Adam Mikhael Ashraf bin Samzol
3. Muhammad Afif Qayyim bin Mohd Rauf
4. Muhammad Ehsan bin Ahmad Norhisham
5. Muhammad Farid Asraaf bin Norazlan
6. Nik Muhammad Nazri bin Ng Sawmee Ullah
7. Nurul Aqila Hannani binti Nur Hisham
8. Putera Rafael bin Razak

Berikutnya, majlis diteruskan dengan cabutan bertuah sesi kedua oleh Puan Hjh
Rosnah binti Mohd Rodi dan Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid dan para guru serta PPM
yang lahir pada bulan Oktober hingga Disember. Sambutan disusuli dengan acara memotong
kek dan penyampaian hadiah hari lahir kepada semua murid yang terlibat. Setelah selesai
acara berkenaan, majlis diteruskan dengan sesi menjamu selera hidangan yang telah
disediakan.

Semasa sesi menjamu selera sedang berlangsung, majlis diserikan lagi dengan
beberapa persembahan daripada guru-guru PPKI dengan nyanyian oleh Encik Mohd Ridzuan
bin Azmi dan Puan Nadiah binti Abu Bakar serta jemputan khas wakil daripada ibu bapa iaitu

5
En Rosli bin Sulaiman. Majlis juga diteruskan dengan cabutan bertuah sesi ketiga dan sesi
keempat oleh Puan Nor Zuraihan bt Ismail serta Puan Juraidah Mat Jan.

Pada jam lebih kurang 10.00 malam, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah
khas bagi kesemua pertandingan yang dipertandingkan iaitu Pakaian Beragam, Children of
The Night, Staff of the Night, Teacher of the Night dan Family of The Night. Senarai Pemenang
bagi acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

 Pertandingan pakaian beragam (kategori murid)


1) Mohamad Mikhael bin Mohamad Ali
2) Putera Rafael bin Razak
3) Dayang Nur Irdina

 Children of The Night

Adik Nur Alvina binti Heazar

 Teacher of The Night

Puan Sarinah binti Abdullah

 Staff of The Night

Puan Yusrina binti Abu Bakar

 Family of The Night

Keluarga Harith Danial bin Heazar

Setelah selesai acara penyampaian hadiah khas, majlis diakhiri dengan persembahan
penutup oleh murid-murid PPKI dengan tarian bertajuk So Long, Farewell. Majlis telah tamat
pada jam 11.00 malam dengan sesi bergambar kesemua ahli jawatankuasa program yang
terlibat bersama pihak pentadbir SK Danau Kota.

6
SELEPAS

Usai majlis ditamatkan, kesemua ahli jawatankuasa program telah bersama-sama


berganding bahu untuk mengemas segala peralatan dan membersihkan kawasan Dewan Sri
Danau yang telah digunakan. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu
kumpulan membungkus makanan yang berlebihan, kumpulan menyimpan peralatan, kerusi
dan meja, dan kumpulan menyapu serta membuang sampah.

IMPAK

Program yang dijalankan tentunya memberikan impak yang bermakna kepada semua
yang terlbat. Penglibatan yang sangat memberangsangkan daripada semua pihak telah
menjadikan majlis berkenaan sangat meriah dan menyeronokkan. Program ini juga telah
memupuk dan mengeratkan sillaturahim antara semua warga PPKI dan pihak ibu bapa.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berikutan dengan program yang telah dijalankan, terdapat beberapa cadangan


penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh pihak guru dan ibu bapa. Antara cadangannya
ialah :

I. Program dijalankan pada hari persekolahan supaya lebih ramai murid PPKI dapat
melibatkan diri
II. Menggalakkan penglibatan ibu bapa untuk sama-sama mengambil bahagian dalam
pelaksanaan program yang dijalankan.
III. Merancang waktu program dengan lebih sistematik supaya perjalanan program lebih
efisien.

7
PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai
objektif yang dirancang.. Semua ahli jawatankuasa dan tetamu yang hadir menunjukkan
komitmen yang baik sepanjang program dijalankan. Diharap agar program ini dapat
dilaksanakan setiap tahun bagi memupuk sillaturrahim antara semua guru, PPM, ibu bapa dan
murid Pendidikan Khas Integrasi SK Danau Kota Kuala Lumpur.

DILAPORKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

…………………………… ……………………………..

(NADIAH BINTI ABU BAKAR) (NOR ZURAIHAN BINTI ISMAIL)

AJK DOKUMENTASI PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

TARIKH : 19 NOVEMBER 2015

8
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

9
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

10
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

11
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

12
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

13
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

14
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

15
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

16
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

17
LAPORAN DOKUMENTASI JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

18
19

Anda mungkin juga menyukai