Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI JADI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH


2015

PENGENALAN
Sambutan hari jadi dan jamuan akhir tahun prasekolah diadakan untuk
memberi penghargaan kepada kanak-kanak prasekolah bagi menyambut
ulangtahun kelahiran mereka yang terakhir dan meraikan sesi
persekolahan prasekolah kanak-kanak yang akan tamat pada tahun ini.
RASIONAL
1. Memberi penghargaan kepada kanak-kanak prasekolah.
2. Menjalin hubungan baik antara kanak-kanak dengan guru dan
pembantu pengurusan murid.
3. Mewujudkan semangat setiakawan di kalangan kanak-kanak
prasekolah.
4. Mewujudkan nilai kasih sayang di kalangan kanak-kanak, guru dan
pembantu pengurusan murid.
OBJEKTIF
1. Membina kekuatan keyakinan murid dengan dorongan dan
sokongan dari guru dan pembantu pengurusan murid.
2. Memberi motivasi kepada murid dan ibubapa tentang pentingnya
pendidikan awal kanak-kanak.
NAMA PROGRAM
Sambutan Hari Jadi dan Jamuan Akhir Tahun Prasekolah .
TARIKH
19 November 2015
HARI
Khamis
TEMPAT
Kelas Prasekolah
SASARAN

25 orang murid prasekolah


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat

: En. Jasni bin Haji Ramli PJK


(Guru Besar SK Felda Bukit Senggeh)

Pengerusi

: En. Md Nazri bin Bulat


(Guru Penolong Kanan 1)

Penyelaras : Pn. Siti Rafidah binti Amdan


(Guru Prasekolah)
Setiausaha : Pn. Norliza binti Azali
(Pembantu Pengurusan Murid)
Bendahari : Pn. Tuan Azizah binti Tuan Hassan
(Guru Agama)
TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi

- murid berkumpul di dalam kelas.


- guru mengambil kedatangan murid

8.30 pagi

- bacaan doa
- nyanyian lagu negaraku, lagu negeri dan sekolah
- bacaan ikrar
- taklimat ringkas dari penyelaras prasekolah

9.00 pagi

- persembahan murid prasekolah


- aktiviti permainan

10.00 pagi - sambutan hari jadi


- jamuan makan
11.00 pagi - penyampaian cenderahati kepada murid
11.30 pagi - bersurai

SUMBER KEWANGAN
PCG Prasekolah

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
.
1.
2.

PERKARA

KUANTITI

Hadiah Cenderhati
Jamuan
Jumlah

40
40

HARGA
SEUNIT
RM 5.00
RM 2.00

JUMLAH
RM 200
RM 80
RM 280

PENUTUP
Diharap aktiviti ini dapat mencapai objektif yang digariskan dan mendapat
sokongan yang padu dari pihak sekolah serta kerjasama dari semua pihak
bagi melancarkan setiap program yang diatur, seterusnya merealisasikan
falsafah pendidikan kebangsaan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(NORLIZA BINTI AZALI)


Setiausaha,

.
(SITI RAFIDAH BINTI AMDAN)
Penyelaras,

Disahkan oleh,

LAPORAN
SAMBUTAN HARI JADI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH
2015
SK. FELDA BUKIT SENGGEH

TARIKH

: 19 November 2015

HARI

: Khamis

MASA
TEMPAT

: 10.00 pagi
: Kelas Prasekolah

Majlis hari jadi dan jamuan akhir tahun telah berlangsung dengan
meriahnya di kelas Prasekolah Aktif. Majlis ini merupakan sambutan hari
jadi dan jamuan akhir tahun yang diadakan bertujuan untuk memberi
penghargaan kepada murid prasekolah dalam satu majlis yang ceria dan
meriah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir, persembahan
dari murid prasekolah seperti nyanyian solo, nasyid, tarian pinquin dan
pertandingan merebut kerusi. Kemudian aktiviti

meniup lilin dan

memotong kek hari lahir. Murid prasekolah kemudian dijamu dengan


makanan yang disediakan. Akhir sekali pemberian cenderhati dan hadiah
kepada semua murid prasekolah.
Antara jemputan yang hadir ialah Guru PK Hem, Guru PK KO dan guruguru akademik. Majlis ini memberikan peluang kepada murid prasekolah
berinteraksi dengan para tetamu yang hadir dan secara tidak langsung
meningkatkan perkembangan kemahiran sosial dan emosi mereka. Selain
itu ia turut memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka sangat
berharga serta menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni
dalam diri mereka.

Majlis hari jadi ini mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan


pengalaman

yang

menarik

dan

menggembirakan

kepada

murid

prasekolah. Semua murid pulang dengan riang dan tidak sabar untuk
menceritakan pengalaman menarik mereka kepada keluarga di rumah.
Secara tidak langsung pengalaman bermakna itu dapat membantu
menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan sosioemosi,
menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk
personaliti yang positif sebagai persediaan masuk ke tahun 1.
Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai