Anda di halaman 1dari 33

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS


JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KURSUS:
PJM 3116
PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

TAJUK:
PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

UNTUK PERHATIAN:
EN. MOHD EDDY CHIN BIN ABDULLAH

DISEDIAKAN OLEH:
KHAIRUL SYAHMI BIN RAMLI
900930-02-6375

TARIKH SERAHAN:
01 APRIL 2013

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN


KEPUJIAN
( PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH )
SEMESTER 7
AMB. JANUARI 2010
2

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 PINTAR TERHADAP

KEMAHIRAN HANTARAN DALAM PERMAINAN BOLA BALING

KHAIRUL SYAHMI BIN RAMLI

PISMP AMBILAN JANUARI PENDIDIKAN JASMANI A


3

1.0 PENGENALAN

Permainan adalah satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan

seseorang. Permainan juga ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan

fizikal dan mental mengikut peraturan- peraturan tertentu. Permainan

selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa

mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan

panca indera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah

pembelajaran menyelesaikan masalah.

Kesukanan adalah tunjang utama dalam pendidikan jasmani dan

semestinya disertai oleh semua lapisan murid tanpa mengira tahap

kebolehan kemahiran (Holt, Strean and Bengoecha, 2002). Di Malaysia,

kesukanan menjadi tunjang utama dalam sukatan pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Guru Pendidikan Jasmani di Malaysia

boleh berperanan sebagai jurulatih sebagai salah satu cara peningkatan

mutu sukan negara. Justeru itu, jurulatih harus menghayati falsafah

kejurulatihan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta

berusaha meningkatkan prestasi sukan dan permainan murid-murid. Guru

yang bertindak sebagai jurulatih boleh menjadikan waktu Pendidikan

Jasmani dengan memperkenalkan program latihan permainan untuk

meningkatkan prestasi permainan.

Kemerosotan mutu sukan Malaysia terutamanya dalam bidang

permainan telah mendapat perhatian kerajaan dan media. Kemerosotan ini

cuba diatasi melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan

menggunakan beberapa strategi pengajaran bagi meningkatkan kualiti


4

kurikulum Pendidikan Jasmani. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat

dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah kemerosotan mutu sukan dan

permainan. Negara menggalakkan murid menyertai aktiviti permainan

melalui program latihan seterusnya meningkatkan prestasi permainan, tahap

kesihatan dan kecergasan mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan di sekolah-sekolah hanya sehala dan tidak begitu praktikal serta

kurang mencapai matlamat yang dikehendaki. Penglibatan aktif sama ada

daripada guru atau murid lebih berkesan dalam menyampaikan sesuatu

kemahiran. Murid-murid akan mudah memahami sesuatu konsep baru yang

diperkenalkan , apabila mereka melakukannya sendiri.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang

digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi

pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau

sesuatu kemahiran. Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek

pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih

utama. Oleh yang demikian, ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi

pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-

kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan

yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan

memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut

sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring

dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan guru

adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-

kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang


5

memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah

bermain dan kaedah perbincangan kumpulan..

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan memberi pelajar peluang

menyedari akan keadaan dirinya, membuat penyesuaian terhadap masalah-

masalah lokomotor seperti koordinasi anggota badan, demi untuk memupuk

keyakinan diri. Kegiatan-kegiatan jasmani yang dicadangkan akan

membantu memudahkan proses sosiolisasi dengan memberi pelajar peluang

berinteraksi di antara satu sama lain, dan berinteraksi dalam masyarakat di

sekolah serta di komuniti.

Permainan kanak-kanak terdiri daripada empat kategori iaitu pemukul

& pemadang, sasaran, jaring dan serangan. Dalam permainan kanak-kanak,

murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam permainan

asas seperti kriket, boling, badminton, skuasy, bola sepak , bola baling dan

sebagainya. Selain itu murid-murid juga dapat meningkatkan kemahiran

mereka dalam sesuatu permainan selain dapat menjadi lebih kreatif,

meningkatkan kesihatan, dapat fokus terhadap sesuatu perkara, meransang

otak kiri untuk membuat keputusan dengan cepat dan banyak lagi faedah

lain yang boleh kita perolehi melalui permainan kanak-kanak ini. Melalui

permainan, kanak-kanak juga dapat mengeluarkan idea yang bernas dan

kreatif untuk mencipta sesuatu permainan yang baru dan dapat

memanipulasi sesuatu alatan itu kepada suatu permainan yang baru yang

lebih menarik.
6

1.1 Refleksi pengalaman yang lalu

Pemilihan aktiviti menjadi perkara yang sangat penting dalam Pendidikan

Jasmani. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam

menghidupkan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani juga

sangat penting dalam memastikan murid mencapai objektif pembelajaran

yang dirancang serta murid berasa seronok semasa belajar. Selain itu, ia

juga dapat membantu meningkatkan sifat keyakinan terhadap diri sendiri dan

subjek Pendidikan Jasmani mampu untuk membina perkembangan minda

murid.

Prestasi pemain dalam permainan bola baling bukan sahaja

bergantung kepada komponen kemahiran, kecergasan fizikal, minat dan

ketahanan mental kerana dalam permainan bola baling, pemain harus dilatih

untuk mengawal bola, membuat keputusan tentang pemilihan taktik dan

kemahiran berdasarkan pengetahuan permainan serta dapat melaksanakan

kemahiran dalam situasi permainan. Semasa pengkaji menjalankan

pengajaran dan pembelajaran komponen kemahiran permainan bola baling,

respon murid yang menyatakan aktiviti yang dijalankan juga seronok tetapi

kerana aktiviti yang dijalankan adalah sama dan berulang-ulang, maka murid

mula berasa bosan untuk melakukan aktiviti yang dijalankan selain itu, dalam

situasi permainan, pemain harus bertindak cepat dan tepat dalam membuat

keputusan terhadap penggunaan taktik dan kemahiran yang sesuai pada

masa dan tempat yang sesuai bagi mencapai kejayaan dalam permainan.

Untuk melatih dan meningkatkan kemahiran dalam permainan, pengkaji

perlu merangka program untuk meningkatkan kemahiran permainan perlu

disusun dengan memanipulasikan komponen utama permainan.


7

Guru mungkin boleh menilai perasaan murid semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran dengan melihat riak muka, penglibatan murid dan tahap

keterujaan murid. Sekiranya murid tersebut senyap dan tidak bersemangat

untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, guru bakal berdepan

dengan masalah yang besar. Justeru itu, berdasarkan pemerhatian selama

berpraktikum, pendekatan pengajaran yang sesuai dapat meningkatkan

penguasaan kemahiran murid dalam melakukan aktiviti semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menentukan sama ada murid

teruja untuk melakukan aktiviti seterusnya atau tidak. Cara guru

mengelolakan setiap aktiviti yang dirancang amatlah penting. Kesimpulan

pengkaji berdasarkan pemerhatian awal ialah pendekatan yang diterapkan

oleh guru adalah penentu mood murid sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran. Kesilapan dalam menentukan pengajaran yang kurang

berkesan boleh mengakibatkan murid berasa bosan untuk melakukan aktiviti

yang dirancang dan seterusnya membuat guru tidak dapat mencapai objektif

pembelajaran yang telah dirancang.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, pengkaji

mendapati bahawa beberapa orang murid tahun 4 Pintar kurang kefahaman

tentang kemahiran hantaran dalam permainan bola baling. Pada pemikiran

pengkaji, hal ini berlaku kerana aktiviti yang dijalankan adalah tidak dapat

membantu murid meningkatkan kemahiran hantaran murid. Oleh itu, pengkaji

ingin mengkaji tentang cara mempelbagaikan gerak kerja yang dapat

membantu murid meningkatkan kefahaman tentang kemahiran hantaran

dalam permainan bola baling. Selain itu, dengan gerak kerja yang dirancang
8

diharap dapat menarik minat murid untuk meneruskan pembelajaran ketika

kelas Pendidikan Jasmani.

1.2 Refleksi sorotan literatur

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) mendukung cita-cita murni dan unggul Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Pengubalan kurikulum berhasrat untuk melahirkan

murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Pendidikan Jasmani membantu murid menjadi cergas, aktif, dan

berpengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai, dan amalan

kecergasan (Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah, 1999 ). Menurut

Choong Lean Keow (2008) antara objektif peringkat pendidikan rendah

adalah supaya murid dapat menjaga kesihatan dan kecergasan diri,

membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri, memahami dan peka

terhadap manusia dan persekitaran, dan mengembangkan bakat dan

kreativiti.

Menurut Heidi Bates (2006), pembelajaran Pendidikan Jasmani

mampu meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Hal Ini sangat

penting kerana pada umur yang muda, keyakinan diri itu sangat penting

untuk dipupuk dalam memastikan murid tersebut tidak berasa terpinggir

ataupun terasing. Keyakinan yang ada dalam diri mereka memastikan

mereka berani untuk melakukan sesuatu tugasan yang diberikan tanpa rasa

segan ataupun malu. Untuk mencapai objektif ini, peranan guru dalam

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang


9

dirancang mestilah selari dengan tuntutan kurikulum dan juga haruslah

membuatkan murid berasa teruja untuk melakukan aktiviti yang telah

dirancang. Keterujaan yang ingin ditimbulkan dalam diri murid merupakan

satu cabaran yang sangat besar untuk guru Pendidikan Jasmani. Walaupun

aktiviti yang telah dirancang menarik , tidak semua murid mempunyai tahap

kecergasan kognitif yang sama. Melalui pemerhatian yang dibuat, hal ini

menyebabkan keciciran murid dalam melibatkan diri dalam sesuatu

kemahiran yang telah diajar. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran

motor asas biasanya menunjukkan reaksi yang kurang berminat meneruskan

aktiviti yang lebih sukar kerana mereka tidak berkebolehan. Masalah ini juga

meyebabkan penglibatan mereka terhadap aktiviti sekadar untuk

menghabiskan proses pengajaran dan pembelajaran itu.

Sehubungan itu guru Pendidikan Jasmani perlu mempunyai

kepercayaan yang positif dan keyakinan kendiri untuk menjadikan seseorang

berinovatif dalam menyusun proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

juga harus memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh

menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar,meransang pembelajaran

dan menyeronokan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial moral,

kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti penting untuk

dipelajari serta berguna untuk masa hadapan. Justeru, satu anjakan

pradigma harus dilakukan untuk menjadikan pelajaran Pendidikan Jaasmani

lebih berkesan, menarik dan menggembirakan.


10

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Kajian tindakan yang dijalankan adalah menfokuskan kepada kefahaman

murid terhadap kemahiran hantaran dalam permainan bola baling. Tujuan

pengkaji menfokuskan kajiannya ini adalah untuk meningkatkan perubahan

lakuan murid semasa membuat hantaran bagi menghasilkan ketepatan pada

sasaran.

2.1.1 Tinjauan Awal

Tinjauan awal dijalankan kepada murid-murid kelas 4 Pintar untuk

mengetahui isu kajian yang sebenar. Proses tinjauan dimulakan dengan

memulakan pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran dalam

permainan bola baling. Kemahiran hantaran atas bahu di ajar menggunakan

kaedah latihan yang dicadangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Didapati ada beberapa murid yang tidak dapat melakukan hantaran dengan

baik seperti lakuan yang tidak betul dan tidak tepat ke arah sasaran. Murid

juga berasa cepat bosan ketika melakukan latihan yang diajar kerana banyak

pengulangan yang sama dan tidak menarik minat murid. Melalui

pemerhatian juga, murid tidak dapat menguasai kemahiran yang di ajar

dengan teknik yang betul dan sekaligus tidak melibatkan diri dalam sesi

pembelajaran. Hal ini sekaligus tidak mencapai objektif berpandukan Huraian

Sukatan Pelajaran.
11

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal

Perubahan dilakukan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kepada yang lebih mudah dan menarik tetapi murid masih tidak dapat

meguasai kemahiran yang diajar. Berdasarkan masalah ini, borang skor

untuk Ujian Kemahiran Hantaran Atas bahu digunakan untuk mengetahui

tahap kebolehan dan kelemahan murid di akhir proses pengajaran dan

pembelajaran. Daripada ujian yang telah dilakukan kepada murid kelas 4

Pintar seramai 20 orang, hasil ujian mendapati 6 orang daripada kelas

tersebut mencatatkan skor yang sangat lemah. Hal ini kerana murid- murid

tidak dapat menguasai kemahiran hantaran atas bahu berdasarkan

pengajaran yang disampaikan. Maka dengan ini 6 orang murid tersebut

dijadikan subjek kajian dalam kajian ini.

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Kajian tindakan yang dijalankan bertujuan memfokuskan meningkatkan

kefahaman murid tentang kemahiran hantaran dalam permainan bola baling

yang melibatkan murid tahun 4. Pendekatan permainan yang diaplikasikan

dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai kaedah untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran murid dalam permainan bola baling. Walaupun

terdapat pelbagai kemahiran dalam permainan bola baling seperti

menyambut, menggelecek, menjaring, menghadang dan sebagainya serta

terdapat beberapa jenis hantaran dalam permainan ini, kefahaman terhadap

kemahiran hantaran dikaji berdasarkan masalah murid yang dihadapi

semasa pengajaran dan pembelajaran


12

Pengolahan gerak kerja yang menjurus ke arah kefahaman dalam

kemahiran hantaran dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan mudah

difahami dapat menarik perhatian murid supaya melibatkan diri terutama

semasa mengajar topik ini. Murid yang berjaya menguasai kemahiran ini

menunjukkan minat dan sekaligus keinginan mereka untuk menceburkan diri

dalam permainan ini pada masa akan datang menjadi lebih cerah. Melalui

pemerhatian , kegagalan murid menguasai kemahiran yang paling asas ini

akan menyebabkan motivasi mereka untuk meneruskan pembelajaran ini

dan sekaligus tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Masalah ini akan diatasi dengan mempelbagaikan gerak kerja

sebagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran hantaran atas

bahu dalam permainan bola baling. Masa yang diambil untuk merangka

permainan ini juga tidak lama kerana berpandukan latihan-latihan rancangan

pengajaran harian yang dirancang melibatkan aktiviti permainan untuk

tunjang kemahiran bola baling. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan

dimulakan tepat pada masa agar aktiviti dapat dilaksanakan mengikut

perancangan.

Kajian tindakan ini penting bagi meningkatkan kefahaman terhadap

kemahiran hantaran murid dalam permainan bola baling. Murid yang tidak

menguasai kemahiran asas berkemungkinan sukar meneruskan kemahiran

pada tahap yang lebih tinggi. Masalah ini menyebabkan tahap penglibatan

murid kurang memuaskan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

dan sekaligus tidak mencapai objektif pengajaran yang dirancang oleh guru.

Justeru itu, kepentingan kajian ini adalah untuk menguasai kemahiran


13

hantaran agar murid berkeyakinan untuk mempelajari kemahiran lain dalam

permainan bola baling.

Kawalan dari segi tempoh pelaksanaan dapat dikawal melalui

tempoh masa dan kawalan terhadap murid. Pelaksanaan mengikut

intervensi yang telah dirancang berdasarkan masa selama dua minggu yang

telah ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan

lancar. Komunikasi antara guru dengan murid memainkan peranan yang

penting bagi memastikan arahan yang disampaikan jelas dan tepat kepada

subjek kajian. Kesediaan murid yang akan menjalankan aktiviti dipastikan

dari segi mental dan fizikal supaya kajian dapat dijalankan dengan lancar .

Kawalan dari segi tingkah laku murid diberi perhatian semasa ujian

dijalankan supaya mereka dapat mendengar arahan dengan baik dan

mematuhi arahan yang akan dilaksanakan.

Kerelevenan dapat dilihat dari sudut meningkatkan kefahaman

terhadap kemahiran hantaran dalam permainan bola baling. Masalah ini

dikaji kerana ingin meningkatkan kemahiran murid melalui pendekatan yang

digunakan kerana tidak semua murid mempunyai bakat atau kemahiran

motor asas yang sama.


14

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman hantaran dalam

permainan bola baling murid tahun 4 Pintar dalam kelas Pendidikan Jasmani

dengan menvariasikan kaedah gerak kerja dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk :

1. Meningkatkan kefahaman murid –murid tahun 4 Pintar terhadap

kemahiran hantaran dalam permainan bola baling?

2. Mengenal pasti keberkesanan menvariasikan gerak kerja semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dapat membantu

meningkatkan kefahaman murid tentang kemahiran hantaran dalam

permainan bola baling.

3.3 Persoalan Kajian

1. Adakah murid dapat memahami kemahiran hantaran dalam

permainan bola baling dengan baik.

2. Adakah dengan menvariasikan gerak kerja semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, dapat membantu

meningkatkan kefahaman murid tentang kemahiran hantaran dalam

permainan bola baling?


15

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 6 orang tahun 4 Pintar Sekolah Kebangsaan Arau yang

mana terdiri daripada dan 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid

perempuan yang telah dipilih. Kesemua 6 orang murid ini dipilih sebagai

sampel kajian melalui ujian dilakukan semasa dalam kelas Pendidikan

Jasmani. Pemilihan subjek kajian ini dipilih berdasarkan keputusan ujian

murid yang menunjukkan kemahiran hantaran yang lemah dalam permainan

bola baling semasa kelas Pendidikan Jasmani.

Bilangan Murid Mengikut Jantina


Lelaki Perempuan

50%
50%

Rajah 1. Pecahan Subjek Kajian Mengikut Jantina


16

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Di dalam memastikan kajian dapat dilaksanakan mengikut perancangan,

prosedur dalam menjalankan kajian tindakan telah dirangka mengenai

meningkatkan kemahiran hantaran bola baling murid dalam kelas Pendidikan

Jasmani. Pengkaji telah mengambil beberapa prosedur kajian tindakan iaitu :

i. Menentukan matlamat dan objektif kajian

Prosedur menentukan matlamat dan objektif kajian ini adalah penting agar

panduan semasa melakukan kajian tindakan dapat di jalankan secara lancar.

Matlamat dan objektif kajian ini untuk memastikan tahap pencapaian kaedah

yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

ii. Meminta kebenaran daripada pihak sekolah

Kebenaran daripada pihak sekolah telah di minta untuk menjalankan kajian

tindakan. Guru Besar berbesar hati serta memberi kebenaran sepenuhnya

untuk menjalankan kajian tindakan. Sebelum memperolehi kebenaran

tersebut, penerangan telah diberikan kepada Guru Besar tentang kajian

tindakan yang akan dijalankan. Kajian tersebut melibatkan murid semasa

waktu pengajaran dan pembelajaran.


17

iii. Menentukan tempat atau lokasi kajian

Kajian telah dijalankan di sebuah sekolah di kawasan Arau, Perlis. Kajian

dijalankan di padang sekolah.

iv. Menentukan bilangan subjek kajian

Seramai 6 orang murid telah dipilih bagi kajian tindakan ini. Pemilihan

sampel ini dipilih berdasarkan keputusan ujian murid yang menunjukkan

kemahiran hantaran atas bahu yang lemah dalam permainan bola baling

semasa kelas Pendidikan Jasmani.

v. Persiapan teknikal

Persiapan teknikal perlu diberi perhatian sebelum proses pengumpulan data

dilakukan. Ia bertujuan memastikan sesi pengumpulan data yang

dilaksanakan berjalan dengan lancar.


18

5.1 Perancangan Tindakan

Semua murid akan diuji dengan ujian kemahiran hantaran atas bahu

dan skor akan dicatatkan. Berdasarkan keputusan ujian, murid yang

mendapat keputusan skor yang lemah dalam ujian dijadikan subjek kajian.

Selepas itu subjek kajian menjalani satu proses pengajaran dan

pembelajaran komponen kemahiran permainan bola baling yang telah

dirancang berdasarkan masalah yang didapati. Pendekatan yang digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah dengan

mempelbagaikan gerak kerja yang khusus terhadap kemahiran hantaran

dalam permainan bola baling.

Dalam pendekatan ini, pengkaji akan menggunakan konsep 5W 1H

iaitu what (apa) , when (bila) , where (mana) , who (siapa) , why (kenapa)

dan how (bagaimana). Pengkaji mempelbagaikan gerak kerja berdasarkan

konsep ini. Konsep ini mempunyai 6 cabang, pengkaji akan merancang

gerak kerja berdasarkan setiap cabang yang ada. Melalui aktiviti pengajaran

dan pembelajaran ini, pemerhatian juga dibuat untuk melihat reaksi murid

terhadap pendekatan yang digunakan. Gerak kerja ini akan diulang

sebanyak 3 kali

I. What (apa)

Cabang yang pertama ialah what (apa). What ialah perkataan dari

bahasa inggeris yang membawa maksud apa. Dalam konteks permainan

bola baling, apakah alatan yang perlu digunakan atau diperlukan untuk

membuat hantaran? Jawapannya tentu sekali bola. Oleh itu, untuk cabang

pertama iaitu what tidak perlu untuk disediakan gerak kerja.


19

II. When (bila)

Cabang kedua pula ialah when (bila). When membawa maksud bila.

Dalam konteks permainan bola baling ini, bilakah pemain perlu membuat

hantaran kepada pemain lain? Untuk melatih murid mengenai masa yang

terbaik untuk membuat hantaran, satu gerak kerja telah disediakan:

subjek Penghadang penerima

Prosedur:

1. Murid perlu membuat hantaran kepada penerima yang tidak dikawal

oleh penghadang.

2. Penghadang perlu menghadang penerima yang berbeza pada setiap

pusingan.

3. Ulang beberapa kali.


20

III. Where (ke mana)

Cabang seterusnya pula ialah where. Where bermakud kemana.

Dalam konteks ini, dimanakah pemain perlu membuat hantaran? Gerak kerja

untuk cabang ini adalah seperti berikut:

Subjek penghadang penerima

Prosedur :

I. Penerima perlu bergerak ke kiri atau kanan penghadang, dan subjek

membuat hantaran kepada penerima.

II. Penghadang hanya berada ditengah-tengah.

III. Ulang beberapa kali.


21

IV. Who (siapa)

Cabang seterusnya pula ialah who. Who bermakud siapa. Dalam

konteks ini, kepada siapakah pemain perlu membuat hantaran? Gerak kerja

untuk cabang ini adalah seperti berikut:

Prosedur:

1. Penerima dan penghadang bergerak dalam keadaan rawak.

2. Apabila wisel dibunyikan seorang sahaja penerima akan berhenti berlari,

subjek perlu menghantar bola kepada penerima tersebut.

3. Ulang beberapa kali.


22

V. Why (mengapa)

Cabang seterusnya pula ialah why. Why bermakud mengapa. Dalam

konteks ini, mengapakah pemain perlu membuat hantaran? Gerak kerja

untuk cabang ini adalah seperti berikut:

Mula

penerima

Tamat

Prosedur:

1. Subjek berlari sambil membawa bola, apabila tiba di penghadang

subjek harus menghantar bola kepada penerima dan penerima

menghantar bola semula kepada subjek selepas subjek melalui

penghadang.

2. Ada 4 orang penghadang, subjek harus melalui keempat-empat

penghadang tersebut.

3. Ulang beberapa kali.


23

Vi. How (bagaimana)

Cabang seterusnya pula ialah how. How bermakud bagaimana.

Dalam konteks ini, bagaimanakah pemain perlu membuat hantaran? Gerak

kerja untuk cabang ini adalah seperti berikut:

Prosedur:

1. Ada 4 orang penerima, setiap penerima mempunyai nombor tertentu

seperti satu, dua, tiga dan empat.

2. Penerima bergerak secara rawak.

3. Penghadang tidak dibenarkan bergerak, penghadang hanya berada

ditempatnya sahaja menghadang dalam keadaan statik.

4. Guru perlu menyebut nombor penerima dan subjek harus menghantar

bola kepada penerima yang bernombor tersebut.

5. Ulang beberapa kali.


24

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Dalam kajian yang saya lakukan ini, saya menggunakan dua kaedah

untuk mengumpul data iaitu kaedah pemerhatian dan pengumpulan data.

Kaedah pemerhatian dilakukan untuk meneliti masalah-masalah yang

dihadapi oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Dalam

penyelidikan ini, kaedah pemerhatian saya jalankan semasa mengenal pasti

masalah murid semasa murid membuat hantaran. Saya membuat

pemerhatian terhadap terhadap teknik lakuan semasa murid membuat

hantaran. Sebelum saya membuat pemerhatian, saya telah mengenal pasti

terlebih dahulu aspek-aspek yang ingin diperhatikan semasa lakuan

dijalankan. Antara aspek lakuan yang perlu saya perhatikan semasa

menghantar adalah seperti cara memegang bola, teknik lakuan dan postur

badan.

Kaedah kedua yang saya gunakan dalam kajian ini ialah kaedah

pengumpulan data. Kaedah ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap

kebolehan seseorang murid dalam melakukan kemahiran hantaran. Dalam

kajian ini, pengumpulan data akan dijalankan tiga kali. Data akan diambil

buat pertama sekali pada latihan yang pertama kali. Kemudian, gerak kerja

akan diulangi buat kali kedua dan pengumpulan data akan dijalankan buat

kali kedua. Dalam ujian ini, satu senarai semak telah saya buat untuk

mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid.


25

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Kajian ini dianalisis mengunakan analisis diskriptif berbantukan perisian

Microsoft Office Excel. Carta bar juga digunakan untuk menujukkan hasil

peratusan ujian dan pemerhatian yang telah dianalisis.

Bagi menganalisis data, data pertama yang dikumpul dan data kedua

yang dikumpul, hasil dapatan skor murid yang diperolehi akan digunakan.

Skor ini digunakan untuk melihat peningkatan dari segi lakuan murid. Satu

perbandingan akan dijalankan untuk melihat perbezaan lakuan murid,

dimana hasil dapatan skor data pertama akan dibandingkan dengan hasil

dapatan skor data kedua. Keputusan pemerhatian akan dianalisis secara

bertulis.

Bagi menganalisis data, ia akan dilakukan mengikut jumlah lakuan

yang dapat dilakukan dengan betul berdasarkan aspek-aspek yang

ditetapkan.. Maklumat ini akan digunakan untuk mencari frekuensi, min dan

juga peratus. Maklumat ini akan ditukarkan menjadi graf atau jadual untuk

melihat peningkatan yang berlaku terdapat murid yang terlibat dalam kajian

ini..
26

5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan

5.4.1 Jadual perancangan/ carta gantt

Tarikh / Tempoh
Bil. Perkara Tindakan / Catatan
Masa

Perbincangan awal bersama

pensyarah penyelia.

i. Mengenalpasti masalah 1. Pelajar PISMP


30 Januari -
1. yang dialami pada praktikum 2. Pensyarah
10 Februari 2013 penyelia
yang lalu.
ii. Pengumpulan data awal.
iii. Kolaborasi bersama
pensyarah penyelia.

Menulis draf kertas cadangan.

i. Mengikut format pentaksiran


Amali Penyelidikan Tindakan
1. 1. Pelajar PISMP
8 Februari -
2. ii. Kolaborasi bersama 2. Pensyarah
24 Februari 2013 pensyarah penyelia. penyelia
Menyerahkan draf kertas cadangan

kepada pensyarah penyelia untuk

semakan.
27

Merancang Tindakan.

i. Beradasarkan masalah atau 1. Pelajar PISMP


21 Februari -
3. persoalan yang telah 2. Pensyarah
23 Februari 2013 dikenalpasti. penyelia
ii. Kolaborasi bersama
pensyarah penyelia.

Tarikh / Tempoh
Bil. Perkara Tindakan / Catatan
Masa

Melaksanakan Tindakan (Kitaran 1)

i. Berdasarkan perancangan
tindakan.
27 Februari - ii. Mengumpulkan data dan 1. Pelajar PISMP
4.
maklumat daripada pelbagai
9 Mac 2013
kaedah.
iii. Menyediakan animasi untuk
proses pengajaran
iv. Menyediakan set soalan

Membincangkan masalah yang

timbul dalam Kitaran 1.

i. Membuat refleksi atau


menilai kesan-kesan 1. Pelajar PISMP
10 Mac -
5. tindakan yang telah 2. Pensyarah
18 Mac 2013 penyelia
dijalankan.
ii. Melakukan penambahbaikan
kepada kelemahan yang
berlaku dalam pelaksaan
Kitaran 1.
28

Melaksanakan Tindakan (Kitaran 2)

i. Berdasarkan perancangan
Kitaran 1 atau 1. Pelajar PISMP
19 Mac -
6. penambahbaikan yang 2. Pensyarah
23 Mac 2013 dirancangkan. penyelia
ii. Mengumpulkan data dan
maklumat daripada pelbagai
kaedah.

Tarikh / Tempoh
Bil. Perkara Tindakan / Catatan
Masa

Membincangkan masalah yang

timbul dalam Kitaran 2.


1. Pelajar PISMP
24 Mac - i. Membuat refleksi atau
7. 2. Pensyarah
26 Mac 2013 menilai kesan-kesan
penyelia
tindakan.
ii. Membuat refleksi kajian.
iii. Kolaborasi dengan penyelia.

Semakan akhir penulisan kertas 1. Pelajar PISMP


27 Mac -
cadangan kajian tindakan. 2. Pensyarah
8.
1 April 2013
i. Kolaborasi akhir bersama penyelia
pensyarah penyelia.

1. Pelajar PISMP
2. Pensyarah
Menyerahkan penulisan kertas
9. 2 April 2013 penyelia
cadangan kajian tindakan. 3. Penyelaras
Kursus
29

Menulis Laporan Kajian Tindakan

i. Menyediakan laporan 1. Pelajar PISMP


30 Julai - 17
10. lengkap kajian tindakan yang 2. Pensyarah
Ogos 2013 telah dijalankan. penyelia
ii. Proses semakan dan
bimbingan dengan penyelia.

Tarikh / Tempoh
Bil. Perkara Tindakan / Catatan
Masa

1. Pelajar PISMP
Pembentangan Dapatan Kajian
2. Pensyarah
27 Ogos - i. Persediaan pembentangan. penyelia

11. 14 September ii. Menyerahkan laporan 3. Pensyarah


berkulit lembut untuk penilai
2013
semakan penilai. 4. Penyelaras
iii. Semakan oleh pensyarah kursus

Menyerahkan Laporan Berkulit

Keras.
1. Pelajar PISMP
i. Membuat pembetulan
2. Pensyarah
berdasarkan teguran dan
penyelia
17 September - komen daripada pensyarah
12. 3. Pensyarah
5 Oktober 2013 penyelia dan penilai.
penilai
ii. Menyediakan laporan
4. Penyelaras
berkulit keras. (5 salinan
kursus
laporan)
iii. Menyerahkan laporan
lengkap kepada penyelaras.
Carta Gantt Pelaksanaan Kajian Tindakan

Jan. Feb. Mac April


Bil. Perkara
4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Kolaborasi bersama pensyarah


1.
penyelia.

Perbincangan awal bersama


2.
pensyarah penyelia.

3. Menulis draf kertas cadangan.

4. Merancang tindakan.

5. Melaksanakan tindakan : Kitaran 1

6. Melaksanakan tindakan : Kitaran 2

7. Semakan akhir kertas cadangan.

Menyerahkan kertas cadangan


8.
kajian tindakan.

Jul. Ogos Sept. Okt.


Penulisan Laporan Kajian Tindakan
4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

9. Menulis laporan kajian tindakan.

10. Pembentangan dapatan kajian.

Menyerahkan laporan berkulit


11.
keras.

30
5.4.2 Kos kajian

Anggaran Kos

Kos Kos

Bil. Perkara Kuantiti Seunit Keseluruhan

(RM) (RM)

1. Kertas A4 2 13.00 26.00

2. Cartridge Printer (Hitam) 2 40.00 80.00

3. Upah fotostat 100 0.20 20.00

4. Upah jilid buku kulit keras 5 25.00 125.00

5. Sewa internet Cyber Cafe 5 2.00 10.00

6. Binding 2 3.00 6.00

Jumlah Besar 261.00

31
6.0 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Heidi Bates (2006), pembelajaran Pendidikan Jasmani

mampu meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Hal Ini sangat

penting kerana pada umur yang muda, keyakinan diri itu sangat penting

untuk dipupuk dalam memastikan murid tersebut tidak berasa terpinggir

ataupun terasing. Keyakinan yang ada dalam diri mereka memastikan

mereka berani untuk melakukan sesuatu tugasan yang diberikan tanpa rasa

segan ataupun malu

Jensen (1965) dalam bukunya yang bertajuk ‘Comparison of method

og worm-up on gymnastic performance”, mempercayai bahawa

memanaskan badan dengan melakukan kemahiran-kemahiran yang khusus

dalam sesuatu aktiviti akan dapat mempertajamkan koordinasi serta ‘timing’

si pelaku itu. Akan tetapi beliau tidak dapat memastikan setakat mana

pencapaian darjah seseorang itu dapat mempertajamkan sesuatu kemahiran

itu.

Latihan memanaskan badan merupakan satu aktiviti yang penting

sebelum seseorang atlet memulakan latihan atau pertandingan. Menurut B.P

garfoot (1967) sebagai suatu persediaan khas yang terdiri daripada aktiviti-

aktiviti yang dirancang dan dilakukan pada permulaan sesuatu aktiviti fizikal

dalam sesi latihan atau sebelum sesuatu perlawanan dengan tujuan

menhasilkan prestasi kerja yang optima (optimum work performance).

32
7.0 RUJUKAN

Australian Sport Commission.(1997). Game sense: developing thinking

players. Belconnen: Author.

Belka ,D.E. (2004). Combining and sequencing games skills. Journal of

Physical Education Recreation and Dance. 75(4).

Choong Lean Keow.(2008) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for today's

children (3rd ed.). Madison: Brown & Benchmark.

Grehaigne, J. F., & Godbout, P. (1995). Tactical knowledge in tean sports

from contructivist and cognitive perspective. Quest, 47, 490-505.

Griffin, L., Dodds, P., & Rovengo, I. (1996). Pedagogical content knowledge

for teachers: Integrate everything you know to help students

learn. Journal of Physical Education, Recreation and Dance, 67(9),

58-61

http://chedinpjk.blogspot.com/2012/08/kemahiran-asas-menghantar-bola-

baling.html

http://www.slideshare.net/jafri1980/kemahiran-menerima-dan-menghantar-

bola

http://www.zairedin.com/2011/03/kemahiran-asas-bola-baling.html

http://sklikashandball.wordpress.com/teknikal/kemahiran/

33

Anda mungkin juga menyukai