Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN SUKANEKA

PRASEKOLAH MUTIARA
SK JIMAH BARU

Tarikh : 29 MAC 2009


Hari : AHAD
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Padang SK Jimah Baru

Objektif utama sukaneka prasekolah adalah untuk menggalakkan pertumbuhan


dan perkembangan murid dalam keadaan sihat, selamat dan ceria, dapat
memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif. Penglibatan aktif
murid dalam aktiviti sukan membolehkan mereka membina kemahiran pergerakan
asas dan kekuatan fizikal yang dapat membantu dalam aktiviti pembelajaran.

Sukaneka ini telah diadakan serentak bersama dengan sukan tahunan sekolah.
Ianya berjalan dengan begitu meriah dan berjaya. Sebanyak tiga acara untuk
murid prasekolah dijalankan iaitu acara individu, lari terus 25 meter lelaki dan
perempuan, dan acara berkumpulan, jumping ball dan walking stilts.

Murid sedang bersedia di garis permulaan untuk acara lari terus 25


meter perempuan.

1
Bersedia untuk memulakan acara Jumping Ball berkumpulan.

Pemenang gembira menerima hadiah masing-masing.

2
Pemenang gembira menerima hadiah masing-masing.

Sukaneka prasekolah ini telah memberikan peluang dan pengalaman yang


menarik serta menggembirakan murid prasekolah seterusnya dapat membantu
menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan fizikal, menguasai
kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif
sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai